Liga Super 2013 | Perak vs Negeri Sembilan (result)

Astro Liga Super 2013

Selasa , 7 Mei 2013
Stadium Perak , Ipoh
8:45 Malam

Perak 2 – 1 Negeri Sembilan

Nota Admin: Atas beberapa kesulitan, Admin memohon maaf atas kelewatan artikel kali ini.

Perak mengekalkan rentak baik di laman sendiri dan aksi pertama Di Ipoh musim ini dengan melakar kemenangan.

Paolo Rangel terlebih dahulu meletakkan Perak di depan yang menyudahkan hantaran Azlan Ismail.Ini merupakan jaringam kelima peribadi beliau dalam semua 5 perlawanan setakat ini. Perkembangan ini sudah semestinya menggembirakan kita semua yang sebelum ini gusar dengan ketumpulan barisan penyerang. Masih ada peluang untuk beliau memburu ‘Kasut Emas’ untuk liga musim ini.

Gol kedua hadir daripada hantaran lambung yang pantas disambar oleh Azlan Ismail yang dilihat cukup berkesan dalam perlawanan ini. Ternyata ada keserasian yang mula ditonjolkan diantara beliau dan Paolo Rangel.

Namun begitu, Mohd Nazrin Nawi berjaya merapatkan jurang selepas itu namun tidak cukup untuk memadamkan impian Perak mencipta 3 mata di Ipoh.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2013 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

One thought on “Liga Super 2013 | Perak vs Negeri Sembilan (result)

  1. YB

    haaa..tolong romen...ehhh..komen skit kat sini karang syidi merajok langsung takde artikel... penat dia menaip mengkome tinggal nak komen skit pon kedekut, bukan keluor modey pon...haaa..cepat sape yg beriye benor aritu... errr.. komen teman Perak menang sebab nasib jek...kahkahkah

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.