Liga Super 2013 | Perak vs Terengganu (preview)

Astro Liga Super 2013

Astro Liga Super 2013

Jumaat, 17 Mei 2013
8.45 malam
Stadium Perak , Ipoh

Jika dilihat rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan di Ipoh, musim 2010 Perak dimalukan di hadapan penyokong sendiri 1-3. Kebangkitan dipamerkan dimusim 2011 apabila mengikat lawan yang sama 1-1. Musim 2012, Perak berjaya menewaskan Terengganu 1-0 dalam perlawanan sulung Liga Super ketika itu.

Berdasarkan rekod 5 perlawanan terakhir pula, Perak dan Terengganu dilihat memiliki rekod yang sama iaitu menang 2 perlawanan, tewas 2 perlawanan dan selebihnya seri. Namun begitu, Terengganu dilihat cuba bangkit selepas tewas dalam dua perlawanan lalu di tangan Lions XII 1-3 di Kuala Terengganu apabila berjaya mengikat Pahang 2-2 di gelanggang yang sama. Manakala Perak pula berjaya memperbaiki prestasi di tempat lawan dengan berjaya memperoleh satu mata di Shah Alam dan dalam perlawanan sebelum itu di Ipoh berjaya menundukkan Negeri Sembilan dengan jaringan 2-1.

Tetapi, timbul pula masalah yang agak membimbangkan dikala pasukan bakal dihukum dengan 4 pertuduhan, ditambah pula dengan penggantungan beberapa tonggak utama gara-gara kad kuning, Perak bakal menghadapi Terengganu dalam keadaan yang serba kekurangan. Cuma diharapkan beberapa pemain yang cedera sempat pulih sebelum 17 Mei 2013 akan datang untuk memperkuatkan pasukan.

Tentunya kita tertanya-tanya apakah plan tindakan Azraai Khor untuk menghadapi situasi sebegini? Secara kasarnya, selain pemain-pemain skuad senior yang sedia ada, Azraai Khor mula mengalihkan perhatian kepada pemain-pemain muda yang sebelum ini telah dicuba ‘match up’ kan dengan pemain-pemain senior untuk mendapatkan keserasian. Hasilnya cukup memberansangkan tetapi masih memerlukan masa untuk benar-benar serasi.

Perak bakal kehilangan tonggak utama di semua posisi termasuk Penjaga Gol utama Farizal Marlias. Mungkin bahagian ini tidak merisaukan kerana Khairul Amri Salehuddin pernah beraksi baik sebelum ini. Di bahagian pertahanan pula Perak bakal kehilangan Rafael De Souza dan mungkin Shahrom Mohd Kalam bakal digandingkan dengan Hisyamuddin Shaari. Bahagian Tengah pula, Sharulnizam Mustafa dan M Sivakumar juga tidak dapat beraksi dan kita mungkin bakal melihat kelibat Yoganathan sekali lagi digandingkan bersama Norhakim Isa sambil tengah kiri dan kanan mungkin dikekalkan atau pilihan lain kerana di bahagian ini Azraai Khor banyak pilihan.

Agak membimbangkan apabila Paolo Rangel turut tidak beraksi dan bakal menyaksikan gandingan lama bakal diturunkan. Mungkin Abd Hadi Yahya dan Azlan Ismail atau Yong Kuong Yong? Mohd Failee Ghazli dan pemain serangan skuad Piala Presiden?

Teka teki siapakah yang bakal mengisi slot 18 pemain menentang skuad Penyu bakal terjawab di Ipoh 17 Mei 2013, 8.45 malam nanti. Hanya dua perkara yang bakal berlaku sepanjang 90 minit nanti samada Perak tampil dengan corak permainan yang lain daripada yang lain kerana dijana oleh tenaga muda atau perkara sebaliknya kerana tiada keserasian. 10 hari untuk Azraai Khor mencatur strategi selepas menentang Selangor tempohari dilihat cukup dan para penyokong tidak sabar menanti tarikh berkenaan untuk menyaksikan hasil sentuhan Jurulatih berpengalaman ini.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2013 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

35 thoughts on “Liga Super 2013 | Perak vs Terengganu (preview)

  1. anip

    Ada lima perlawanan saja lagi so WAJIB menang untuk baki perlawanan selepas ni. Apa nak jadi pun WAJIB menang!!! Tapi kot nak merasa PRIMER LA LIGA ok jugak. Bila lagi kan???

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Pikir +ve sikitla..Kita ni PERAK aka SELADANG..kita ada sejarah kita sendiri."Janganlah samakan kita dengan skuad2 TUNGOR yang lain"...PLZz..Mintak tolong sangat2..datang stadium bagi support,k

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. syahir

    insyaallh blh..game ngan ni blh menang..ayuh player piala presiden,anda dijemput mengambil alih skuad senior yang sedang dilanda tsunami..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. YB

    Primeira La Liga la paling berprestij dikala ini, perghhh namanya pon menyembor ayor lior orang dok kampong nun nak menyebutnya.. bangga wehh selepas 24 tahun bakal menyerombamkan diri ke sana. KOME semua mana paham pasal bola neh, cakap je pung pang pung pang tapi kami yg main bola tau le susahnya camne... kalau dah pandai sangat main le sendiri - tutur salah seorang pemain yg performancenya suam2 kuku beruk... kui kui kui

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. malayneum

    hehehehe...suam2 kuku hantu kak limah la YB...kang klu kite komen byk2 deme kate kite mcm pndai sgt main bola.tp klu xkomen deme mcm pndai sgt main bola smpai dh nk naik takhta ke PRIMIERA LA LIGA la kehebatan deme2 ni...tabik teman kt deme2 sbb berjaya bawak PERAK yg bersejarah ke liga kebanggaan warga2 bangladesh di sekitar bumi Perak (geram ni)...lepas ni kena buat cabutan untuk pilih team yg akan teman sokong thn depan.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      sebagai peminat dan penyokong perak mengkome bole komen apa saje yg bersesuaian dgn situasi terkini pasukan... FAHAMI tujuan asal penubuhan SDN ni yob2 dan yong2 semua. SDN adalah satu platform mengkome luahkan apa yg mengkome pikior betul pada benak pikiran kome bukan nak luahkan perkara berunsurkan bodek yg terlampo. Kita seboleh mungkin takmau langsung menapis apa yg mengkome komen dalam ni... pepandai ler nak pikior ye tak? Setakat mencarut satu dua benda dalam kain tu standard le sebab kita ni manusia biasa yg beremosi. Teman hargai kejujuran mengkome dalam memberi komen... SDN forever UNBIAS dan paling penting warga kerjanya tak bole dibeli dengan curahan wang ringgit.

      Likes(0)Dislikes(0)
  5. chuck

    Game bertemu Terengganu ni tanpa kelibat ramai playerpun bukanlah sesuatu yang amat mengusarkan kita.kita paham situasi "kelam-kabut"yang dijelmakan hanyalah sekadar provokasi pasukan.Yerla dengan team yang bukan full strength kita dapat beat terengganu.Ini comand biasa dalam pasukan.

    Sejujurnya teman yakin dengan kederat muda yang bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan.Player Perak bagus2."Janji sihat & boleh mainpun dah cukup bagus"kalo perform bonus utk pasukan kita.Sebab kalo perform & mengikut arahan kompem kita akan menang.Sebabnya??alasan perform & mengikut arahan sering diberikan ketika kita menang...

    teman sekeluarga amat excited menantikan game jumaat ini.Dapatlah teman seisi keluarga beriadah dan beristirehat bersama2.Setelah kesibukan sehari2 membataskan pergaulan n hubungan teman,pastinya peluang bersama di stadium nanti takkan teman lepaskan.

    Prediction teman YOB 4 & Penyu 0..

    -CHILL-

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      perghhh.... tahap konfiden yang maha agong neh... bagos ler chuck... PAFA memang suka peminat yang ULTRA POSITIF THINKING mcm mike.... mudah ler deme membaja hasrat yg terselindung....

      Likes(0)Dislikes(0)
  6. cer7

    we want primeira la liga.. disebabkan oleh faktor injury dan kad kunen/meghah. so,awok ghase lineup ni blh la kot..

    k.amri

    noorhazrul
    shahrom (c)
    hisyamudin
    syazwan

    yoga
    nasir
    norhakim
    failee

    hadi
    azlan

    silap2 mau menang deme ni..walopon mude dan jambu.. player ganu yg perlu diberi perhatian -ismail faruqi, manaf mamat, ashaari samsudin.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      jangan harap le menang yop... berpijak di bumi nyata!!! kalau dah goreng telor ayam takmaunya bertuko jadi chicken chop walaupun nama hampir nak sama...jgn kate bebudak mude, yg senior pon kalau tak kad atau injured belom tau bole menang...

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. chuck

        Kita ada SDN.net,PAFA fan club,Seladang fc,Silvermania ultras & mcm2 lagi..Bukan setakat pengurusan,bukan juga setakat player yg main..tapi tulang belakang skuad yob masih teguh&utuh berdiri support memberikan sokongan padu!!!we r PERAKIAN..walaupun dimana jua anda berada..

        Likes(0)Dislikes(0)
  7. helmirizal

    perlawanan kedua di stadium perak....kemungkinan 2 atau 3 pemain skuad presiden akan diturunkan bagi menggantikan pemain utama yang cedera serta mengalami penggantungan.

    semangat bermain di stadium keramat lebih tinggi, justeru itu perak dilihat mampu untuk memenangi perlawanan jumaat nanti...hadi yahya akan kembali semula selepas penggantungan namun siapakah yang bakal digandingkan dengan beliau setelah penyerang import paulo rangel tidak dapat diturunkan...semuanya terserah pada jurulatih azrai khor

    insyallah perak menang 2-0

    barisan kemungkinan pilihan teman

    khairul amri
    mohd nor hazrul
    shahrom kalam
    syamil
    khairi kiman
    yoganathan
    nasir
    chanturu
    r surendran
    hadi yahya
    azlan ismail

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. chuck

    Khairul Amri-GK
    Md Nor Hazrul-Hisyamudin(Syamil)-Shahrom kalam-K.Kiman
    Yong-Nor Hakim isa(Nasir)-Parthiban(Yoga)-Rafiuddin
    Failee Ghazli(Mugenteran)-Abd hadi Yahya

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. ihsan

    terengganu team gergasi kome..perak bukan team gergasi...terengganu lebih gagah dari kita...perak bebudak je yg ada...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. helmirizal

      semua pasukan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing..perak ada kelebihan sebab main tempat sendiri di stadium keramat yang terang benderang....penyokong yang hadir boleh bakar semangat pemain

      bebudak to power..semangat lain macam hehehehe

      kalo tengok penuh stadium lagi power deme main

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. YB

        berangan bukan kena bayo ye tak yob? Bukan malam je org mimpi, siang buta dgn mata celik pon ada yg suka bermimpi, ater taj ngape ler... ahak ahak ahak

        Likes(0)Dislikes(0)
    2. chuck

      Tumbangnya GAJAH kerana Semut...Badan tegap,tubuh gempal,body ketul2..KALAHNYA tang pusat tujer!!!HAHAHAHAHA

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. YB

        tak peronah dengo pulak gajah tumbang kerana semut... mike nak membohong pegi le ke budak kecik nun pon deme tak percaya, kekekeke

        Likes(0)Dislikes(0)
  10. nuarkama

    kalau seri udoh cukup bagus, kalah udah tentu, kalau menang memang ajaib ler.. dengan adanya penyerang muda perak yang memiliki kelajuan yang luarbiasa ,tendangan berbisa dan berkebolehan merembat deras ke arah penonton walaupun tidak dicabar lawan serta hantaran-hantaran kemas dan cantik dari midfield perak yang biasanya sudah diduga dan dibaca oleh team lawan maka prediction teman malam ni perak 0- trganu 2...ikhklas dari chepor most wanted :)

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      bagus, telus dan relevan dehgan situasi semasa. Kalau deme berjaya ubah semua yang mike ckap tu yob, tak mustahil kita boleh ubah result yg mike predict tu.

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. YB

      teman hargai kejujuran mike membuat komen berdasarkan prestasi terkini perak la ni... sungguh mulia dan bernas sekali tanpa mengandungi zat2 mengampu pafa mahupun sdn... hidop yob nuarkama!!!

      Likes(0)Dislikes(0)
  11. malayneum

    mcm tukang tilik nasib je kite ni...ngagak bnde yg xpasti ye...xpe2,semua tu bagus utk pikiran kite moga otak2 kite makin aktif berfikir....hehehehehe

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.