Seladang Dot Net | Isu Bookie Semakin Panas!

Isu ‘bookie’ bukanlah baru kepada pengguna-pengguna berdaftar yang aktif dalam laman ini. Sebelum dihebahkan dimedia kita telah pun membincangkannya dalam ruangan komentar dan platfom shoutbox.

Perkara ini sebenarnya telah lama berlaku mungkin sejak bolasepak wujud di tanahair. Memang benar ini merupakan kesalahan tetapi mungkin tiada laporan rasmi dibuat kepada pihak berwajib sebelum ini, dan ianya hanya dipantau oleh persatuan yang adakalanya hanya mampu memandang.

Diugut bunuh, itu adalah cara ‘bookie’ mengawal ‘robot’nya yang mahu atau tidak pemain harus patuh kepada perancangannya. Ini merupakan kesan daripada ‘kali pertama’ yang akhirnya menjerut leher sendiri. Bak kata pepatah ‘ditelan mati emak, diluah mati bapak’. Rasanya perkara yang telah berlaku biarlah berlalu, boleh saja kita menuding jari dan menuduh mana-mana pemain terlibat dengan rancangan ‘bookie’. Tetapi masalah tidak akan selesai selagi ianya hanya cakap kosong yang terarah kepada kritikan yang tidak membantu langsung.

Langkah yang wajar diambil ketika ini adalah langkah untuk menyelesaikan masalah pemain-pemain yang terikat dengan si ‘bookie’ ini. Difahamkan mereka-mereka ini bergerak di bawah kumpulan ‘gengster’ yang akan bertindak agresif jika perancangan mereka gagal dilaksanakan. Terbaru, selepas perlawanan Johor Darul Takzim minggu lalu, salah seorang pemain dipukul oleh ‘bookie’ kerana gagal mengikut perancangan.

Perkara ini sudah sampai ke pihak berwajib dan diharap dapat diselesaikan untuk membersihkan bolasepak Malaysia daripada gejala yang tidak sihat ini. Terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan yang mengambil serius perkara ini sambil PDRM dan FAM akan membantu menyelesaikan masalah yang dilihat agak kritikal ketika ini.

Selepas ini, pemain-pemain yang terlibat perlu berani untuk tampil agar dapat dibantu sehingga masalah ini selesaikan. Dalam keadaan sekarang ‘jiwa anak jantan’ amat diperlukan. ‘Abang buat abang tanggung’. Jika tidak, sia-sia lah usaha pihak yang cuba membenteras gejala ‘bookie’ ini.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Umum and tagged on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

One thought on “Seladang Dot Net | Isu Bookie Semakin Panas!

  1. helmirizal

    isu yang masih gagal diselesaikan oleh FAM sehingga ke hari ini....perlbagai tindakan dilakukan tetapi tindakan tersebut dilihat seakan-akan tidak serius..adakah FAM juga terlibat dalam isu bookie ini???

    penyokong tidak mahu lagi ditipu dengan keputusan yang telah dirancang oleh bookie...pemain mahupun pengurusan mahupun FAM yang beragama islam tolonglah sedar, judi adalah haram disisi agama islam..jangan makan duit haram

    hapuskan bookie dan ubah pengurusan FAM....kami mahukan kemajuan dalam bolasepak malaysia

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.