Liga Super 2013 | Perak vs Terengganu (result)

Astro Liga Super 2013

Jumaat , 17 Mei 2013
Stadium Perak , Ipoh
8:45 Malam

Perak 1 – 3 Terengganu

Nota Admin: Atas beberapa kesulitan, Admin memohon maaf atas kelewatan artikel kali ini.

Perak kecundang buat pertama kalinya di Ipoh untuk musim ini. Mungkinkah tiada keserasian dikalangan kesebelasan utama yang diturunkan Azraai Khor akibat masalah penggantungan pemain-pemain utama?

Gol Terengganu hadir hasil jaringan Abdul Manaf Mamat seawal minit ke 17. Selepas itu, pihak lawan terus menguasai babak pertama sehingga tamat 45 minit pertama. Babak kedua, Perak berjaya mendapatkan gol penyamaan melalui gerakan menarik yang disudahkan Azlan Ismail minit ke 56.

Namun, lebih kurang 9 minit selepas itu, Mohd Fakhrurazi Musa meletakkan Skuad Peteh di depan dengan 1-2. Dikala Perak ibarat seladang terluka memburu gol penyamaan, Azlan Ismail menghadiahkan sepakan penalti di minit ke 87 kepada Terengganu dan hasilnya gol ketiga dihasilkan dengan mudah meranapkan impian Perak untuk sekurang-kurangnya mengikat lawan untuk berkongsi mata.

Hanya berbaki beberapa perlawanan, cabaran menanti Perak yang bakal menghadapi lawan yang menjanjikan saingan sengit untuk mencuri 3 mata. Perak harus berjaga-jaga dan memastikan mata dalam setiap baki perlawanan.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2013 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

43 thoughts on “Liga Super 2013 | Perak vs Terengganu (result)

  1. YB

    Memula teman nak ucapkan... KAH KAH KAH KAH... Terbaeklah Perak sebab berjaya memenangkan Ganu dgn jaringan yg membuatkan bookie nyerongen sepanjang hari...huhuhu, Yang kedua plak teman nak ucapkan WELCOME TO PRIEMERA LA LIGA 2014!!! Perak mmg terbaekkk!!!! (kena komen positif karang ada org marah plak) ngeh3

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. YB

    Aaa... satu lagi lupa nak pesan pada admin kalau bole tak payahlah nak mohon2 maaf bagai pasal posting lambat... teman percaya hardcore dlm SDN dah paham beno susah payah yg mike hadapi selama ni lone ranger buat semua artikel. Yg nak konplen banyak tu teman cadangkan deme jadi penulis berita plak baru tau susah senang camne.. SDN ni semua bukan pree,disponsor atau duit peruntukan dr mana2 pihak. SDN berdiri sendiri atas kapasiti FREE FROM BIAS AND PREJUDICE... ckp melayu mudahnya kita bukan bole dibeli dengan WANG RINGGIT la wei.. JANGAN TERHUTANG BUDI NANTI TERGADAI BOLASEPAK NEGERI!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Jasbisa

    Salam guys, walaupun keputusan di semalam mengecewakan kita semua namun teman masih optimis Perak akan kekal dalam Liga Super 2014. Baki 4 perlawanan perlu dimanfaatkan sebaik mungkin. At least boleh tamatkan saingan liga di kelompok 7 - 9. AK harus fokus untuk saingan Piala Malaysia pula. Posisi yg paling berpengaruh ialah arkitek di bahagian tengah. Perak perlu perbaiki kelemahan di bahagian midfield ini, insyaallah boleh berjaya.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Ermm.. harapan dan target mike tu rendah yob..mari teman kongsi satu cerita neh, ada cadangan pada mensyuarat fam terdahulu untuk mengubah sistem pasukan dlm liga super kepada 8 atau 10 team memandangkan ada 2 team yg akan bertanding di afc cup dan deme mengadu penat dan tak cukup rehat. Kalau musim 2014 karang deme tukor 10 team dan perak dok kat tempat 9 takpelah tp kalau deme amik 8 team camne? Tak meroyan kome nanti? Jgn memain dgn fam yg terkenal dgn flip flop nya... anytime bole tuko format tetambah team pahang rangking tengah cantik skang neh...haaa.. mcm mengkome tak biasa cara fam bekerja....haishh

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. Jaji

      Ini le salah satu contoh yang terbaik yang teman katakan sebelum ini. Jasbica masih menaruh harapan kepada pasukan kesayangannya itu walaupun kecundang kepada Terengganu. Beliau penuh yakin yang Perak akan mencapai kedudukan di tempat ke-7 - ke-9. Beliau memberikan cadangan penambahbaikan iaitu perbaikan lagi di bahagian tengah. Beliau tidak langsung 'mendoakan' supaya Perak terjerumus ke Liga Perdana tahun dekapn. Syabas Jasbisa.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. YB

        bila ckp benda negatif je jadi doa...ckp benda elok tak jadi doa ke? Mike pon yob jaji udah narrow minded beno... ckp ajerlah dlm hati mike pon udah sakit hati dgn performance Perak cuma mulut je nak ckp yg bebaik... haaaaa.. Perak mmg suka org mcm mike byk dlm penyokong neh mudah deme pelingkupkan team sebab kalau masuk la liga premiera pon tak marah... itu jam ayat mike pulak ialah DAH TAKDIR!! betoi tak? Haishhh...

        Likes(0)Dislikes(0)
      2. saidin

        udahlah tuer jaji.......mike bukan tak tau ramai dah bencikan team perak fa sebab yang mike sememangnya tak tau,tapi kami yang benci tau

        Likes(0)Dislikes(0)
      3. Jaji

        Sama ada kita cakap yang baik atau yang buruk terhadap sesuatu itu, ia merupakan doa sebenarnya. Dalam konteks pasuka Perak, teman nak nyatakan sikit di sini. Adakah pihak Pengurusan (PAFA) membentuk pasukan Seladang untuk dikalahkan oleh pasukan lain. Adakah Jurulatih melatihkan anak buahnya untuk kalah dalam setiap perlawanan. Dan akhir sekali, adakah para pemain yang dipilih untuk mewakili pasukan Perak bermain untuk kalah dipadang dan untuk dicemuh oleh para penyokong sendiri.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. YB

          teman nampak mmg pengurusan sengaja mencari nahas dgn mengambik pemain yg sedia injured sebelum liga start lagi...mike tau ke idak? Tak kurang 10 org injured sebelum sepak mula... yg tu mike nak komen apa? Nasib ke atau kita yg cari penyakit? Ater dah jadi camni mike nak kate bkn pengurusan sengaja nak tgk team lingkup? Kamon la yob... kalau takmo mati jatuh gaung jgn buat rumah tepi gaung...pegi tengah darat tu buat rumah...jgn cari alasan merepek nak disajikan pd penyokong semua...

          Likes(0)Dislikes(0)
  4. nuarkama

    Salam...nampaknyer team pengurusan dan peminat perak terlalu meletakkan harapan tinggi untuk perak mendapat tiga mata penuh di ipoh.mungkin juga pihak pengurusan tertinggi dapat banyak bebenor ilham angkara membaca komen2 membina di dalam SDN ni.walaupun tekaan teman perak akan tewas 2-0 tak tepat tapi perak tewas jua 3-1...sebenarnya team perak tak perlu beriya nak bermain sangat..ini kerana kita dah dimaklumkan sejak awal musim lagi pasukan kita memang kuat dan seimbang di segenap sudut..so patutnye game jumaat aritu deme main cam friendly je ler...klu perak main cam friendly confirm menang yop..silap2 menang besor weh!!awal musim dulu..hari - hari kluor berita kat paper kata dpt pemain bintang la...berjaya ikat pemain star bagai dan bermacam lagi berita2 yang mengaburi mata peminat..dan hasilnya perak berhasil juga berada di top 5...( tapi kira dari bawoh lerrr :) ).... so tak payah ler kita nak membangga diri sebab xpernah terjun ke la liga .. xde cacatnya main kat liga premier tapi yang cacatnya prestasi team yang level mcm team estet jenderata tapi main kat liga super..so sape lagi kita nak salahkan?adakah lambang LAP yang besor di dada jersey tu deme nak salahkan? ate deme pikior le sendiri :)

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      teman hargai kejujuran mike yob..berkatalah yg benar walaupon pahit, bior lantak apa org nak kate janji mike luahkan apa yg terbuku dihati. Perak ni dari dulu mengkome paham ler... bab berita sensasi jgn kiralah mmg tak kalah punya. Sembang berdegor2 tapi last sekali peminat semua kena kencing. Dah 3 tahun management yg ada neh handle team, modal main juta2 tapi prestasi jahanam!!!

      Likes(0)Dislikes(0)
  5. malayneum

    tahniah PERAK sbb telah mengalahkan pasukan sendiri kpd teganu..dasyat penyu boleh baham seladang...penyu dinosour gamaknye ye...selamat tinggal LIga Super,selamat datang Primera La Liga..bangga teman jadi rakyat PERAK ni.kalah dengan team ranking bawah2 je...bile team atasan bleh plak menang/seri...xpaham teman,kene mandram ke team Perak ni...klu xbleh sgt nk main baik serender je,rela diri masuk Primiera La liga..nk nengok kt stadium pun xselera dah klu mcm ni je...malap je result...kang komen lebih2 kata xsayang team,tp mcm mna nk sokong klu mcm ni hasilnye...klu setakat kalah sekali sekala xpe gak, ni selalu sgt dah....kena cari team lain le nk sokong thn depan nampaknye....malas nk layannnn...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      teman dah lama boikot yob... rentikan tengok kat stadium tuh, kalau ada live tgk kat tv jek lagi elok tak membazir duit. Bior kosong stadium baru deme paham penyokong marah...ini idak.. kalah pon kami tetap bersama pasukan....puihhh.. SOKONG MEMBAWA REBAH!!!

      Likes(0)Dislikes(0)
  6. helmirizal

    nak komen pun tak boleh sebab teman tak ke stadium malam aritu...tengok komen dari muka buku, katanya perak banyak peluang namun tak leh skor

    turun tanpa beberapa pemain utama, pasukan agak tempang

    perak akan berehat lama, perlawanan seterusnya hanya pada hujung bln 6, diharapkan pasukan akan lebih baik

    skor yob skor..oh perakku bangun dan berjuanglah!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      kalau baca dari facebook penyokong bola ni memanjang kate banyak peluang tapi hakikatnya harammmm takde percubaan yg on target pon... yang beno nilai sendiri je yob...usah percaya ckp org...wokey

      Likes(0)Dislikes(0)
  7. ihsan

    ramai tidak bermain..rafa, khairi kiman defender ..org kuat ..chanturu, arul ,thiru,,,, terutama paulo..sememangnya perak pincang.. cuma terkilan dgn hadi, tiada finishing...sebaliknya azlan pulak ada finishing..hehehe..jarang bermain pun boleh skor 2..hadi yg selalu bermain baru skor 3 sahaja..itu yg terkilan...sebab masa dia main dgn ganu, dia la yg penyebab perak kalah..bila main dgn perak , sgt ler lembab nya...khalid jamlus juger penyerang tulen terbaik baik ..last sekali bermain dgn perak musim 2008, masih mampu menjaringkan 12 gol..itu pun dia injury tengah musim...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      belom start musim pon udah melonggok pemain injured...ater yg ngambik pemain cedera dalam team tu ngape??? Udah biol beno ke? Adehh...skang komplen bariaan pemain utama ramai yg injured...ater mmg le itu jawabnya!!!!

      Likes(0)Dislikes(0)
  8. ihsan

    skor 2 thus far, termasuk game dgn negeri sembilan..berbisa lagi nampaknya azlan...selalu skor pakai kaki..rupanya kepala dia berbisa pulak..

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. saidin

    Bangganya aku tengok team kalah.......dibarisi pemain pemain bertaraf LA Liga Premira.
    kalau si dia berkata cakp cakap yang buruk ibarat satu doa...ini aku benar benar doa tunggu tak buat sembahyang hajat saja lagi,harapan dan doaku agak team Perak fa jadi pasukan terakhir dari 24 pasukan yang bertanding turun ke liga perdana divisyen 2 liga malaysia.

    Aku tak faham kenapa pengurusan Perak fa suka sangat dengan membuat pendekatan rumah kebajikan,ambil pemain injury,pemain yang sedang bergelut untuk berada ditahap prestasi yang cemerlang,pemain tua dan pemain yang sememangnya tiada kualiti

    aku rasa pengurusan yang ada nie udah bawa satu bala paling dasyat ke negeri perak,mana taknya penyokong tak boley bersuara setalah diberi duit haram,pafa tubuh pafa holding,pafa sports dan kelab sendiri.siap pafa sports jadi official lagi tuer untuk penjualan jersi,tapi sampai ke hari ini pafa tak mampu nak beli jersi dari kappa untuk dijual,sebab kappa mintak payment dulu. tapi keadaan pasukan bertambah parah dan nazak.

    Dah bernanah telinga dan dah nak rabun mata nie target semusim nak juara satu piala tapi sampai la haram apa pun tak boleh,harap skuad piala emas raja raja dengan piala presiden sajalah piala yang mampu dibawa ke bumi seladang.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Perghhh...mike lagi extrem mengomen dari teman sampai celah2 kain punya isu pon berbangkit...huhuhu, teman tau lebih dr tu lagi tapi biorlah org lain yg bukak cerita bukan dari mulut teman... syabas le yob kerana berkata benar... mmg ayat mike tak bole blah punya...hahahaha

      Likes(0)Dislikes(0)
  10. Ipohman

    Ehem2, As-salam sume. Nmpk gaye team kite tak sesuai main dlm stadium lampu cerah setaraf stadium piala dunia brazil. Juga tak layak main dlm waktu petang. Ape yang kite layak bangga dgn pasukan kite ni adalah kemampuan management team untuk memperbodohkan penyokong sendiri saban tahun. Team kite tahun ni kumpul kad merah terbanyak, mengharapkan jaringan sendiri pihak lawan utk mng, mng 1 game klh dan seri bergame2 boleh dibanggakan sehingga kini. Teman dah bg komen aritu pase prestasi team selepas 5 mei 2013, dan nmpk gaye bt mse ni tepat jangkaan teman. Teman nk ucapkan syabas kpd management team n player. U've done a good job so far for destroying the team. Tqvm.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Bagusla yob mike dah nampak tapi ramai tak sedor lagi dok berangan sampai ke liga premier sok baru nak pikior gamaknya... kita pemegang kad merah terbanyak dan menang gol sendiri lawan...tu takde dakwa dakwi lagi...hihihi

      Likes(0)Dislikes(0)
  11. admin MFT

    untuk musim ini kami sesekali pun tidak menyalahkan para Pemain Perak FA.. Kerana ini semua bukan salah mereka,ini semua salah PAFA,PAFA telah membuat lawak dengan menbeli pemain dulu,baru menbawa jurulatih masuk.serta dengan pengurusan yang lembab dan perkotak-katikkan peminat,tahun demi tahun kita ditakburkan janji manis..,namun dimana hasilnya? Peruntukkan keseluruhan tahun nie melebihi RM8.8juta,hasilnya?

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      bior teman tambah atau perbetulkan fakta mike skit bole yob? PAFA memang pilih pemain tapi cuma 18 org saje dan selebihnya adalah coach sendiri. Siapa yg coach pilih atau PAFA pilih itu mengkome carik le sendiri tapi yg pasti teman dipahamkan si KAREEM "ROTI NAN" BANZEMA tu Coach MAKA yg pilih... ater pepaham ler result team camne... lebih teruk dari Jan Lambong !!!

      Likes(0)Dislikes(0)
  12. anip

    Tahniah di atas segala susah payah, perit jerih, pasukan Perak dari Presiden sampai ke pemain kerana membawa Perak ke mercu gemilang gerbang liga perdana. Sesuatu yang sangat mengujakan dan tidak sabar dinantikan oleh para peminat Seladang. Ya yang ditunggu-tunggu selama ini bakal muncul tidak lama lagi. Satu kertas kerja yang baik yang diterjemhkan dengan penuh rapi dan sistematik untuk menjahanamkan pasukan!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. Jaji

    Ada sesapa dalam kalangan warga SDN yang boleh menawarkan diri untuk menyediakan satu penulisan analatikal yang mencernakan kedudukan pasukan Perak dan apakah yang telah berlaku sejak awal musim 2013 ini hingga sekarang. Penulisan itu juga hendaklah dirumuskan daripada luahan hati yang telah dicurahkan oleh warga SDN melalui portal ini. Dinyatakan juga apakah cadangan penulis bagi mengatasi kemelut yang berlaku terhadap pasukan Perak. Seterusnya membuat beberapa cadangan untuk diaplikasikan di musim akan datang dengan harapan Perak kekal dalam kelompok Liga Super. Saranan ini telah lama teman bangkitkan sejak dua tiga tahun yang lalu. Akan tetapi tidak mendapat respon daripada rakan warga SDN sendiri. Apa kata kali ini direalisasikan sewajarnya.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Untuk pengetahuan yob Jaji, saranan telah pun dihantar kepada pafa sebelum liga lagi, siap ada dengan idea2 bernas warga SDN lagi.

      Memang akan ada susulan selepas ini, tetapi kena faham, keutamaan sekarang adalah tugas periuk nasi dulu baru boleh fikir tim yang hampir terlingkup ni. Moral admin pun ada kacau sikit, ditambah pula dengan tugasan2 penting. Al maklumlah, Web SDN ni admin atau yang dok menulisnya hanyalah seorang.

      Dari dulu lagi admin dah sarankan untuk emailkan artikel jika ada untuk dipaparkan tanpa meminggirkan penulis asalnya. Jika ada idea bantulah. sekian.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. chuck

        kalo perjumpaan tersebut dihadiri oleh org kuat.tengah,tepi n belakang PAFA teman sanggup melapangkan diri bg hadir bersama di majlis tersebut..sudah tiba masanya,PAFA mula "CERDIK"&BERAKEY...

        Likes(0)Dislikes(0)
  14. Jaji

    Teman ada juga nak cadangkan satu perkara lagi. Apa kata pihak admin aturkan satu perjumpaan dalam kalangan semua warga SDN dalam satu Majlis khas. Tarikh yang sesuai mungkin ketika Perak bertemu dengan mana-mana pasukan pada hari Sabtu semasa Piala Malaysia nanti. Mungkin dalam pukul 3.00 petang pada hari itu. Mungkin YB boleh menjadi Pengerusi bagi melaksanakan pertemuan itu. Seeloknya sediakanlah dahulu agenda yang bersesuaian supaya Majlis tidak menjadi caca-marba (kata orang utara). Selain daripada berkenal sapa, mungkin juga kita boleh bincangkan satu-satu isu penting yang dapatannya boleh kita ajukan kepada PAFA untuk dilaksanakan. Sebelum ini belum ada sebarang perjumpaan seumpamanya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. Jaji

    Sebagai maklumat tambahan kepada cadangan teman di atas, pihak pengurusan SDN boleh le menghubungi Saudara Jamil, Presiden, Kelab Peminat Bolasepak Perak di talian 019-510xxxx untuk mendapatkan kerjasama beliau bagi menempah tempat pertemuan kita sama ada di Kompleks Belia dan Sukan Perak (berhampiran dengan Stadium Perak) ataupun tempat-tempat lain yang difikirkan sesuai. Mungkin juga boleh membincangkan dengan beliau perkara-perkara lain yang berkaitan dengan bolasepak Perak untuk dibentangkan dalam pertemuan kita itu nanti.

    Nota dari ADMIN:
    (tolong jangan sebarkan sebarang nombor telefon di dalam mana-mana ruangan komen dan shoutbox, terima kasih)

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Saya sebenarnya tiada masalah untuk cadangam itu. Cuma saya termalu sendiri apabila pernah dipersoalkan di ipoh dulu, SDN sapa nak lebih2?

      Untuk makluman, semua yang handle SDN , saya dan yb je pun bukanlah dekat nak mengatur semua tu di Ipoh. Saya sendiri kini sibuk dengan kekangan tugas kepada negara diperbatasan. Kalau keje bank ke, posman ke kerani ke boleh lagi. Tapi dah keje macam ni susah nak janji kang jadi munafik pula janji tak ditepati.

      Tak ramai yang sanggup buat keje sukarelawan ni. Saya cadangkan Uncle Jaji untuk uruskan semua ini samnil mengajak sahabat2 Perak lain bincangkan dengan en.jamil. Jangan kata saya tak sanggup, cuma tak mampu atas tugasan diperantauan. Biarpun tim BOS saya kuat dalam liga super tapi Perak tetap sampai mati.

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. saidin

      wei saudara jaji...mike ingat SDN nie sebuah group haprak ka....sapa yang teringin nak berurusan dengan saudara Jamil lengkung dan rabun....mike ingat Jamil tuer masih berkuasa lagi ker,

      Likes(0)Dislikes(0)
    3. helmirizal

      ada lg ker si jamil pengampu to..kekekeke....bkn KPBSP dan bergabung dgn PAFA Fan Club ker..kuikuikui

      gendang pon da xda berbunyi kt stadium skrg...yang ada hanya snare dgn drum bass bdk ssu jer

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. YB

        perghhh...ayat mike memang kategori insuran kelas AAA punyalah...hahaha, hanya jauhari yg mengenal manikan... errr..jauhari ni sape ekk? Ako haram kenal...hahahaha

        Likes(0)Dislikes(0)
  16. YB

    err... dah lari tajuk tu, elok buat tajuk lain utk perbincangan lanjut. Teman secara peribadi tak berminat untuk menjalinkan kerjasama dgn kelap Jamil tu termasuk dgn memana kelab dlm bolasepak Perak neh. SDN tetap sebuah entiti tersendiri yg jatuh dan bangun tanpa dipengaruhi oleh orang luar. Terima kasih utk cadangan mike yob Jaji tapi INSPIRASI mike tak sehaluan dgn asas penubuhan SDN ini secara asalnya. Teman tutup komentar di artikel ini dan sebarang persoalan bole dibuat diruangan shoutbox. Terima Kasih.

    Likes(0)Dislikes(0)
  17. chuck

    Salam..Azuwan & Zainol Padzi serta beberapa exco PAFA tersenyum tanda puas setelah kuar dari stadium tempohari..Mungkin ada yang lebih mengembirakan deme dari game malamtu..jasad jer kat stadium..ati,akey dah kelain yob..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. helmirizal

      deme bukan ambil kisah sangat pasal bola pun....team tengah lingkup pun deme tak ambil kisah

      nak beli troli sebijik pon payah nak dapat..bajet sembang juta-juta tapi nak beli troli tak sampai seribu pun payah

      kawan teman pernah dengar azwanbro dengan zainol to menyembang benda lain time game tengah berlangsung...menyembang pasal apa to kome faham-faham jer ler....

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. YB

        koh koh koh mungkin beli troli tu komisen kecik so watpek beli benda yg tak menguntungkan yetak? Hahaha...larikkkk

        Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.