Liga Super 2013 | Pahang vs Perak (result)

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 22 Jun 2013
Stadium Darulmakmur, Kuantan
8:45 Malam

Pahang 1 – 2 Perak

Misi menang 4 perlawanan terakhir bakal diteruskan selepas berjaya dalam misi di Kuantan semalam biarpun babak kedua bermain 10 orang 13 minit terakhir.

Babak pertama, kedua-dua pasukan menyajikan aksi serang menyerang dan Perak memiliki sekurang-kurangnya 3 peluang di depan melalui gandingan Paolo Rangel dan Azlan Ismail, namun bola gagal menerjah jaring.

Babak kedua, Perak cemerlang apabila Azlan Ismail bijak menyudah peluang untuk Perak di depan 1-0. Namun begitu, selepas itu lebih kurang 28 minit berselang Pahang menyamakan kedudukan melalui sepakan percuma Hafiz Kamal dikala Perak terpaksa beraksi 10 pemain selepas M Yoganathan dilayangkan merah.

Hasil semangat sepasukan yan tinggi di minit 82, Paolo Rangel berjaya menambah koleksi gol peribadi ke 7 beliau melalui sepakan penjuru yang disudahkan dengan tandukan cantik sekali gus memastikan 3 mata berharga dibawa pulang ke Ipoh.

Ini sekali gus menidakkan impian Pahang yang ingin menjadikan Perak mangsa melalui kenyataan media sebelum ini. Kemenangan ini amat penting untuk menyuburkan kembali semangat juang yang tinggi dalam baki 3 perlawanan terakhir yang amat memerlukan kemenangan.

25 Jun 2013 nanti, tugasan sukar menanti Azraai Khor dan anak-anak didiknya apabila menanti kunjungan Lions XII di Ipoh. Dengan kemenangan ini, Perak dilihat mampu menyaingi lawan dari selatan tambak itu dan sudah semestinya menyakinkan kembali penyokong yang dahagakan kemenangan.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2013 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

3 thoughts on “Liga Super 2013 | Pahang vs Perak (result)

  1. YB

    aik semua KELU ke pasey menang? Hahahaha...jerebu telah memancorkan silau pada keeper Pahang lantas tandukan Paolo Rangel menggegor jaring maka meraung le para bookie sebab tersalah setting, kahkahkah... srkali sekala apa salah rugi..ye tak?? Hahahaha

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.