Liga Super 2013 | Perak vs Kelantan (result)

Astro Liga Super 2013

Selasa , 2 Julai 2013
Stadium Perak , Ipoh
8:45 Malam

Perak 0 – 1 Kelantan

Tidak bernasib baik. Itu adalah ungkapan yang sesuai untuk aksi semalam. Kegagalan barisan serangan memanfaatkan peluang terhidang melenyapkan sorakan ribuan penonton yang hadir.

Kelantan yang tidak menurunkan sepenuhnya kekuatan mereka seperti yang dijangka sebelum ini. Perak menggunakan peluang ini dengan serangan bertali arus ke muka gol Kelantan. Perak memiliki sekurang-kurangnya 3 peluang terbaik untuk jaringan gol tetapi gagal disudahkan dengan baik atau dinafikan oleh penjaga gol lawan.

Babak kedua Perak mengekalkan penguasaan cuma nasib tidak menyebelahi apabila serangan demi serangan gagal dan digagalkan. Minit ke 83, Perak dihukum setelah beberapa kali gagal di depan gol oleh Indraputra Mahyuddin untuk Kelantan di depan sehinggalah tamat perlawanan.

Perak malam tadi berjaya mempamerkan aksi menarik dan jika ini yang pamerkan sebelum ini, tidak mustahil kita akan bersaing untuk 5 teratas ketika ini. Para penyokong yang hadir sudah pasti terhibur dengan aksi yang dipamerkan. Semua bahagian dilihat berfungsi cuma jentera serangan agak tidak bernasib baik apabila gagal menyempurnakan peluang. Sekurang- kurangnya Perak boleh menang lebih daripada 3 gol semalam.

Azraai Khor pasti kecewa dengan aksi semalam dan perlu beraksi lebih baik di Paroi bertemu ATM dalam aksi terakhir nanti. Apa komen anda? Wajarkah barisan serangan dipersalahkan lantaran kekalahan semalam?

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2013 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

18 thoughts on “Liga Super 2013 | Perak vs Kelantan (result)

  1. Jaji

    Teman peratikan semalam, Perak menguasai permainan sebanyak 60% namun tidak mampu menjarikang sebarang gol. Sebaliknya Kelantan yang jarang-jarang menyerang, berjaya mendapat gol tunggal melalui Indera Putera walaupun beliau 'dicemuh' oleh para penonton kerana sebelum ini beraksi dengan Perak tetapi kini dengan Kelantan pula. Sebenarnya Kelantan tidak bermain secara bersungguh. Ini jelas dengan tidak menurunkan kedua-dua pemain import mereka pada separuh masa pertama. Penyerang import mereka hanya dimasukkan pada lewat separuh masa kedua sahaja dan nyaris-nyaris lagi menjaringkan satu gol. Walaupun Kelantan tidak bermain secara serius (mungkin akibat terlalu lebih setelah berhempas pulas dalam perlawanan akhir Piala FA), namun Perak tidak mengambil kesempatan sewajarnya. Teman peratikan seolah-olah Perak 'dihidangkan' peluang untuk menjaringkan gol namun mereka gagal. Itulah yang dikatakan permainan bolasepak. Walaupun para pemain telah berusaha dengan bersungguh, namun jiga nasib tidak menyebelahi kita, satu gol pun tidak dapat dijaringkan. Itulah yang menimpa pasukann Perak malam tadi. Saya berasa amat kecewa kerana tidak dapat melihat Perak berjaya menjaringkan gol sekurang-kurangnya 3 gol.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      betulkan fakta mike yop jaji, import kelantan yang striker tu masa fa cup aritu pon tak berapa cergas so coach deme takde nak jejaskan pasukan letak pemain tak fits. Pastu defend sorang lagi tu penggantungan kad. HARAP MAKLUM..

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. nuarkama

    Teman layan kat tv 1 mlm tadi ada deme buat siaran tertunda..(udah pukul 1 baru ada)
    Mula memang tak nak tengok sebab dah tau result tapi klu dah namanye penyokong susah mati tertengok le gak game tu..Memang nampak ada kesungguhan pemain untuk menyerang dan susunan player pun memang yang terbaik..tapi tu la kita memang tiada player yang boleh jadi playmaker@jeneral mcm piya or shahril ishak (amri yahyah). so xde le umpanan2 yang cantik yang sampai kepada striker kita..dulu teman ingat kuan yong tu buleh jadi playmaker tapi xberapa menjadi la pulak bila main ngan perak..layan 1st half je sebab tak lalu dah nak tgk perak main 2nd half..sebab dah tau perak xmenang..nak sgt tgk perak melangkah jauh dalam piala mlaysia nanti tapi klu prestasi semasa jadi ukuran agak sukar la untuk kita melangkah ke suku akhir..sampai bila kita nak harapkan pemain import sahaja yang memikul beban carik gol..player2 lain pun patutnye berusaha tingkatkan mutu individu utk menaikkan kualiti pasukan..ketara sangat smalam kita mengharap pada rangel untuk buat magic mcm dia buat kat lumut dulu..player perak bukan tak bagus tapi perubahan pada permainan mesti ada klu ada hati nak julang piala malaysia tahun ni..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      yop..

      shahril ishak (lion) dan amri yahya memang betoi playmaker tapi Piya bukan playmaker kelantan, dia cuma supporting midfield jek dan pemain yang berpengaruh dalam pasukan. Betoi2 playmaker Kelantan ialah Shakir Shaari tu... cuba tengok betul2 game dia. Semua bola dari bawah sampai ke kaki dia sebelum dja pass ke atas. Piya dan Zairo selalu tukar berganti2 antara dua pemain ni. Kelebihan Piya antaranya freekick dia ler tapi Indra lagi baik bab tu. Masalah kat Perak ni semua harap budak no 19 tu jek, kot dia sepak 88x tak masuk pon deme tetap suruh dia jugak abih camne? Dalam satu team minimun kena ada 2 atau 3 pemain yg bole amik freekick baru bole variasikan penyudah. Hishh... maleh ler nak ckp banyak.. Ajrai Khor kan BIJAK?

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. helmirizal

    tewas menerusi gol minit-minit akhir perlawanan...perak yang lebih banyak melakukan serangan namun gagal menjaringkan gol walaupun ada beberapa peluang terhidang...kelantan yang jarang melakukan serangan namun menggunakan peluang yang ada dengan baik untuk jaringkan gol

    keseluruhan aksi pemain perak dilihat menarik, cuma nasib tidak menyebelahi perak untuk jaringkan gol, teruskan aksi yang baik untuk perlawanan akhir liga sabtu nie dan kekalkan dalam saingan piala malaysia nanti

    perak till i die, perak till i die

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. YB

    ceh...main tah apa2 jek semlm harap gerakan merapu yang tak kesudahan. Sekali tengok memang macam hebat kononnya dengan serangan tak berenti tapi semua wayang kulit jek. Nak sedapkan hati penonton je la. Cuba kira berapa kali hantaran baik ke Paolo? Dapat ke dia buat peluang gol? Dan cuba kira balik berapa banyak gerakan dari Paolo ke pemain lain yg bole hasilkan gol? Teman tengok gerakan dan hantaran Paolo kepada pemain Perak untuk menghasilkan gol lebih banyak dari semua pemain Perak kepada dia sendiri. Adakah pemain Perak secara diam sengaja mensabotaj Paolo supaya dia tak bole skor? Tugas Paolo ni sebenornya Penyerang ke Playmaker?. Pendek kate kalau kita bubuh Paolo jadi playmaker kat tengah atau attacking mid dah tentu banyak peluang bole gol di jentera serangan tapi adakah pemain Perak yg lain boleh memanafaatkan peluang tersebut?. Masuk minit ke 70 dah nampak benor Perak longgarkan permainan seolah nak bagi peluang Kelantan jaringkan gol kemudia tak lama memang gol pun dek sebab ada defend yang berjalan2 anak jek sewaktu nak bertahan bukan sebab hebat sangat jentera serangan pihak lawan. Cuba tengok dimana Rafael sewaktu gol tersebut? Yang betul2 bersedia Hishamudin jek sedangkan yg lain kat mana? Haishh... lakonan semata jek neh...

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. nuarkama

    ha..ha..kalau deme yang bermain tu nak berlakon pun yb bior ler deme semua tu berlakon jadi team yang menang..ni kalau dah pelakon baca skrip kalah..ate memang ke laut ler JAWAPnyer..mujor le takder fan yang buat rusuhan,tahan bas pemain,baling batu ker..kalau ada maknernyer lakonan deme smua tu memang berkesan ler..betul kata YB tak hebat mana pun serangan kelantan semalam tapi kalau main bersungguh last2 kalah sebab player cuai baik lampu limpah yang padam tu ditutup terus. rentikan la anggap kekalahan semalam tu yang terakhir sebab teman percaya kalau mentaliti player dan tumpuan tak seratus peratus dalam game memang result yang ruper itu ler penyudahnyer..sama cam statistik yang syidi buat aritu...menang ---- seri ----- KALAH

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      yop... teman berkata berdasar fakta bukan emosi nak menyokong membawak rebah!!!. lain kali pada semua yang menonton game Perak ni sedia pen dgn kertas dan buat catitan berdasarkan pemerhatian kome. Jangan hanya cakap berdasarkan apa yang kome tengok secara kasor jek. Kalau serangan 100x kearah pintu gol lawan pon tapi sampai ke kotak penalti lawan bola yang dihantor macam gampang apa erti serangan tu? Tujuan asal permainan bolasepak ni ialah menjaringkan gol sebanyak mungkin dan kemenangan diputuskan melalui pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dalam sesuatu perlawanan dan bukannya menghasilkan serangan bertali arus sampai esok suboh tapi tak gol gol pon... puihhhh...

      Likes(0)Dislikes(0)
  6. eg

    Pekabo kome? Kalah semalam. Ari ni ada rasa dedor,? Hangat pijo... ke sejuk ketor? Aku nengok Yb hangat pijo dah. ha..ha..ha...Weiii.... suma komen sahabat2 di atas teman dah kabor dulu lagi. Hantaran, strategi permainan, skil individu, skil permainan.. hampeihhh. Yg boleh harap rajin jek. Teman harap AKA, untuk last game ni, turunkan semua player simpanan. mana tau level permainan mereka lebih baik drpd 1st eleven yg ada ni. Woiiii.. Perak players bangkitlah jgn dok tido lagi. Jgn ingat kome tu hebat sangat. Usaha kena lah 10x ganda lagi.......ptuiiii...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      cegampang statment mike yop, kekeke, teman biase jek tp kesian campo geram dgn deme2 yg berlakon ala wwe nun. Siap ada lampu blackout plak walhal baru je siap... huhuhu, adakah kebetulan atau mengikut skrip supaya game Terengganu bole dipredict result sebelum bagi kalah gol last minit sebab hanya Ganu je bole pintas Perak kalau deme menang... selebihnya kome pikior ler sendirik...huhuhu

      Likes(0)Dislikes(0)
  7. Jaji

    Melalui platform SDN ini, teman nak komen sedikit tentang penyertaan Lion XII ke dalam Liga Super. Selum ini FAM menetapkan, mana-mana pasukan yang hendak menyertai Liga Super, mereka kena beraksi dahulu di peringkat Liga Perdana atau Liga FAM. Tapi kenapa Lion XII terus masuk ke dalam Liga Perdana. Adakah pasukan itu begitu kuat hingga tidak layak bertanding di peringkat Liga Perdana dalam Liga Melaysia. Kalau tak silap teman, tujuan Lion XII tu bersaing dalam Liga Malaysia ialah untuk mendapatkan pendedahan. Bermakna jika menjuarai liga, mereka tidak diberikan hadiah berupa wang sebanyak RM700,000.00. Bermakna penyertaan mereka di dalam Liga kita sangat menguntungkan pasukan dari Singapura itu. Bagi kita apa yang kita dapat daripada penyertaan itu. Itu sekadar lontaran pendapat teman aja. Tiada kena mengena dengan pendapat mana-mana organisasi.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. Jaji

    Pembetulan: Baris kedua komen teman di atas sepatutnya berbunyi: "Tapi kena Lion XII terus masuk ke dlam Liga Super". Harap maaf.

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. YB

    huhuhu.. ujudnya lion dalam liga malaysia ni adalah untuk merancakkan acara bookie membookie jek.. teman nampak gitu jek sebab dah banyak sangat game kalau melibatkan lion kat tempat lawan musti mutu pengadilan macam haram... semedang menyebelahi lion walhal team bukan bagus mana pon. Pendek cite dah nampak beno adanya unsur tidak telus yg memungkinkan lion menjuarai liga super 2013. Errr.. tapi dengor citernya deme tak dpt piala tu cuma hadiah duit jek sebab pasukan jemputan so juara liga super jatuh pada pasukan tempat kedua ler nanti...huhuhu

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. Jaji

    Yob YB kata Lion tu tak dapat piala tapi dapat duit aja. Lebih baik dibagikan piala dan tak dibagi duit sebab duitnya banyak ooo, 700k. Memang betui kata Yob YB, bila melibatkan Lion aja, mesti ada keadaan yang mencurigakan yang melibatkan bookie. Tengok aja le perlawanan Lion dengan Felda semalam tu. Nampak benor pertahanan buat silap untuk 3 gol pertama. Gol yang las tu aja gol bersih.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Saudara jaji, kena tengok banyak siaran langsung bola dan peratikan kesilapan bodoh yang dikesan. Nilai sendiri, apakah wajar pemain standard pro buat mistake bangang

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. YB

      Cara FAM berpikior bukan macam mike pikior yob Jaji... Pada deme duit apalah sangat tapi Piala tu satu nilai maruah. Ingat lagi ke idak camne team Harimau Muda dulu menang Liga Premier? Deme bagi Cup ke bagi hadiah duit je? Sama le kes Lion XII neh jugak, jemputan yang tak payah nak lalui Liga FAM atau Premier tapi main lompat je terus ke Liga Super. So itulah dinamakan pasukan jemputan, jadi sebagai jemputan kena le ikut peraturan FAM yang gemor diubah setiap masa mengikut kesedapan penguasa di atas nun berpikior. Jadi pada hemat teman begitulah adanya jalan cerita rekaan yang teman PREDICT bakal berlaku nanti. Kome tunggu ajerlah betoi ke idak cerita teman neh karang....

      Likes(0)Dislikes(0)
  11. Jaji

    Mungkin keluar sedikit daripada tajuk di atas, namun ia masih lagi dalam ruang lingkup Liga Malaysia. Daripada sumber-sumber yang teman perolehi, butiran mengenai pertandingan Piala Malaysia tahun ini adalah seperti berikut:-

    Dalam pertandingan ini, ia dianggotai oleh 10 pasukan teratas dari Liga Super dan 4 pasukan teratas dari Liga Perdana. Dua pasukan selebihnya adalah dari 2 pasukan terbawah Liga Super dan pasukan yang menduduki tempat ke-5 dan ke-6 dalam Liga Perdana yang akan bersaing dalam playoffs. Jumlah keseluruhan pasukan adalah sebanyak 16 pasukan semuanya yang akan diundi untuk diletakkan dalam 4 kumpulan.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Takpayah penat memikior apa format Piala Malaysia ni yop Jaji, FAM Flip Flop bole ubah anytime apa saje perkara untuk sesuaikan selera deme. Yang penting skang Perak kena duduk Top 8 Liga Super untuk mengelak jatuh Premiera La Liga dan gagal layak ke Malaysia Cup sebab kemungkinan FAM utk menukar format adalah sangat tinggi berdasarkan prestasi pasukan kesayangan deme, faham sudahlah team mana kan...huhuhu

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.