Liga Super 2013 | Pahang vs Perak (preview)

Astro Liga Super 2013

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 22 Jun 2013
8.45 Malam
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Tugas sukar menanti Perak untuk menghadapi penghuni tangga ke 5 liga yang memiliki rekod positif selepas 9 perlawanan di laman sendiri. Berdasarkan rekod, daripada 9 perlawanan di Kuantan, Skuad Tok Gajah hanya sekali tewas iaitu kepada PKNS 1-3. Selebihnya seri 3 kali dan menang 5 perlawanan.

Mungkin dengan rekod ini kita dapat membayangkan prestasi semasa pihak lawan yang semestinya mahu mengekalkan rekod cemerlang ini agar tidak dicemari dengan kekalahan. Namun begitu, rekod bertemu dengan Perak sebelum ini memihak kepada kita apabila Perak menang di Lumut 19 Februari 2013 lalu dengan 1-0 itu pun hasil jaringan sendiri Jalaludin Jaafar.

Rekod perlawanan Perak di luar atau di laman lawan pula amat mendukacitakan. Daripada 9 perlawanan, Perak hanya menang 2 perlawanan, 2 seri dan kalah dalam 5 perlawanan. Rekod ini perlu diperbaiki dengan hanya berbaki beberapa perlawanan untuk memastikan kedudukan dalam liga super selamat.

Pengendali Perak seharusnya telah mempergunakan ruang yang ada sebelum ini untuk memperkemaskan semua jentera pasukan Perak dan wajib memungut 3 mata dalam semua perlawanan selepas ini. Tekanan sudah semestinya menjadi cabaran utama untuk meneruskan perjuangan 3 mata ini.

Dalam keadaan ini, Azraai Khor perlu menggunakan sepenuhnya kekuatan yang ada termasuk menggunakan khidmat pemain muda yang dilihat cukup berkesan sebelum ini seperti Muhammad Syamil, Nor Hakim Isa dan Khairul Asyraf. Begitu juga dengan Mugenthiran yang sepatutnya diberi peluang untuk bergandingan dengan Paolo Rangel. Tindakan PAFA yang memberi amaran keras kepada pemain untuk meningkatkan prestasi dalam 4 perlawanan terakhir dilihat wajar dan menunjukkan betapa seriusnya keadaan pasukan ketika ini berbanding musim lalu.

3 mata di Kuantan kelak bakal memberi suntikan semangat untuk Perak terus berjuang untuk memperbaiki kedudukan dalam liga. Itu adalah harapan seluruh penyokong Perak yang dilihat agak kecewa dengan prestasi semasa ketika ini.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2013 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

13 thoughts on “Liga Super 2013 | Pahang vs Perak (preview)

  1. saidin

    setuju dengan kata kata admin,bagi aku norhakim Isa perlu berada dalam kesebelasan utama dan merehatkan Shahrulnizam yang jelas kini berada di prestasi yang buruk. Pasukan perlu melakukan rombakan dibarisan pertahanan dan turut serta yang perlu direhatkan pengantin baru iaitu penjaga gol utama Farizal Marlias.

    Malah taktikal perlukan sedikit perubahan iaitu 3-5-2 dimana Rafael sebagai pemain swiper(stopper) bebas untuk bergerak keatas maksimum sehingga ke tengah Shahrom kalam digandingkan dengan pemain skuad piala presiden yang kerap kali beraksi sebelum ini,untuk pertahanan kanan dan kiri boleh diletakkan mua lama yang telah lama direhatkan seperti Shazwan roslan malah pemain muda dari skuad piala presiden turut mampu untuk berada dalam kesebelasan utama,manakala Norhakim isa digandingkan bersama Nasir dibahagian tengah dan sayap kiri dan kanan Kuang yong dan chanturu,manakala dibahagian serangan Paulo Rangel dan syamil atau azlan ismail.Hadi yahya perlu direhatkan terus.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Jasbisa

    salam semua, setuju dengan komen yob diatas. Arul seharusnya direhatkan. Cadangan 4-4-2. Rangel, Mugenthiren - Chanturu, Norhakim, Sivakumar, Nasir - Syazwan, Rafael, Syamil, Hazrul. Pemain lain yang perlu direhatkan ialah Yong, Hadi, Nazri etc. Lilitan kapten bagi pada Rafael.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. helmirizal

    salam

    liga kembali bermula sabtu ini, 4 perlawanan terakhir perak perlu menang kesemuanya untuk kekal di liga super, justeru itu tidak ada pilihan lain apabila bertandang ke kuantan sabtu ini..misi wajib MENANG!!!

    tetapi berdasarkan rekod perlawanan persahabatan, perak menang 2, seri 1 dan kalah 1...namun berita yang agak gembira apabila beberapa pemain utama yang cedera telah pulih..diharapkan jurulatih dapat membuat lebih banyak pilihan pemain untuk diturunkan nanti..rehatkan beberapa pemain yang tidak menunjukkan prestasi yang baik

    barisan pilihan teman bertemu pahang nanti

    farizal marlias

    mohd nor hazrul
    khairi kiman
    shahrom kalam
    syamil

    rafael
    nasir
    chanturu
    rafiudin

    paulo rangel
    hadi yahya

    insyallah perak menang 2-1

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. syahir

    Rehat panjang bukan penyebab blh menang,dan bukan penyebab blh menang..so pikir2kn lah...dlm tu ade friendly ngan team2 cap ayam dan cap harimau..ade menang ade kalah..namun presti blh meningkat ke slps ni...kite tggu sabtu ni ade jawapannye..main kt temp org plak..smua team nk menang,tp adat la dlm perlawanan ade menang,kalah,seri..menang disanjung,kalah di cemoh..

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. YB

    Huhuhu...game kalah ni nak pegi tengok pun penat...hahaha, tah ler kome, kalau ikut mulut memang nak menang tapi ikutkan logik mana maunyer wehh... Pahang tengah form skang neh then Perak plak tengah hampeh. Campo tolak bahagi darab teman ramal Perak bungkus ler game ni musti lebih dari 3 gol. Errr.. rasa macam ada orang nak dapat kad merah lagik nanti neh... kita tengok sape yang kenaaaaa.... hahaha

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. syahir

    Dapat kad merah pn x pe la..janji MONANG..ayuh seladang,kasi tumpo tok gajah malam sok,..ade live x mlm sok kt tv1

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. YB

    huhu..penah ke perak menang main 10 org tahun ni? Kekekeke, kalu main 12 org pon blom tau bole menang, kuikuikui

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. eg

    Malam ni aku pecaya perak akan bermain dgn penuh semangat sebabnya, pahang adalah antara team yg kuat. Biasalah, perak kalau lawan dgn team yg kuat dia akan kuat. Tp kalau lawan dgn team lembik, dia turut lembik. Malah lebih lagi. Sebenarnya aku maleh nak komen pasal game malam ni atau game seterusnya. Skang aku lebih pada review player punya game supaya senang dihujung musim nanti kita buat analisis siapa yg patut kita tendang dari team perak untuk musim depan. Apa kata admin? (Harap-harap ada live kat tv1.)

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. YB

    review je yop..kalu teman buang je semua player dgn coaching staff skali.. ganti dgn player bola dari bebudak sekolah agama rakyat nun, bior kalah main jujur dari melingkup sebab makan rasuah...kahkahkah

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. belanak

      teman setuju benor tuh YB... kalau udah makan rasuah jawab nyer tak ke mana ler.... leboh ler... please ler jangan dok amik wang haram tuh... bagi makan anak bini wooo....

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.