Monthly Archives: May 2013

Pengumuman | Penafian ‘Pages’ Seladang Dot Net di Facebook

28 Mei 2013 lalu, pihak SDN mengesan ‘pages’ di laman sosial ‘facebook’ yang mencurigakan. Di sini pihak SDN ingin menegaskan bahawa kita hanya menggunakan platform laman web ini semata-mata untuk apa-apa sahaja maklumat tentang bolasepak Perak yang telah bermula sejak 2005 lagi sebelum dinaik taraf hosting 2 tahun kemudiannya.

Untuk makluman juga kami TIDAK PERNAH memberi kebenaran kepada mana-mana individu untuk membuka akaun di mana-mana laman sosial. Kami juga tidak akan bertanggungjawab ke atas segala maklumat atau apa sahaja yang tercatat di laman sosial yang menggunakan logo atau nama SELADANG DOT NET. Pihak SDN tetap dengan pendiriannya berdiri di atas kaki sendiri dan tidak berselindung di belakang mana-mana pertubuhan atau persatuan. Laman web ini juga bergerak secara bebas tanpa bergantung kepada mana-mana pihak.

Sebarang permasalahan sila beri maklum balas di mana-mana ruangan komentar atau berhubung dengan Admin di ruangan Shoutbox. Terima Kasih. Saya Yang Berusaha Menyampaikan.

Likes(0)Dislikes(0)

Seladang Dot Net | Isu Bookie Semakin Panas!

Isu ‘bookie’ bukanlah baru kepada pengguna-pengguna berdaftar yang aktif dalam laman ini. Sebelum dihebahkan dimedia kita telah pun membincangkannya dalam ruangan komentar dan platfom shoutbox.

Perkara ini sebenarnya telah lama berlaku mungkin sejak bolasepak wujud di tanahair. Memang benar ini merupakan kesalahan tetapi mungkin tiada laporan rasmi dibuat kepada pihak berwajib sebelum ini, dan ianya hanya dipantau oleh persatuan yang adakalanya hanya mampu memandang.

Diugut bunuh, itu adalah cara ‘bookie’ mengawal ‘robot’nya yang mahu atau tidak pemain harus patuh kepada perancangannya. Ini merupakan kesan daripada ‘kali pertama’ yang akhirnya menjerut leher sendiri. Bak kata pepatah ‘ditelan mati emak, diluah mati bapak’. Rasanya perkara yang telah berlaku biarlah berlalu, boleh saja kita menuding jari dan menuduh mana-mana pemain terlibat dengan rancangan ‘bookie’. Tetapi masalah tidak akan selesai selagi ianya hanya cakap kosong yang terarah kepada kritikan yang tidak membantu langsung.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super 2013 | Perak vs Terengganu (result)

Astro Liga Super 2013

Jumaat , 17 Mei 2013
Stadium Perak , Ipoh
8:45 Malam

Perak 1 – 3 Terengganu

Nota Admin: Atas beberapa kesulitan, Admin memohon maaf atas kelewatan artikel kali ini.

Perak kecundang buat pertama kalinya di Ipoh untuk musim ini. Mungkinkah tiada keserasian dikalangan kesebelasan utama yang diturunkan Azraai Khor akibat masalah penggantungan pemain-pemain utama?

Gol Terengganu hadir hasil jaringan Abdul Manaf Mamat seawal minit ke 17. Selepas itu, pihak lawan terus menguasai babak pertama sehingga tamat 45 minit pertama. Babak kedua, Perak berjaya mendapatkan gol penyamaan melalui gerakan menarik yang disudahkan Azlan Ismail minit ke 56.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super 2013 | Perak vs Terengganu (preview)

Astro Liga Super 2013

Astro Liga Super 2013

Jumaat, 17 Mei 2013
8.45 malam
Stadium Perak , Ipoh

Jika dilihat rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan di Ipoh, musim 2010 Perak dimalukan di hadapan penyokong sendiri 1-3. Kebangkitan dipamerkan dimusim 2011 apabila mengikat lawan yang sama 1-1. Musim 2012, Perak berjaya menewaskan Terengganu 1-0 dalam perlawanan sulung Liga Super ketika itu.

Berdasarkan rekod 5 perlawanan terakhir pula, Perak dan Terengganu dilihat memiliki rekod yang sama iaitu menang 2 perlawanan, tewas 2 perlawanan dan selebihnya seri. Namun begitu, Terengganu dilihat cuba bangkit selepas tewas dalam dua perlawanan lalu di tangan Lions XII 1-3 di Kuala Terengganu apabila berjaya mengikat Pahang 2-2 di gelanggang yang sama. Manakala Perak pula berjaya memperbaiki prestasi di tempat lawan dengan berjaya memperoleh satu mata di Shah Alam dan dalam perlawanan sebelum itu di Ipoh berjaya menundukkan Negeri Sembilan dengan jaringan 2-1.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)