Liga Super 2013 | ATM vs Perak (preview)

Astro Liga Super 2013

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 6 Julai 2013
8.45 malam
Stadium Tunku Abd Rahman, Paroi

Rekod ATM 5 perlawanan terakhir – M K K S K

Rekod Perak 5 perlawanan terakhir – K M S S K

**Nota: MMenang ; KKalah ; S - Seri

Misi 3 mata diteruskan ke Paroi sambil ATM menanti dengan penuh harapan memungut 3 mata penuh bagi menyelamatkan kedudukan ke 4 mereka ketika ini. Jika gagal, mereka akan jatuh satu atau dua anak tangga itu pun jika pasukan di bawahnya iaitu Kelantan dan Pahang cemerlang menghadapi lawan masing-masing.

Skuad Seladang, hanya inginkan mata untuk kekal di tangga ke 8 atau jatuh di tangga ke 9 yang kini dihuni Terengganu.

Pasukan ATM dilihat sedikit suram sejak kebelakangan ini. Marlon Alex James sedang bergelut untuk kembali menemui sentuhan golnya. Dalam perlawanan lalu mereka tewas di Kuantan kepada Pahang. Kesempatan ini harus dipergunakan sebaiknya oleh Perak yang sebelum ini mempamerkan aksi cemerlang dalam tiga perlawanan terakhir biarpun tewas kepada Kelantan Selasa lalu.

Mahu atau tidak Azraai Khor perlu memastikan mata penuh buat Perak nanti dengan menggunakan kekuatan yang ada. Tidak mustahil ATM ditewaskan digelanggang sendiri kerana sebelum ini kita berjaya memalukan Pahang di Darulmakmur.

Bagaimana pandangan anda Penyokong Perak? Mampukah anak-anak didik Azraai Khor ini menundukkan The Gladiators ini?

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2013 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

8 thoughts on “Liga Super 2013 | ATM vs Perak (preview)

  1. helmirizal

    aksi penutup liga super 2013, diharapkan aksi menarik 3 perlawanan lepas akan diteruskan menentang ATM nanti...moga 3 mata milik perak nanti

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. helmirizal

    barisan pilihan teman

    farizal marlias
    shahrom kalam
    rafael
    nor hazrul
    khairi kiman
    nasir
    yoganathan
    chanturu
    shahrulnizam
    hadi yahya
    paulo rangel

    bole menang 2-1

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Lupakan Hadi yahya tu yob.

      Cadangan :>

      GK - Farizal
      RB - Thiru
      LB - Nor Hazrul
      CB - Hisyamuddin
      CB - Rafael (KP)

      MF - Yoga
      MF/AM - Yong
      MF - Nasir
      MF - Chanturu

      FW - Paolo Rangel
      FW - Azlan Ismail

      Dalam keadaan macam ni, 4-4-2 boleh di gerakkan jadi 4-3-3 Azlan boleh buka ke kanan sebagai Penyerang Kanan, dan Yong Kiri. MF ada 3 orang dah. Bergantung pada Azraai punye percaturan. ATM silap2 akan main 4-3-3. So, elok le Perak guna 4-4-2 atau 4-5-1 untuk menang di bahagian tengah padang.

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. YB

    Misi mudah je game ni... kome nak tergolek ke, terlentang ke, terjerombam ke yang penting MENANG waimah dengan 1/2 gol sekalipon. Teman maleh nak dengor alasan Azrai lagik pasal itu ini semua. Pafa bayor gaji mike untuk performkan team pada tahap yang optimum bukan bayor gaji untuk dengor alasan deme alasan diberi. Kalah game ni elok beno Pecat atau Gantung je khidmat Azrai Khor neh. Muktamad dari teman tak payah memikior lagi.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. saidin

    aku setuju dengan lineup pilihan syidi cuma bagi aku Yong perlu direhatkan dan digantikan dengan Raffiuddin dan Khairul Amri diberi peluang kembali untuk beraksi,bukan sebab Farizal tak bagus tapi aku tengok dia belum boley fokus kat game pengantin baru katakan.

    Aku juga harapkan untuk game terakhir nie henti hentikanlah untuk laksanakan pengisian duit ke poket kiri,kembalikan maruah pasukan Perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. Jaji

    Kalau moderator mengambil 5 perlawanan terakhir Perak sebagai K, M, S, S, K, tapi teman mengambil 5 perlawanan awal Perak iaitu Menang dengan T. Team pada 8 Jan, Kalah kpd Johor DT pada 11 Jan, kalah kpd Felda pada 15 Jan, Menang ke atas Ng. Sembilan pd 19 Jan. dan Seri dengan Selangor pd 22 Jan. Bermakna M, K, K, M, S. Pada hemat teman, kalau Perak memulakan saingan dengan menang di Lumut ke atas T. Team (dengan jaringan sendiri oleh pihak lawan), maka elok le Perak menutup tirai Liga Super tahun ini dengan kemenangan bergaya ke atas ATM (seeloknya demgam gol sendiri juga oleh pihak lawan). Itu baru le ada umph!!!! Lagipun si Marlon tu kini sudah hilang sentuhan sejak kebelakangan ini. Jangan le kome para pemain Perak buat macam mana bermain dengan Kelantan tempoh hari - mendominasi permainan tapi haram tak gol-gol. Las-las pihak lawan yang skor gol. Baru padan dengan muka mengkome. Kume nengoknya pun geram yang amat sangat. Kelantan tu macam pakai bomoh Siam aja nampaknya sampai pemain Perak tak nampak lubang gol.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. Jaji

    Kalau dianalisis dari sudut kedudukan carta sekarang, ATM yang akan bertemu dengan Perak, tidak akan bermain secara bermati-matian. Ini kerana kalau mereka menang sekalipun tidak akan mengubah kedudukan di tangga ke-3. ATM mengumpul 34 mata dan jika menang perlawanan itu akan memperolehi 37 mata sedangkan Johor DT di tangga ke-2 sekarang ini memperolehi 39 mata iaitu masih kurang dengan 2 mata. Bagi Terengganu yang berdepan dengan pasukan adiknya T.Team, mereka terpaksa memberikan kemenangan kepada si adik atau sekurang-kurangny seri untuk mengelak T.Team daripada terjerumus ke Liga Perdana tahun depan. T. Team kini mengumpul 18 mata dan jika menang ke atas Terenggahu akan menjadi 21 mata dan tidak akan mampu disaingi oleh Felda Utd. lagi. Tapi jika T. Team kalah dan Felda Utd. menang, maka Felda akan mendapat 19 mata iaitu 1 mata di atas T. Team. Kesimpulannya Terengganu tidak akan bermain untuk menang tapi jika seri sudah memadai bagi mereka. Sementara itu pasukan PKNS pula yang berada di atas Perak sedang mengumpul 28 mata. Dan jika PKNS kalah kepada Pahang dan Perak menang ke atas ATM, maka Perak akan berada satu anak tangga di atas PKNS dengan 29 mata berbanding 28. Pahang pula akan bermain dengan bersungguh untuk menang bagi mendapatkan mata ke-35 dengan harapan Kelantan akan kecundang di tangan Lion XII di Kota Bharu. Jika keadaan itu berlaku, maka Pahang akan berada di tangga ke-4 mengatasi Kelantan dan juga ATM yang tewas kepada Perak. Betiulah senario yang sedang mempengaruhi perlawanan terakhir Liga Super 2013 ini.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.