Monthly Archives: July 2013

Preview | Kumpulan D Piala Malaysia 2013 | Lions XII

Lions XII

Hasil undian lalu, Perak dilihat bakal menghadapi ujian getir sambil pengendali Perak mula merencana untuk layak sekurang-kurangnya ke peringkat suku akhir untuk edisi Piala Malaysia kali ini. Benar, beliau merupakan seorang jurulatih yang boleh mengembalikan Piala Malaysia seperti yang beliau lakukan sebelum ini semasa mengendalikan Skuad Jang tahun lalu.

Namun begitu, kita lupakan seketika tentang itu sebaliknya kita cuba menyingkap pasukan yang bakal memberi saingan kepada Perak dalam kumpulan D iaitu Lions XII. Seperti yang semua sedia maklum, Perak diundi bersama 3 pasukan yang memiliki sejarah tersendiri yang cukup significant iaitu, Lions XII, Sarawak dan Kedah. Namun, artikel kali ini bakal membincangkan tentang Lions XII yang dilihat slah satu ancaman besar buat pasukan Perak.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super 2013 | ATM vs Perak (result)

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 06 Julai 2013
Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi
8:45 Malam

ATM 0 – 1 Perak

Perak menamatkan aksi Liga Super 2013 dengan 3 mata berharga sambil dibantu aksi yang kurang memberansangkan ATM.

Perak memulakan perlawanan dengan baik biarpun gagal memecah kebuntuan dibabak pertama. Babak kedua, kedua-dua pasukan mengatur gerakan untuk mencari gol pertama perlawanan, namun gagal sehinggalah Perak berjaya memaksa pertahanan ATM melakukan kesilapan yang menghadiah sepakan penalti kepada Perak.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)