Preview | Kumpulan D Piala Malaysia 2013 | Lions XII

Lions XII

Hasil undian lalu, Perak dilihat bakal menghadapi ujian getir sambil pengendali Perak mula merencana untuk layak sekurang-kurangnya ke peringkat suku akhir untuk edisi Piala Malaysia kali ini. Benar, beliau merupakan seorang jurulatih yang boleh mengembalikan Piala Malaysia seperti yang beliau lakukan sebelum ini semasa mengendalikan Skuad Jang tahun lalu.

Namun begitu, kita lupakan seketika tentang itu sebaliknya kita cuba menyingkap pasukan yang bakal memberi saingan kepada Perak dalam kumpulan D iaitu Lions XII. Seperti yang semua sedia maklum, Perak diundi bersama 3 pasukan yang memiliki sejarah tersendiri yang cukup significant iaitu, Lions XII, Sarawak dan Kedah. Namun, artikel kali ini bakal membincangkan tentang Lions XII yang dilihat slah satu ancaman besar buat pasukan Perak.

Lions XII, sebuah pasukan yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Sebuah pasukan yang mantap dan sempurna di semua posisi. Kekebalan mereka di laman sendiri menjadi igauan ngeri buat pelawat yang bakal dinafikan oleh kekentalan mereka. Berdasarkan rekod Lions XII tidak pernah tewas di laman sendiri sepanjang kempen Liga Malaysia 2013. Kali terakhir mereka tewas adalah dalam saingan Liga Super 2012 lalu apabila mereka tewas kepada Darul Takzim FC 0-1 pada 14 Julai 2012.

Manakala rekod bertemu Perak pula mereka berjaya menewaskan Perak 2-1 di Jalan Besar dan seri 1-1 di Ipoh dalam saingan Liga Super 2013 lalu. Kelebihan yang dilihat pada pasukan Lions XII ini adalah bergantung kepada beberapa faktor antaranya adalah kredibiliti pengendalinya, V Sundramoorthy, persefahaman antara pemain, keupayaan pasukan, komitmen setiap pemain dan perlaksanaan strategi dan taktikal yang baik.

Untuk menewaskan mereka bukan mustahil. Syaratnya, Perak perlu mengatasi kelebihan mereka dari segenap aspek termasuklah komitmen, fokus, perlaksanaan tugas ketika di padang dan disiplin diri yang tinggi. Ini telah dibuktikan oleh pasukan-pasukan lain yang pernah menewaskan Lions XII salah satunya adalah Kelantan. Kelantan merupakan sebuah pasukan yang digeruni oleh mereka kerana keupayaan Kelantan sukar diramal. Untuk saingan kali ini, Perak tiada pilihan selain daripada mencuri mata dalam perlawanan menentang pasukan yang kental ini. Menang di Jalan Besar adalah kelebihan buat Perak yang dilihat agak mustahil. Jika seri adalah memadai untuk kita menggempur mereka di Ipoh nanti.

Perhatian bakal tertumpu kepada Jurulatih dan pemain untuk menentukan hala tuju pasukan dalam perjuangan merebut piala berprestij ini. Dengan rendah dirinya, Azraai Khor dilihat cukup berhati-hati dalam memberi kenyataan tentang keupayaan pasukannya yang dilihat giat berlatih untuk saingan kali ini. Para penyokong masih positif dan ketika ini amat mengharapkan sentuhan magis jurulatih kelahiran Kedah ini.

Dalam artikel berikutnya, kita bakal bincangkan mengenai dua lagi pasukan yang tidak kurang hebatnya iaitu Juara Liga Premier 2013 Sarawak dan bekas juara treble Liga Malaysia Kedah.

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “Preview | Kumpulan D Piala Malaysia 2013 | Lions XII

  1. Jaji

    Sebagai 'penyedap hati' teman ingin membawa nostalgia pada tahun 2000. Ketika itu Perak dalam Kumpulan D bersama dengan Negeri Sembilan serta dua pasukan lain (dah lupa pula nama pasukan itu). Di peringkat Kumpulan, Perak kalah kepada Negeri Sembilan sama ada di tempat sendiri mahupun di tempat lawan. Negeri Sembilan pula menang kesemua perlawanannya, baik di peringkat Kumpulan mahupun di peringkat Suku Akhir dan juga peringkat Separuh Akhir. Negeri masuk perlawanan akhir dan bertemu semula dengan Perak. Dengan megahnya Negeri berpendapat bahawa mereka telah mengalahkan Perak dua kali sebelum itu dan tidak mustahil mereka mengalahkan Perak sekali lagi di peringkat Akhir. Apa yang terjadi, Perak berjaya mengalahkan Negeri Sembilan dengan jaringan 2 - 0 dan Perak menjadi Juara. Esuknya Perak diberikan Cuti Umum sehari. Diharapkan episod yang sama akan berlaku pada Piala Malaysia tahun ini. Lion XII bertemu semula dengan Perak di perlawanan Akhir dan Perak ditakdirkan muncul juara.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Contoh terbaik. Positif. Itulah harapan kita sebenarnya, mengharapkan magis demi magis. Sejarah 2013 Perak agak suram, tapi masih ada peluang untuk mencipta sejarah baru. Siapa tahu?

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. helmirizal

    lions hanya kebal di laman sendiri, kedua-dua pasukan sudah pernah bertemu dalam saingan liga super..kelemahan dan kekuatan pasukan lions pasti sudah dapat dihidu oleh pasukan perak

    diharapkan pada saingan piala malaysia nanti perak mampu membuat kejutan demi kejutan untuk melangkah ke perlawanan akhir

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.