Liga Super 2013 | Perak vs Negeri Sembilan (preview)

Astro Liga Super 2013

Astro Liga Super 2013

Selasa, 7 Mei 2013
8.45 malam
Stadium Perak , Ipoh

Rasanya tiada apa yang perlu dirisaukan jika Perak bermain digelanggang sendiri. Jika sebelum ini hambar di Petaling Jaya mesti ada perubahan di tempat sendiri. Sama juga semasa tewas kepada T-Team , selepas itu bangkit membenam JDT.

Adakah wajar kita ramalkan seolah-olah menghafal sifir yang akan melekat dibibir sehingga tamat musim.

Skuad Hoben Jang Hoben diibaratkan harimau kelukaan yang sentiasa mencari mangsa untuk dijadikan habuan demi mendapatkan klu kemenangan untuk meneruskan ‘survival’ menyelamatkan diri daripada terus terbenam ke dasar liga. Tiada kemenangan semenjak Liga bermula adalah rekod terburuk mereka yang kini cuba dipadamkan. Namun begitu, mereka tetap ampuh Di bahagian pertahanan berbanding Perak yang mana mereka hanya melepaskan 13 gol berbanding 19 oleh pertahanan Perak.

Jika dinilai keupayaan Perak dibarisan serangan dan keupayaan bertahan oleh Negeri Sembilan ianya dilihat seimbang. Kehadiran Paolo Rangel telah memberi harapan baru buat barisan serangan Perak. Mohd Azraai Khor perlu mengolah gandingan serangan dan cuba beberapa versi gandingan untuk mencipta ketajaman dari satu perlawanan ke satu perlawanan.

Kelemahan yang dikesan dalam perlawanan lalu persis kesilapan Di Kuala Terengganu tempohari. Tiada apa yang perlu dilakukan cuma bangkitkan semangat dan tumpuan pemain untuk menghabiskan baki perlawanan liga.

Untuk perlawanan nanti, Perak perlu berwaspada dengan serangan balas lawan yang boleh mengancam kubu terakhir Farizal Marlias kerana pihak lawan memiliki kelebihan dari segi kepantasan Di sayap kiri dan kanan. Selebihnya kuasai jentera tengah dan bermain secara pantas untuk mendapatkan gol awal untuk mengelakkan kesukaran mencari jaringan penyamaan.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2013 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

37 thoughts on “Liga Super 2013 | Perak vs Negeri Sembilan (preview)

  1. syahir

    harap2 seladang mengamuk malam esok...perlawanan wajib menang...penyokong perak,moh kite ke stadium ipoh...xde alasan seladang nk tewas..lawan team bermasalah..kepada player2,tlg main bermati matian.jgn bg kami hilang kepercayaan kepada team perak..

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. syahir

    bior teman menyet-up player main mlm sok.

    farizal
    rafael
    khairi kiman
    shahrom kalam
    Nor hazrul
    sivakumar
    shahrulnizam
    rafiudin
    Paulo rangel
    Failee

    standby player
    syamil
    khairul amri
    nasir basharudin
    Azlan
    Thiru
    surendren.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. YB

    Lebohhhh lagi game neh...kekeke, paling kuat pon draw la tapi berat pada leboh lagi...kome semua paham ke tak standard pasukan Perak skang neh? Kita menang dgn top team jek, team bawahan kita menangkan deme plak. Barulah ada gift and take... bole gitu?

    Game yg teman jangka Perak menang lawan Lion,Selangor dan ATM. Kui kui kui....

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Ini Malam Perak menang 3 ke 4 bijik.Striker presiden mugenthiran score salah dua gol tu..Kalo Arul Xde,kena pinjamla budak presiden Nurhakim Isa tu.bagih g budakni dari Arul..

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. Jasbisa

    Bagus jugak perancangan AK utk gandingkan Mugenthiren dgn Rangel. Bagi pendedahan kpd pemain muda ni. Lagipun Mugenthiren kan top scorer Piala Presiden. Diharapkan kedua2 striker dapat skor goal.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      wei yob zaman nak kasi dedah mendedah ni dah tamat da... itu masa karathu dan raja azlan yg bajet ciput gile padan le amik player muda dah modal takde, skang ni bajet berjota2 pastu amik player bukan calang2 tapi main macam gampang, so relevan ke citer dedah mendedah neh? Kita dah nak terjerombam ke Premier League dah neh bila mengkome nak sedor nya? Adehhh

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. syidi Post author

        bab dedah mendedah ni kan, teman nengok si nazri kamal dah bertahun2 pendedahan dari tahun ke tahun sampai dah nak masuk 30 an dah asyik beri pendedahan main gitu2 gak..am i right ?

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. YB

          ajernya beno mike cakap tu syidi, ustaz tempat teman mengaji masa kecik dulu cakap kalau org terang hati mudah je baca koran tapi kalau dah benak lagi 30 tahun tetap benaknya... sama le kes mcm nazri kamal tu... huhu

          Likes(0)Dislikes(0)
  5. helmirizal

    selamat kembali ke stadium keramat di ipoh.....diharapkan perlawanan pertama di stadium perak akan membawa kemenangan

    beberapa pemain yang cedera telah pulih namun hadi yahya tidak dapat diturunkan akibat mengutip kad merah...siapakah yang bakal mengisi posisi hadi yahya nanti...

    gud luck skuad perak...misi 3 mata

    ramalan teman perak menang 2-0

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. malayneum

    tinggi bebeno skor tu yop helmirizal..kalu mampu mmg dasyat le perak ni..teman ngagak mcm YB ckp je...dgn team top list kite boleh menang besor..klu dengan bottom list kite kalah besorrrrr.....
    ape2 pun Liga Premier ini kalilahhhhhh....

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      mike neh udah brape kali teman pesan... bukan liga premier laaa... PRIMIERA LA LIGA.. baru gempaq chor kalau orang dengor... kahkahkah

      Likes(0)Dislikes(0)
  7. syidi Post author

    Salam . Kalau ambik kira bookie punye kawad Tim memang Tak ke mana. Kita ambik positive part tentang team Perak ni, susah gak nak teliti apa yang positifnya. Kita la kot kena positifnya.

    Untuk sedapkan hati Perak mampu menang dengan nogori ni. Tapi kena main all out, Hadi Yahya Patut direhatkan bagi cuti ke apa ke masukkan selain daripada dia. Bahagian tengah kena solid Ala2 macam lawan JDT tu hari . Nasir dan siva sesuai utk control tengah sambil memenuhi kehendak strikers Di atas.

    Perak menang 1.0

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      mak teman selalu pesan, kalau menipu terpaksa takpe asalkan tak memudaratkan atau untuk kearah kebaikan tapi untuk kes perak neh teman tak sanggup plak menipu hati ni yang udah bergelora nak mencarot je dengan prestasi semasa yang macam gampang!!!

      Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      ni result game hoki piala sultan azlan shah ke atau game rounders SRK Tamil Hutan Melintang? Cuba ler realistik skit result tu...haiyaa

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. chuck

        ini result GAME Super League membabitkan Perak Vs N9 malamni..Kecik-Bosar,Adik-kakak senyum Lebar malamni...bookie pasir bedamar dah habaq mai td..1-3,Kaveas mesti kena...hahahaha

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. YB

          eloo... chuck, mike nak sembang apa silakan jangan babit politik.. tolong yob bagi kerjasama kang jadi isu plak..

          Likes(0)Dislikes(0)
      2. syidi Post author

        Yb..jgn tahan2 kang buasir..Haha sembur je terus..hahaha...lama tk main rounders..best gak tu...hahaha

        Likes(0)Dislikes(0)
  8. chuck

    Khairul Amri/Farizal(GK)
    Hazrul Izwan(RB),Hisyamuddin/Syamil(CB),Rafael(CB),syazwan(LB)
    Chanturu(SMF),Siva Kumar(DMF),Nur Hakim isa(CMF),Rafiudin(SMF)
    Mughentiran(CF),Heppy Angel(ST)

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      ataupun tempat Syazwan Roslan tu bagi Nasir Basharuddin main..coz season lepas agak effective gk dia main kt pocc tue..

      Likes(0)Dislikes(0)
  9. cer7

    arul injed ke ape? mase lwn felda dia x dok skali dgn player sub, dia dok kat tmpt duduk penonton (grandstand) muke bengang je..

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. YB

    Mengkome ingat budak mugen dari presiden tu macam Terasil Dangda yang partner dengan Rangel kat Muangthong United ke? Main kat presiden cup tu pon teman peratikan huru hara je game dia cuma tinggal lagi played lawan pon lagi hampeh tu yang dia nampak bagus. Skang ni main liga super wehh... bubuh bebanyak budak presiden dalam team ingat bole menang ke??? Deme support bole le tapi game play teruk!!!, apa guna bayo player yang ada tu mahal2 masuk perak kalau tak guna macam surendran tu? Baik letak je coach presiden jadi coach super league team kalau dah semua player amik dari sana... adehhh... strategi macam gampang tukor la strategi bukan tukor player...adehhh Azrai Khor pon dah merapu skang neh... berenti ajerlah jalau dah tak reti jadi coach azraii wehh... pegi bekebun ke,lipat kain ke, jemur kain ke atau jadi siak masjid ada gak pahala dari bagi fans perak sakit hati gini.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Teman yakin Perak mampu ini malam...ater N9 pun bukanya ruper Buriram PEA / Chonburi yg 5-6 tahun kebelakangan ni top 2 league siam pun...

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. syidi Post author

        Salam kembali chuck..semarakkan ruangan ni chuck ..Kami rindu kan kritik mu..boleh kita bertekak..

        Likes(0)Dislikes(0)
  11. ihsan

    aslm ..ape mau susah .kalau perak bermain dengan bagus, perak akan menang,, dan jika perak bermain kurang bagus (below par), perak memang mencari nahas..lawan pasti akan mengambil kesempatan terhadap kelemahan kita....bertemu felda, perak tidak bermain bersungguh-sungguh, memang nampak la felda bagus..kerana felda pun calang2 pasukan..mereka memiliki ramai pemain yg berpengalaman..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      mike komen pon skema macam orang baru tengok bola je, dah main bagus menang ler kalu main mcm palat pakat leboh ler sape taktau? Ater bagi la statment yang berilmu skit nak baca.. ni statment Lepas makan kita mesti rasa kenyang atau lepas berak musti perut kita rasa lega... adehhh.. pebenda la mike yob dah merapu macam team perak jugak ler?

      Likes(0)Dislikes(0)
  12. chuck

    Pada yg nak ke stadium nun,jangan lupa kiborkan bendera kat celah tingkap/bonet kete tue..demam bendera belum redha lgnie.."Beep ur Horn if u r Fan of Perak"

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. eg

    Malam ni aku pasti Perak akan bermain cara macam lawan JDT ari tu. Banyak hantaran-hantaran pendek. Bergerak dgn penuh strategi dari bawah. Kreativiti midfielder terserlah. Jika Perak skor dulu, tim perak lebih bersemangat. serangan bertali arus. Tapi kalau N9 skor dulu, midfielder perak boleh duk kat luar kat bangku simpanan ke. sebab tim perak akan main bola lambung dari bawah anto ke striker. Striker lak akan buat2 injured pegang kepala. Bukan sebab berlaga dgn pemain lawan tapi pening kepala sbb bola yg datang entah apa-apa, tak tentu arah. Ayuh N9, inilah masa anda utk mencipta kemenangan, ditempat lawan lagi. Perghhh.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      haaaa...ini mcm la baru komen yang berilmu nak baca, ada fakta..ada auta dan terselit unsur2 sindiran dan hasutan berbaur kebolaan...muhahaha, teruskan komen begini teman suka.. mana tau mike jadi pengomen berbayor kat sdn ni karang...hahaha

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.