Liga Super 2013 | Perak vs Lions XII (result)

Astro Liga Super 2013

Selasa , 25 Jun 2013
Stadium Perak , Ipoh
8:45 Malam

Perak 1 – 1 Lions XII

Perak gagal memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri dengan hanya mampu seri 1-1 dengan peneraju takhta Liga Super 2013 Lions XII. Skuad V Sundramoorthy ini dilihat kurang sempurna apabila pengendalinya terpaksa mengenepikan 3 pemain utama akibat kecederaan.

Lions XII dilihat agak tempang di babak pertama dan tidak beraksi seperti Lions XII yang kita kenali sebelum ini. Namun, peluang ini gagal dimanfaatkan Perak untuk mencipta jaringan di babak pertama yang berkesudahan 0-0.

Separuh masa kedua, 13 minit berselang, Paolo Rangel meledakkan bola ‘rebound’ untuk Perak di depan 1-0. Ini adalah perkara yang sepatutnya berlaku dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini dengan berjaya bangkit untuk mencipta gol dikala memerlukannya. Paolo Rangel dilihat konsisten selaku penyerang utama berjaya menambah koleksi jaringan peribadi ke 8 nya dalam perlawanan ini.

Minit ke 77 kesilapan memberi sepakan percuma bertentangan muka gol Perak mengundang padah apabila pemain muda berjersi 26 Lions XII berjaya menyamakan kedudukan melalui sepakan terus yang menewaskan penjaga gol Perak.

Selepas itu, kedudukan tidak berubah sekali gus Perak terpaksa akur berkongsi mata di Ipoh dan gagal meneruskan kecemerlangan lalu. Tetapi, Perak berjaya menebus kekalahan 1-2 musim lalu kepada lawan sama juga di Ipoh.

Seterusnya Perak bakal menanti kunjungan The Red Warrior 2 Julai 2013 nanti untuk perlawanan seterusnya. Sukar diramalkan kerana Kelantan berjaya mendapatkan tonik dalam perlawanan semalam setelah berjaya menewaskan Pahang di Kota Bahru dengan 2-0. Mahu atau tidak, Perak harus menang bangkit dan terus bangkit. Bukan masanya untuk merencana atau berfikir panjang, sekarang adalah masa untuk melaksanakan tugasan. Cuma perlu memastikan tugasan dilaksanakan mengikut perancangan yang direncana dahulu. Terpulang kepada pengendali Perak, beliau dilihat ada ramuan tersendiri untuk memastikan mata dalam dua perlawanan terakhir Perak.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2013 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

17 thoughts on “Liga Super 2013 | Perak vs Lions XII (result)

  1. syahir

    Adakah seri malam td kesilapan penjaga gol?@pertahanan?..teman rasa kesilapan yang same dgn lawan pahang tempoh hari..wajarkah digelar penjaga gawang kebangsaan??gandingan azlan dgn rangel amat memukau...sungguh menakjubkan.apslgandingan sebegini tak digilap dari awal musim lg..kemane hilangnye rafiudin,norhazrul,shahrom kalam,syazwan roslan..

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. saidin

    jelas dan nyata........

    Pemain pemain pasukan Perak tidak memiliki stamina yang bagus dan tidak memiliki kualiti permainan yang baik dan tidak memahami untuk mentelaah kelemahan pemain dari pasukan lawan,ini yang membuatkan kegagalan untuk mengecapi 3 mata penuh yang berharga.

    jelas ketara kelemahan dibarisan tengah yang gagal merencanakan gerakan menarik dan gagal melakukan kawalan yang berkesan bagi membuka ruang kepada penyerang untuk menjaringkan gol

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi Post author

    Syabas kerana berjaya menidakkan Lions XII untuk menuju kejuaraan lebih awal. Mujur JDT turut seri semalam. Selangor kini bersaing dengan JDT untuk gugat kedudukan Lions XII.

    Percayalah, selepas ini Perak kekal dengan momentum ini , datang lah lawan hebat mana pun Perak tetap akan dapat mata. Tabik kepada Paolo Rangel yang kini menjaring kan gol dalam setiap perlawanan dan mula nampak matching dengan Azlan Ismail yang memungkinkan Abd Hadi Yahya akan terus berehat.

    Kelantan, dipersilakan masuk gelanggang.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      perghhh..angkuh giler statment mike syidi....muhahaha, Perak terbaeklahhhh... hahaha.. mampuihhhh melayan bola mesia neh..

      Likes(0)Dislikes(0)
          1. syidi Post author

            Talam satu muke dah banyak dalam market. So, nak cube pulak masukkan dalam market talam banyak muke siap ade kaki . hahaha..

            Time main bagus keletung keletang bunyi palang semalam mujur tak masuk je, kalau tak memang 6-2 dah bak kata Chuck.

            Likes(0)Dislikes(0)
  4. syahir

    Lawan kelantan perak main 10 orang mesti boleh menang..haha..harap coach dpt buat rombakan di bahagian tengah dan defend..xpayah la nk guna pemain2 kebangsaan,buat sakit hati je.main rupe pe ntoh..bg player2 kg je main.lg claas...cmmane la rajagopal blh pilih deme main ngan skuad kebangsaan..perabiskn boras je..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      ehhh... mike neh beribu abih duit pafa bayorr player2 national tu wehh.. deme dah buat yg terbaek la tu.. kome semua pandai komplen jek..kalu dah pandai sangat main ler sendiri !!! - luahan hati player yg baru dpt dok simpanan blom turun first eleven lagik, kekekeke

      Likes(0)Dislikes(0)
  5. YB

    Ako rasa tgk bola perak dah mcm tgk Wresling WWE nun.. penuh skrip, drama dan lakonan. Abis wisel penamat meluru pemain buat Royal Rumble plak. Pastu penonton terkesima plak lantas ikut merusuh...hahaha.. terbaeklah Bolasepak Mesia neh... pasni kalau dah pencen dari sukan bolasepak bole le jadi pelakon plak. Dengor khabor pengarah filem Mamat Khalid nak buat filem pasal bola yg bertajok, Jalang Jalang Cari Bola, kahkahkah.. kome semua memang best ler...

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. helmirizal

    salam

    3 mata harus milik perak sepatutnya tetapi dinafikan oleh pengadil perlawanan yang bertugas pada malam itu...adakah lions 12 dijaga oleh FAM supaya tidak tewas bagi memberi peluang mereka untuk menjadi juara liga super 2013 ini???

    2 kali bola terkena tangan pemain lions 12, manakala paulo rangel yang dijatuhkan diendahkan oleh pengadil untuk memberi sepakan penalti, begitu juga tandukan minit akhir hadi yahya yang sudah melepasi garisan gol namun seakan-akan tidak dilihat oleh penjaga garisan

    aksi pemain dilihat agak baik pada perlawanan tersebut, tahniah diucapkan kekalkan momentum untuk baki 2 perlawanan liga super & piala malaysia nanti

    kita sudah kekal untuk liga super 2014 dan layak ke piala malaysia yes yes yes yes

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. chuck

    Salam..

    Sejujurnya persembahan kemarin terbaik.Tak peronah teman tengok haris harun,syaril ishak dan Isa kaku-kelu serta bertungkus lumus bebenor koje keras.Memang 6-2 tak mustahil kemarin.

    untuk team perak,tabik pada yong kerana rasa teman game semalam dah menunjukkan kenapa dia diserve bermain untuk kebangsaan.Semalam game dia ok dan Xmacam yang sebelumnya.

    Amat kecewa dengan persembahan yang ditujukkan oleh play maker aka captain perak-Arul.Sangat Menjengkelkan.Seharusnya beliau direhatkan lebih awal samada diagantikan dengan Rafiuddin@S.Chanturu.begitu juga V.Thiru Murugan yang mana gandingan dia bersama arul agak kurang menjadi.Kemasukan serta penggantian hazrul amat bertepatan sekali.Nasir juga baik dari segi ball winner namun hantaran yang merapu serta tergesa2 perlu diperbaiki.

    Susulan dan lanjutan dari game kemarin,teman menaruh kepercayaan teman pada player berikut untuk manggalas misi selasa ini bertemu TRW.

    GK-Farizal Marlias
    CB-Hisyamuddin &
    SB-Md Nor Hazrul & Nasir replaced Khairi kiman Suspended
    DMF-Siva kumar
    CMF-Arul
    SMF-Rafiuddin & Yong ( memandangkan rafiuddin dan Yong main pd posisi yang sama mayB S Chanturu perlu dibawa masuk bagi sebelah kanan sayap perak.
    CF-Paulo-paulina abd Rangel & A.Q Azlan

    prediction game di Ipoh:Perak 4 Kelantan 2

    sekian,terima kasih

    chuck

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. cer7

    hmm..byk komen positif nih, kecuali YB je komen sacarstic sket. bior betui kome.. best benor ke perak main mlm tu.. nyesey plak x tgk... kalu camtu gud luck le lwn TRW nnt. provoke sket indra dgn farhan tu, baru ade sent 0ff baru form (ape ke pelik taktik coach season ni..) sempat tgk youtube gaduh time final whistle tu.. refree bodoh...refree bodoh...wakaka.. betui le ckp YB udah ghope WWE je...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      ajer yer yob.. teman dah kontek mcmohan kat wwe nun ada ke koje kosong jadi wresler part time.. deme kate ada jugak takat nak jadi bahan sparring kena lumat dek pro wresler nun. Kot la player2 ada yg minat dpt la jugak teman komisen.. hahaha.. skang kan jaman komisen..

      Likes(0)Dislikes(0)
  9. eg

    Ape? game perak ngan lions terbaekkkk!. Bior benor mengkome. Aku nengok caca marba je.(Nasib baik tak pasang lagu caca). Kome tak tengok ke game perak/selangor dan perak/Jdt sebelum ni. Kemarin punya game langsung tak ada seni. Lagi syok tengok kelantan/pahang main. Game kemarin tu kalau live kat radio(macam dolu-dolu), rasa perak ni main berapa orang je. Kalau perak atur serangan, nama farizal,hishamuddin, nasir atau shahrulnizam, azlan dan paolo saje yg disebut. Kalau perak kena serang plak, nama seperti nasir(dia lagi), shahrul, khairi kiman yg selalu disebut. Yang lain-lain tu sekali sekala je disebut. Sebab tu bila 2nd half midfielder forward pancit. Kalau tengok team kelantan, jdt selangor semuanya terlibat. Itu baru namanya team player. Perak punya player , kalau member pegang bola, yg lain dok pakat tengok je. Tak ada usaha nak 'position' diri supaya member boleh tolak bola bila terkepung. Hampeehhhhh yob.
    Satu je yg aku puji, pemain perak ni rajin. Rajin kejor bola. Kalau nak tau sape yg paling rajin, carilah orang yg paling berselemuih. Siapa lg baju no.4 le. Kalau ikut pengulas ari tu, dia ni fitness dasat tp kelam kabut. Kalau kejor bola memang dapat punya tp bila anto bg kat pihak lawan. Hampeeehhh lg yob. Adoii sakit perut. Nak g ...........

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      kahkahkah..mcm gampang je romen...ehhh..komen mike yob, ater nak sedapkan ati yg tak berapa nak seronok sejak dua menjak gitulah caranya. Hahaha.. baguih ler mike ikhlas bagi pandangan idak terkesima dgn taktik royal rumble player yg beraksi ganas tapi romantik dlm hati deme... kuikuikui. Bab rajin kejor bola tuh sudah semestinya ater slogan pon KEJOR YOB KEJOR!!! Jawabnya kejor sajelah takde kesudahan bermakna... kehkehkeh.. layankan ajerlah weh..

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.