Liga Super 2013 | Felda United vs Perak Darul Ridzuan (preview)

Astro Liga Super 2013

Astro Liga Super 2013

Jumaat, 3 Mei 2013
4.45 Petang
Stadium MBPJ, Petaling Jaya

Percaya atau tidak kali terakhir Felda United menang di laman sendiri adalah 10 Julai 2012 yang lalu menewaskan Kelantan 1-0. Itu mungkin rekod yang agak menyenangkan Pihak lawan, tetapi ada lagi rekod yang mereka catatkan setakat ini iaitu mengikat keputusan perlawanan dengan Semua pasukan pilihan seperti Lions XII, Darul Takzim FC Dan Kelantan di laman sendiri.

Berjaya mengumpulkan 12 mata hasil daripada 2 menang, 6 Seri Dan 6 kekalahan, pasukan ini sememangnya liat untuk ditewaskan ketika bermain di laman sendiri. Dua kemenangan adalah ketika bertandang ke Lumut Dan Paroi Dan kedua-duanya dengan jaringan tipis 1-0.

Bagi Perak , prestasi di tempat lawan agak kurang memberansangkan. Daripada 7 perlawanan di tempat lawan, Perak hanya menang dua iaitu ketika di Paroi menewaskan Negeri Sembilan dan mengecewakan PKNS di Shah Alam 1-0. Ketika tewas 0-2 kepada T-Team di Kuala Terengganu tempohari, memberi gambaran negatif ke atas prestasi di luar Perak ketika ini.

Kemenangan ke atas Johor Darul Takzim tempohari harus dilupakan seketika bagi memastikan fokus para pemain tidak dibuai secara berterusan, sebaliknya mengekalkan rentak permainan sambil mematuhi segalanya perancangan jurulatih. Tinggi harapan penyokong untuk melihat sekurang-kurang aksi seperti perlawanan lalu sambil memantapkan mutu persembahan terutama di barisan pertahanan dan tengah.

Sudah semestinya kelibat Paolo Rangel bakal diberikan perhatian oleh semua peminat bolasepak tempatan terkesan oleh prestasi lalu selepas meledakkan hatrik. Mampukah beliau mengekalkan kecemerlangan ini?

Kedudukan Terkini Liga Dan Jadual Perlawanan lain.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2013 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

12 thoughts on “Liga Super 2013 | Felda United vs Perak Darul Ridzuan (preview)

    1. YB

      deme2 goyang le pasey tau prestasi perak neh mcm org nak BERAK!!! masa sakit perut sangat tu menyembor keluarnya tapi itu ler sekali pon BERAK pastu sakit2 memulas haram tak keluor hape pon... kate org kecewa ler sebab rasa macam ada benda dalam perut yang tertinggey tak keluor lagi... gitulah teman tengok prestasi Perak skang neh... level macam &%$!@):*# jek

      Likes(0)Dislikes(0)
  1. helmirizal

    kekalahan pada pusingan pertama dulu harus ditebus balik...diharapkan pemain berada pada prestasi yang baik selepas perlawanan menentang JDT....kelibat penyerang import paulo rangel pasti akan dirantai oleh pertahanan felda, diharapkan pemain ini dapat memberi sumbangan gol lagi pada pasukan disamping pemain lain

    insyallah perak boleh menang game ini dengan jaringan 2-0

    barisan kemungkinan pilihan teman

    farizal marlias
    rafael
    syamil
    khairi kiman
    mohd nor hazrul
    sivakumar
    nasir basarudin
    chanturu
    rafiuddin
    paulo rangel
    hadi yahya

    formasi 4-4-2

    ayuh perak ku berjuang menentang musuh!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. YB

    main petang neh cam biasalah player perak majoriti semua base kat europe so harapan nak menang memang tipis ler... teman jangka leboh musti dari 2 gol keatas plak tapi belum tengok laman web bookie lagi neh sape odd tinggi....

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Ipohman

    Go, go power rangers... harapnye pemain kte yg europe base sume tu dh dpt menyesuaikan diri main dlm cuaca petang yg paneh setelah diberi pendedahan di kuala terengganu tempoh hari. Jgn lps ni alasan kate "Cuaca petang yg redup dan mendung menyukarkan kita untuk bermain". Teman harapkan kemenangan utk pertemuan ni, 1-0 pn jd la janji menang udah. Sekian, majulah sukan untuk negara. Kejor yop kejor.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.