Liga Super 2013 | Selangor vs Perak (preview)

Astro Liga Super 2013

Astro Liga Super 2013

Jumaat, 10 Mei 2013
8.45 Malam
Stadium Shah Alam, Selangor
Astro Arena 801

Cabaran getir menanti Perak untuk mencari kemenangan pertama dengan Selangor sejak kali terakhir menewaskan mereka di Shah Alam pada 2 Februari 2008. Tahun lalu, Perak tewas 0-1 dan apakah skrip untuk musim ini? Di kala Francis Forke Doe yang dilihat semakin berbisa sambil dibantu rakan-rakan sepasukan yang sememangnya memiliki kelebihan masing-masing.

Jika bercakap tentang barisan pemain Selangor, secara kasarnya mereka merupakan sebuah pasukan yang sempurna di kesemua bahagian. Paling mencuri tumpuan adalah keupayaan yang dimiliki pertahanan kanan mereka Mahali Jasuli yang semakin hari semakin menampakkan peningkatan berupaya melakukan ‘overlapping’ membantu barisan serangan pada bila-bila masa sekali gus mengelirukan pertahanan lawan.

Pun begitu, Irfan Bakti sudah semestinya akan membuat beberapa perubahan kerana mereka sekali lagi beraksi menentang New Radiant di gelanggang lawan 15 Mei 2013 nanti. Apa pun percaturan beliau, Perak perlu untuk lebih berwaspada dan bermain sehabis baik untuk memperbaiki kedudukan dalam carta liga ketika ini.

Keserasian Azlan Ismail dan Paolo Rangel mungkin akan diteruskan oleh Azraai khor Abdullah dalam perlawanan ini nanti. Pemain-pemain Perak perlu bertindak lebih pantas dan bijak menutup segala ruang mengekang kemaraan Selangor yang mampu menembusi pertahanan Perak dari segenap sudut.

Perak perlu menang untuk memperbaiki rekod bermain di tempat lawan yang setakat ini agak membimbangkan. Mampukah kita mencipta kejutan di Shah Alam? 11 pemain yang membawa cabaran Perak ada jawapannya.
Kedudukan Terkini Liga Dan Jadual Perlawanan lain.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2013 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

15 thoughts on “Liga Super 2013 | Selangor vs Perak (preview)

  1. syahir

    Gud luck to all player..kepada peminat2 yop dan peminatyang berada d shah alam,sila penuhi stadium mcm kt kelana jaya smlm...main kt lumut aritu blh seri,kali ni ade poulo rangel msti blh menang..2-0..

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. nuarkama

    Assalamualikum mengkome smua.. klu nk diikutkan game selangor yang lepas..serangan balas mereka memang berbahaya..pada teman klu perak nak menang malam ni perlu ada player yang boleh beat bahagian tengah dan sayap selangor terutamanya amri yahya ngan kunalan..

    biasanya bila serang balas dan bola dapat di kaki forkey doe, amri dan kuna ni yang akan membuka permainan untuk kucar kacirkan pertahanan lawan..rafael (kalau diturunkan)perlu lebih aktif malam ni untuk pastikan defend perak tak bocor di awal minit permainan..so prediction teman untuk game ngan selangor ni prk2-selangor1 ( kene realistik sikit beb nanti kang si YB gelak plak kalau teman kata perak menang 3-0 he..he,,)

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      kah kah kah, mike neh yob...ada2 jek... err.. tolong jaga/marking franky doe tuh tapi jgn harap pada rafael yg lembab tu jawabnya cicor ler azrai woi... bior ada yg full time impit dia waimah dia nak pegi tepi padang minum ayor ke atau masuk toilet sekalipon kome marking dia sampai runsing...kekeke

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. helmirizal

    perlawanan di lumut sepatotnya perak boleh menang tapi 2 gol perak dinafikan oleh penjaga garisan...diharapkan pengadil yang mengadili perlawanan malam ini adalah telus dan bebas daripada rasuah atau lebih menyebelahi selangor

    dari segi corak permainan antara kedua-dua pasukan tidak jauh beza, nampak seimbang..percaturan strategi memainkan peranan untuk menentukan pasukan mana yang menang

    pemain import perak dilihat semakin mengganas dan diharapkan malam ini teruskan menjaringkan gol untuk perak...

    insyallah 3 mata milik perak malam nie......ramalan teman perak menang 3-1

    barisan pilihan teman

    farizal marlias
    shahrom kalam (captian)
    rafael
    nor hazrul
    khairi kiman
    sivakumar
    nasir basharudin
    chanturu
    rafiuddin roddin
    hadi yahya
    paulo rangel

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      mike punya lineup tu tak relevan rasanya, cuba kaji balik nape teman kate gitu... teguran ikhlas neh...hik3

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. miez3

    Salam Semua....teman bersetuju dgn komen yob Syidi berkenaan Mahali Jasuli yg gemar buat "overlapping" tu....rasanya semua dah tau...bahkan coach Thailand dulu pun cuak dgn dia ni...kepantasan beliau harus di sekat di bahagian tengah...sape2 yang yg di beri koje selaku Central Defensive Midfielder perlu mark dia nih...selain tu kena tolong tengok2kan jugak Amri Yahyah & penyerang prolifik S'ngor Forkey Doe...

    Teman mohon kemaafan sebab lama tak berkomentar...agak sibuk akhir2 ni...so far teman masih ikut Seladang.Net selaku silent reader....prestasi skuad senior Seladang tidak seperti dulu kerana tidak menentu..insyaALLAH dengan kehadiran Azraii Khor di samping mempergunakan tenaga muda dari skuad junior seperti perlawanan yang lepas2 pasukan Perak kali ini tidak di perlekehkan...

    Teman berharap perlawanan malam ni dapat mengekalkan kemenangan kepada sang Seladang dan merentap ego S'ngor dari terus mendaki tangga terbaik liga yang mana sepatutnya pasukan Perak yang lebih layak agar tidak terjerumus ke La Liga Primera bak kata YB hehehe...

    Skor Yob Skor...cer try...cer try..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      hahaha...yang benonya PRIMERA LA LIGA... ahak!!! Tak kisahlah yob silent reader ke havoc reader ke janji sokong team masa menang, time kalah kita hentam...kekeke

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. syidi Post author

      welcome back miez3. lama benor Tak masuk ingatkn dah lupa alamat. hehe. jangan marah ha..

      Likes(0)Dislikes(0)
  5. malayneum

    hahahahahaha...tu le koje kite ye yop2 oiiii...mase menang diam je...bile kalah habih kene hentam team MAKA ni.....hik3...

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. anip

    Nak puji ke nak maki ni? Nak puji ke nak maki? Dah la salam pun tak bagi. Haha... Apa apa pun bagi menang la tak pun main la secara profesional bukan ala-ala budak kampung main petang-petang. Penat tengok kome main. Lawan selangau pulak memang boleh tumpor kalau main macam lawan felda tempoh hari. otak yang ada guna la masa main jangan hentam melulu dah tu ke laut!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. saidin

    Kalau Perak nak kan kemenangan deme semua kene ubah corak permainan,kasi antor bola tuer bior tepat,jangan kira dah antor bola lepaih tangan.
    bahagian tengah awok harap norhakim isa diberi mandat untuk mengemudi bahagian tengah bersama sama sivakumar.sayap kiri bolehla kasi peluang sipi kat Rafiuddin sayap kanan kasi kat Nor Hazrul.
    Bab penyerang nie payah nak bercerita sebab semuanya kaki sofa tanpa banyak pilihan ambik pemain muda tuer nama tak ingatlah pulak budak india tuer top scorer presiden cup untuk digandingkan dengan paulo Rangel.

    Bab defend nie awok yakin lagi la kat Shahrom kalam digandingkan dengan budak presiden cup yang main pun awak tak ingat nama sebab awok nie bukan tahap lalang dah nie kira dah tahap lebih teruk dari atas pagor ....
    pemain yang wajib tak diberi peluang,Shahrulnizam,Nazri Kamal,Kuang yong.

    yang lain takdak nak komen...... sebab sayang terhadap pasukan perak udah luntuk 89.99 peratus.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. cer7

    we want primera la liga.. cer try line up ni.

    farizal
    noor hazrul, shahrom, rafa, khairi
    chanturu, arul, siva, nasir, rafiuddin
    rangel

    klu letak ghamei sgt budak presiden dlm 1st 11 jwpnye leboh.. tp budak nurhakim tu kene bagi main selalu..power budak ni. setuju dgn saidin, yong & nazri kasi rest..cuma pengaruh arul tu penting, dia pandai psycho/provoke opponent (tambah2 amri yahya/forkey doe).

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Haa.ah.. provoke2 jugak tapi jangan lupa arul tu dah terkenal dengan kutip red card, kang main 10 orang malam ni plak, kekekeke, apa pun lineup tu dah menarik

      Likes(0)Dislikes(0)
  9. syahir

    yong,nazri n chanturu main tuk reserf piala presiden la...kn skuad tu dh nk johan.haha...apsal failee jarjng di turun kn.klu simpan lame2 tu yg jd mendap..dia ada bakat nk jd star..dh slalu simpan,terus hilang la bakatnye..go sladang mlm ni,.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.