Liga Super 2013 | Perak vs Lions XII (preview)

Astro Liga Super 2013

Astro Liga Super 2013

Selasa, 25 Jun 2013
8.45 malam
Stadium Perak , Ipoh

Misi 3 mata dalam 3 perlawanan terakhir. Lions XII yang gagal memungut 3 mata menentang Johor Darul Takzim tempohari setelah hanya mampu seri 1-1, dilihat bakal menggunakan Ipoh sebagai medan untuk memburu 3 mata mereka.

Perak yang berjaya mendapat mata penuh di Kuantan Sabtu lalu dalam kondisi terbaik dan dilihat bersedia melayani ‘sahabat’ dari selatan Johor itu. Namun begitu, jika diimbas kembali perlawanan lalu, masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.

Antaranya, kawalan bola dan hantaran yang dilihat masih ada kekurangan dan sering melakukan kesilapan. Sementara gandingan di bahagian serangan dilihat semakin serasi cuma perlu gandakan usaha mencari jaringan melalui gerakan menarik seperti lorongan-lorongan menarik antara kedua-dua penyerang ini.

Menariknya tentang Lions XII ini, mereka hanya menang 2 perlawanan daripada 9 perlawanan di tempat lawan dan selebihnya keputusan seri. Ini menunjukkan mereka hanya memastikan sekurang-kurangnya 1 mata di laman lawan dan ini peluang untuk Perak mengutip mata penuh cuma perlu memastikan aksi terbaik malam Rabu nanti.

Tiada yang mustahil jika pemain-pemain tekad untuk memberikan yang terbaik untuk semua penyokong Perak. Selain itu, Mohd Azraai Khor Abdullah juga perlu menyakinkan PAFA untuk terus memberi khidmat kepada Perak dalam saingan Piala Malaysia nanti ini dibuktikan setelah PAFA melaungkan amaran agar prestasi dipertingkatkan dalam baki 4 perlawanan Liga Super 2013 ini.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2013 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

9 thoughts on “Liga Super 2013 | Perak vs Lions XII (preview)

  1. YB

    teman boikot game neh!!! hahaha, team tengah kuat skang neh tapi kome tak berani nak komen apa2 ke? Hahaha..dedor gamak kalau komen karang kalah team...huhu

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Jaji

    Teman nak komen sikit tentang artikel di atas yang terdapat dua kesilapan. Pertama di perenggan ketiga di mana berbunyi: "kawalan bola dan hantaran yang dilihat masih belum ada kekurangan ..........". Sepatutnya ayat tersebut berbunyi: "kawalan bola dan hantaran yang dilihat masih ada kekurangan". Kedua terdapat di perenggan keempat. Ayat berbunyi "Ini menunjukkan mereka hanya memastikan mata di laman lawan..." Sepatutnya ia ditulis "Ini menunjukkan mereka hanya memastikan mata di laman sendiri". Kesilapan sedemikian sepatutnya tidak berlaku kerana ia memberikan sedikit kecacatan dan para pembaca tertanya-tanya akan apa yang ingin disampaikan oleh penulis artikel berkenaan. Maafkan teman jika keterlaluan menegur.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Haha. Terima kasih Encik Jaji, saya amat menghargai komen berkenaan. Saya mengaku tersalah taip ayat berkenaan. Ini kerana ianya dibuat dalam keadaan kelam kabut disamping tugasan seharian. Terima Kasih.

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. Jaji

    Berhubung perlawanan antara Perak bertemu Lion XII pada malam Selasa nanti, teman ada sedikit ingatan kepada para pemain. Janganlah hendaknya 'penyakit' lama berulang di mana setelah mengalahkan pasukan yang dianggap gagah, di perlawanan berikutnya kalah kepada pasukan yang dianggap lemah. Contohnya setelah Perak berjaya menewaskan Johor DT dengan jaringan 3 gol tanpa balas pada 27 April tetapi Perak kecundang kepada Felda United dengan jaringan 1 - 3 pada 3 Mei. Ini amat mendukacita dan mengecewakan kami selaku peminat setia kerana perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku dalam kegahairahan kami merayakan kemenangan pasukan kesayangan kami, tub-tub 3 hari kemudian kita kalah pulak. Semoga kali ini Perak akan terus melakarkan kemenangan ke atas Lion XII. Jangan menoleh kebelakang lagi wahai pejuang pasukan Perak. Malah terus mencipta kemengan dalam baki 3 perlawanan yang masih tinggal.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Maaf cakap, ini semua sikap pemain sebenarnya. Ketua pasukan tidak main peranan. Ketua yang baik adalah ketua yang bijak dan tahu bagaimana untuk mempengaruhi anggota bawahan demi mencapai sasaran yang ditetapkan.

      Mereka seolah-olah tidak sungguh-sungguh dan tiada keinginan meningkat dari hari ke hari seolah-olah 'dirantai' sesuatu yang membelenggu diri masing-masing. Perkara ini yang takut nak cakap sebab kalau cakap tiada bukti orang akan cakap ini semua 'nonsense', terutama berkaitan rasuah.

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. chuck

      JDT top 3.FELDA duk bottom 3.Lions XII juga duduk diatas.So Xsama.momentum pasukan akan bertambah secara mendadak bila bertemu pasukan handalan.Boosting over bar akan dilepaskan melalui button triger.PASTI KENA SONDOIII!!!!Perak (6)-Lions XII (2).Make sure ratio kaki player xgelincir ketika membuat hambatan.Tork kena lebih tinggi dari HP.Baru jadi giler babi bila berlari...

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. helmirizal

    misi 3 mata lagi arini....semangat pemain diarapkan di tahap yang terbaik selepas kejayaan di kuantan sabtu lepas...peluang bermain di lamaan sendiri diarapkan diguna untuk tewaaskan lions 12.....rekod lions di padang rumput biasa diliat tidak begitu memuaskan....

    semoggga 3 mata milik perak malam nie..skor yob skor

    seladang ale ale

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.