Monthly Archives: August 2013

Piala Malaysia 2013 | Lions XII vs Perak (preview)

PM 2013 latest

 

 

 

 

Sabtu, 31 Ogos 2013
Stadium Jalan Besar, Singapura
7.45 Malam

(LIVE ON ASTRO ARENA CH 802)

Fasa Kedua bakal bermula Sabtu nanti. Perak bakal membuat perhitungan sekali lagi dengan Lions XII yang kecundang Selasa lalu di Ipoh. Lions XII yang masih tercari-cari rentak untuk meraih 3 mata dijangka akan memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri untuk memperbaiki kedudukan.

Perak yang kini mengungguli carta Kumpulan D perlu mengekalkan prestasi untuk memastikan kedudukan dan seterusnya layak ke peringkat seterusnya.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Piala Malaysia 2013 | Perak vs Lions XII (result)

PM 2013 latest

 

 

 

 

Selasa, 27 Ogos 2013
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 1 – 0 Lions XII

Tahniah! Momentum kemenangan di teruskan di laman keramat Perak selepas berjaya menundukkan Juara Liga Super 2013 Lions XII 1-0.

Gol Perak adalah disumbangkan oleh pasangan Paolo Rangel iaitu Azlan Ismail yang menolak mudah bola ke gawang minit ke 10 permainan.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Piala Malaysia 2013 | Perak vs Lions XII (preview)

PM 2013 latest

 

 

 

 

Selasa, 27 Ogos 2013
Stadium Perak, Ipoh
8.45 Malam

Pelbagai kemungkinan boleh diramalkan dalam perlawanan ketiga bagi kedua-dua pasukan Selasa nanti. Status atau kedudukan kedua-dua pasukan kini dilihat agak berbeza. Lions XII selaku Juara Liga Super 2013 sememangnya sebuah pasukan yang sempurna disegenap posisi dan memiliki mutu persembahan yang mantap sebelum ini, tetapi kini mereka bergelut untuk mencari mata berharga demi mengubah nasib dalam merebut piala berprestij ini.

Bagi Perak mudah, setiap perlawanan dihadapi dengan seperti ianya kali pertama dan sama pentingnya. Menang ke atas Sarawak minggu lalu mencetuskan aura tersendiri namun sedikit tercalar di Alor Setar Sabtu lalu apabila diikat 1-1 di minit-minit akhir permainan biarpun Perak dikatakan berhak membawa pulang 3 mata ketika itu.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Piala Malaysia 2013 | Kedah vs Perak (result)

PM 2013 latest

 

 

 

 

Sabtu, 24 Ogos 2013
Stadium Darulaman, Alor Setar
8:45 Malam

Kedah 1 – 1 Perak

Mutu permainan yang terbaik! Tetapi nasib tidak menyebelahi Perak untuk pulang 3 mata apabila Alen Guc memastikan satu mata dikongsi di Alor Setar di minit-minit akhir permainan.

Perak bermula baik seawal permainan dengan mempamerkan penguasaan bola yang menarik sambil kombinasi jentera tengah bertenaga yang dibarisi oleh Sharulnizam Mustapa, Norhakim Isa, Nasir Basiruddin dan Khairul Asyraf Sahizah.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)