Liga Super 2013 | ATM vs Perak (result)

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 06 Julai 2013
Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi
8:45 Malam

ATM 0 – 1 Perak

Perak menamatkan aksi Liga Super 2013 dengan 3 mata berharga sambil dibantu aksi yang kurang memberansangkan ATM.

Perak memulakan perlawanan dengan baik biarpun gagal memecah kebuntuan dibabak pertama. Babak kedua, kedua-dua pasukan mengatur gerakan untuk mencari gol pertama perlawanan, namun gagal sehinggalah Perak berjaya memaksa pertahanan ATM melakukan kesilapan yang menghadiah sepakan penalti kepada Perak.

Penyerang sensasi Perak Paolo Rangel semestinya tidak mensia-siakan peluang untuk menyempurnakan sepakan penalti di minit 79 untuk Perak didepan 1-0.

Selepas itu, ATM ibarat harimau luka mengamuk dikubu Perak dan pertahanan Perak nyata lebih bersedia mengekang serangan lawan dari segenap sudut sekali gus menghadiahkan 3 mata berharga buat Perak dan memperbaiki kedudukan ke tangga ke 7 liga.

Setelah mengharungi musim yang mencabar, Perak akhirnya terpaksa akur menjadi pasukan ke 7 terbaik Malaysia ketika ini. Keputusan ini nyata memerlukan perhatian kerana dilihat semakin menurun dari musim ke musim.

Selamat tinggal Liga Super 2013, dan selamat datang Piala Malaysia 2013. Tutup cerita dan spekulasi liga super dan kita semarakkan api perjuangan untuk merebut kembali Piala berprestij di negara kita iaitu Piala Malaysia 2013. Adakah anda yakin dengan skuad yang ada? Mampukah merela sempurna impian rakyat Perak?

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2013 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

4 thoughts on “Liga Super 2013 | ATM vs Perak (result)

  1. Jaji

    Betul juga beberapa andaian yang teman buat dalam artikel terdahulu. Fakta-fakta yang betulnya adalah seperti berikut:

    - Perak membuka tirai Liga Super 2013 dengan kemenangan ke atas T. Team 1 – 0 pada 8 Januari 2013 (walaupun gol sendiri oleh pihak lawan). Perak juga menutup lembaran Liga yang sama dengan kemenangan yang sama 1 – 0 ke atas ATM pada 6 Julai 2013

    - Terengganu menyelamatkan ‘adiknya’ T. Team daripada terjerumus di Liga Perdana pada tahun hadapan dengan memberikan seri 2 – 2.

    - ATM tidak bermain secara bermati-tian kerana jika menang sekalipun tidak akan mengubah kedudukan mereka di tangga ke-6 liga. Tambahan pula Marlon tidak mendapat sentuhan penyudahnya sejak akhir-akhir ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. keristujuh

    Tahniah...tumpuan pada PIALA MALAYSIA 2013...mantapkanlah pemain, pengurusan, dan permainan & sebagainya...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. helmirizal

    tahniah sebab menewaskan ATM dan meraih 3 mata untuk menutup liga super 2013....kedudukan no.7 liga dan menyelamatkan perak dari tersingkir ke liga perdana...tahniah perak

    tingkatkan prestasi untuk saingan piala malaysia nanti, moga perak mampu untuk melangkah jauh nanti....

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.