Liga Super 2013 | Selangor vs Perak (result)

Astro Liga Super 2013

Jumaat , 10 Mei 2013
Stadium Shah Alam, Selangor
8:45 Malam
Astro Arena 801

Selangor 1 – 1 Perak

Kelalaian diminit akhir permainan mengundang padah. Semuanya berpunca daripada kesilapan Rafael De Souza yang menyiku Ramzul Zahini dan kad merah dilayang. Sepakan percuma itulah punca segalanya. Raimi Nor meledakkan rembatan kencang di masa kecederaan melenyapkan 3 Mata Perak.

Perak di depan seawal minit ke 19 melalui sepakan percuma menarik daripada Nor Hazrul Mustapa. Babak pertama menyaksikan Azraai Khor membuat sedikit perubahan dengan meletakkan Nasir Basharudin di gandingkan dengan Paolo Rangel.

VIDEO DI BAWAH

Selepas itu, Selangor dilihat mendominasi permainan dan Perak juga memiliki peluang menggandakan jaringan namun gagal dimanfaatkan dengan baik.

Paling mengecewakan adalah teras utama pertahanan Perak mendapat kad kuning kedua dan bakal menghadapi penggantungan dalam perlawanan akan datang.

Secara keseluruhannya, pujian harus diberikan kepada Azraai Khor yang berani mempertaruhkan bakat muda seperti Norhakim Isa dan Redzuan Hussam yang dilihat bermain agak baik walaupun ada kelemahan dikesan.

Satu mata di Shah Alam merupakan peningkatan yang positif. Gandakan usaha kerana perjuangan masih belum selesai.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2013 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

22 thoughts on “Liga Super 2013 | Selangor vs Perak (result)

  1. syahir

    Memang rugi bebenor..ramai yang x lena tido malam ni.tatkala 3 mata nk di bwk blk,akhrnye 1 mata yg dpt..bkn kali pertama benda ni terjadi.wahai coach azrai,bangun lah dari tidor..gerbang ke liga perdana tahun dpn dh terbuka luas..takkan nk melomgat turun..kpd rafael,mike
    Kena up lg skil individu,mike pemain profesional..semenjak 2 3 game yg lepas striker team lawan senang2 dpt lps dgn mike..mcm perak xde defend import,mike xdk pengaruh di bhgn defend.paling teruk game ngn felda aritu.defend mmg teruk..game arini,dh tau leading,last2 minit kena la kuatkn bhgn defend.lwn msti main mati2 pnya last minit...kecewa sgt2..coach azrai..ubah,ubah,ubah,strategi...xnak,xnk,xnk,xnk,xnk liga perdana..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      apa teman kate dulu pasal rafael? Kome penah bacakan? Dia tak boleh center defend dah...tolong la bukak mata sikit ajrai khor,... haiyaaa...letak dia defend mid yg bole kutip second ball sambil tolong defend jugak...itu pon susah benak beno nak pikior...haishhh.. ini budak local yg sibuk header bola bila keeper lawan buat long kick, patutnya rafa ler sebab dia tinggi...hadoih.. dah la keeper plak last minit asik nak terbabas2 jek.. saje nak lepas gol ke farizal? Lama dah ako monitor budak neh main...tuko ajerlah keeper lain sebelum kita terjon ke liga primier...

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. anip

    40 minit separuh masa pertama Perak bermain dengan baik tetapi separuh masa kedua bila Perak kendurkan team work dan selangor mula kuasai perlawanan maka tekanan yang dialami menyebabkan kita kehilangan 2 mata. Apa - apa pun Perak nak jugak bolos setiap perlawanan. Dah la konsisten perlawanan takde, prestasi yo-yo dah tu suka sangat lepaskan gol setiap game hatta dengan team corot!!! Come on la...defend haup, mid haup, striker haup ke mana dah hala tujunya? PAFA yang hebat sangat tu takkan tengok je. Glory...glory...primera la liga...mampoihhh...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      deme baca penyokong mcm mengkome tengok bola neh kayu,bangang,bahlol taktau apa2 pasal bola itu pasal jadi gini. Dah tiba masa kita semua mengamuk skang neh PAFA sila buat perubahan!!! kalau nak harap kelab2 peminat,penyokong, atau ultras semua tak bole harap.. sokong membawa rebah... kalah pon sokong itu yg sedap deme permainkan kome... bangun la semua org yg menyokong pasukan bolasepak perak neh...jangan sampai kita terjerombam ke PRIMIERA LA LIGA!!!!!

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. syahir

    Pasni game ngan t,ganu..main kt ipoh..ada byk masa lg coach..blh touchup2 mane yang patut....nmpaknye player perak thun ni x blh main waktu panas,xblh main 90 minit...oleh itu kena bg ubt tahan lame lame la,smpai 100minit.haha....player perak byk yg blh main..tp tgk mcm chipsmore..sekejap ade,sekejap xde...game arini main,game esok hilang..bgn lambat kot terlepas bas..@ injured..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      deme semua europe base tu yg tak tahan panaih... haiiishh.. hati fans yg panas skang neh sape pak nak sejukkan? Mampoiuhhh

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. anip

      Dah tak banyak masa dah. Game pun tinggal berapa je lagi. Bukan ada Piala FA ke hatta Juara Liga-liga Asia pun yang nak dipertahankan. Fokus Liga Super je. Come on la. Team bawah Perak boleh pintas kedudukan Perak bila-bila masa je. Takkan nak tunngu dah dalam Primera La Liga then fans dah nyanyi lagu Patah Seribu Shila Hamzah baru nak terkedek-kedek nak ke Liga Super!!!

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. YB

        payah yob kalau ada peminat/penyokong yang kepala otak deme terlebih positif... kalah dan menang kami tetap sokong!!! punai ler..!!! udah kome kenyang makan duit peruntukan yg tak berapa sen tu dulu langsung tak mampu nak bukak mulut ke? inilah org kate kalau dah termakan budi tergadai bolasepak negeri... kalau kita hentam bukan makna kita tak sokong tp kami pon bukan bodoh pasal bolasepak neh... dgn bajet dannbarisan pemain yg mantap konon sangat tu tapi pencapaian tahap mana? Bukak la mata woii..takkan nak tunggu masuk liga premier baru nak ada otak berpikior!!!

        Likes(0)Dislikes(0)
  4. cer7

    rafa ni suke beno maki member..bile dia buat mistake xde ke yg berani tegor?? ape2 pun dia dah berjaya kunci forkey doe mlm td..freekick tu pun x perlu 2nd yellow rasenye..nak ikutkan farizal blh save bola last tu..mybe pandangan terlindung sebab dia pun (pada pandangan awok) antara motm mlm td. rafa blh main byk posisi, dulu mase mola2 amik dulu ckp dia ni versatile n blh main striker.. lps ni game coach penin le jwpnyee.. rafa,hadi,rangel,farizal,nasir(suspension) tu belum yg injed lagi..adoilaaa...

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. syidi Post author

    Inilah bolasepak. Kadang2 Mmg zalim, kredibiliti Coach Azraai tercabar dikala ini yang bakal menguji Terengganu yang meningkat secara mendadak sejak 2 menjak ni.

    Selepas ini kita akan dapat melihat kelibat budak2 presiden menggantikan pemain2 yang suspended. Paling busuk pun as a reserve. Defensive Syamil, midfielder norhakim , forward mugen, side mF kita ada Khairul asyraf dan redzuan hussam.

    Terpulang Pada coach untuk merancang.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Alang2 dah masuk banyak budak2 presiden lebih elok ganti je coach yg ada skang ni dgn coach presiden... bayor mahal2 kat coach liga super last sekali guna tenaga liga presiden!!! baik pecat je azrai tu ganti dgn coach burn takde le sakit ati!!! Skang bukan masa nak cari bakat baru wehhh.. dedah mendedah ni dah lama berakhir zaman karathu dan raja azlan nun... faham ke idak mengkome?

      Likes(0)Dislikes(0)
        1. YB

          kenyataan teman tu tak menjurus pada mike syidi tapi lebih pada pandangan umum yg biasa teman dgr dan baca tentang kasi pendedahan la apa la... ni bkn masanya nak dedah mendedah, ingat kedudukan kita dah selamat ke? Aiyakkk

          Likes(0)Dislikes(0)
  6. syahir

    Byk player xblh main ngan game t,ganu ni.bdak2 piala presiden pn ok gak main...tp kena wt game main ptg la kt ipoh baru demd menjadi..haha..teman tgk game slangor aritu 1st half mmg cantik..mmmg blh menang byk gol,tp 2nd half teruk dh..ref pn teruk gak..2 pemain impot kite kna kad pasal tangan.x logik langsung.deme bdan besor.tgn pnjang...ref mmg teruk.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Pembetulan sikit y8b. BUANG MENTALITI MAIN PETANG OK MAIN MALAM OUT. Buang semua tu. Negatif. Sepatutnya, gunakan peluang ini untuk buktikan Perak memiliki pemain2 muda yang berkualiti.

      Malukan senior. Kalahkan Terengganu dan semua akan berubah.

      Likes(0)Dislikes(0)
  7. malayneum

    welcome PERAK to Primiera La Liga...good job PERAK..pasti bleh mengepalai Primiera La Liga dari awal musim hingga hujung musim.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. helmirizal

    seri 1-1.....persembahan pemain bagi pandangan teman masih kurang memuaskan

    gol perak pon menerusi sepakan percuma nor hazrul...bahagian serangan dilihat sukar untuk menembusi pertahanan selangor..paulo rangel kurang mendapat sokongan daripada bahagian tengah semasa menyerang

    bahagian pertahanan diasak bertubi-tubi oleh selangor namun bolos juga pada minit akhir perlawanan

    satu mata dari shah alam namun khabar kurang gembira untuk perlawanan seterusnya apabila 4 pemain utama tidak dapat diturunkan akibat penggantungan kad

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. nuarkama

    Kalau peminat tak datang stadium deme kate penyokong xbagi support. Udoh datang stadium main mcm g#@@$$g!! Fans yang masuk stadium tu bukan pafa yang subsidi.deme pakei duit sendiri Ini bukan pasal alasan team kita tempang ke apa.kalau tempang kita tak seri..kena belasah punyer..jelas kita kalah sebab defend cuai...situasi tak cemas pun tapi player buat foul!!! ape kehai nyerrr?
    salah peminat lagi ke tak bagi support?? potong le gaji player defend tu . membazir je bayor mahei2 pastu lepaskan gol last minit..ni bukan kali pertama tapi bengap benor ghuperrnyer sampai tak boleh belajar dari game yg lepaih2. Ambil la tindakan potong gaji mcm dulu kalau tak berubah jugok terminate je. manje kan sgt ni ler jadinyer..fans datang support team bukan utk tgk team seri dan kalah ye..ada pahammm?

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Ajernya iyer cakap mike tu yop!!!.. deme ingat kome cap duit blkg umah gamaknya.. org tak marah kalau kalah or seri dalam keadaan melawan tapi dari start mula second half biorkan aje selangor attack abih camne? Pastu statment ajrai paling tak bole tahan dlm akhbar aritu... "SAYA TERKEJUT PERAK MAMPU MENGIKAT KEPUTUSAN SERI MENENTANG SELANGOR" Woit tolol dari dulu Perak biasa menang la lwn selangor apa nak tekejut sgt plak? Haishhh...macam ni punya coach pon Perak bole amik...adehhh

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.