Liga Super 2013 | Felda United vs Perak (result)

Astro Liga Super 2013

Jumaat , 3 Mei 2013
Stadium MBPJ, Petaling Jaya
4:45 Petang

Felda United 3 – 1 Perak 

‘Saya terkejut dengan persembahan yang dipamerkan’. Demikianlah komen Azraai Khor sejurus tamat perlawanan. Admin turut terkejut dengan persembahan ‘lemau’ seolah-olah tidak serius untuk berjuang. Berbeza ketika menundukkan Johor DT di Lumut tempohari.

VIDEO DI BAWAH

Inilah yang merisaukan, tatkala sebelum ini kita gah dengan kebangkitan menundukkan gergasi bolasepak tempatan dan kini kita tewas kepada pasukan yang kini bergelut menyelamatkan diri dari terjerumus ke dasar liga.

Gol oleh pemain import Felda United, Saint Preux menghukum kealpaan semua pemain dikesemua posisi. Kegagalan memanfaatkan peluang wajar dihukum. Tidak cukup dengan itu, ‘The Tornado’ bekas Pemain Perak, Razali Umar meledakkan gol kedua melalui satu rembatan menarik seolah-olah membalas dendam keatas pasukan lamanya.

Selepas itu, Paulo Rangel merapatkan jurang menerusi sepakan penalti selepas beliau dikasari dalam kotak penalti. Rudie Ramli melenyapkan sorakan penyokong-penyokong Perak yang seolah-olah tertipu dengan aksi mantap sebelum ini dan sekali gus mengesahkan kekalahan memalukan Perak 3-1.

Admin mula khuatir dengan beberapa pemain Perak yang dilihat tidak konsisten dengan mempamerkan aksi yo yo yang amat meragukan. Azraai Khor harus bertindak segera mengesan pemain -pemain yang dikhuatiri terlibat dengan aktiviti tidak sihat dan diambil tindakan.

Selepas ini, sudah semestinya perubahan yang lebih efektif diharapkan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2013 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

2 thoughts on “Liga Super 2013 | Felda United vs Perak (result)

  1. YB

    'Saya tak hairan pun' itulah kata2 yang keluar dari seorang penyokong bolasepak Perak sejurus selepas tamat perlawanan antara Felda dan Perak di Kelana Jaya. 'Cara pasukan Perak bermain tak ubah seperti orang yang sedang kesakitan perut dimana ketika bergegas ke tandas akan bersemburlah segala najis ke lubang taik tersebut namun selepas beberapa ketika masih belum keluar dari jamban akibat sembelit peringkat kedua yang dialami selepas itu' jawapan beliau ketika diminta mengulas lanjut.

    Nampaknya harapan untuk pasukan Perak menerjunkan diri ke La Liga Primiera semakin jelas berikutan aksi mantap memenangkan pihak lawan. Selepas ini pasukan Perak akan pulang semula ke sebuah tempat di Europe untuk sesi latihan rahsia sebelum beraksi semula pada perlawanan akan datang.

    Sekian dari saya HARAM SING BARUA melaporkan untuk berita TiviTigeSuku, kembali ke jamban....

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi Post author

    Salam 1-3. Pertamanya, Felda berjaya mendominasi bahagian tengah dengan baik dan bijak menggunakan ruang sebaiknya. Manakala Perak dikala sibuk mencari rentak permainan mula membuat kesilapan yang menghadiahkan sepakan percuma yang menjadi kegemaran Felda untuk mencuri peluang menghasilkan gol. Hasilnya, mereka berjaya dibantu kealpaan pertahanan Perak yang lambat bertindak naik ke atas semula untuk memerangkap import Felda yang dikala itu boleh dikesan offside sekiranya pertahanan Perak bijak bertindak ketika itu.

    Selang beberapa minit, RUK pula bertindak cemerlang memperdaya Rafael untuk gol kedua hasil serangan balas pantas.

    Apa2 pun, Perak mempamerkan sesuatu yang luar jangkaan. Amat memalukan ..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.