Liga Super 2013 | T-Team vs Perak (result)

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 20 April 2013
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
4:45 Petang

T-Team 2 – 0 Perak 

Kunjungan sia-sia ke Kuala Terengganu. Memetik kata Azraai Khor, ‘ cuaca panas mungkin cabaran ‘. Itulah lebih kurang kata-kata Jurulatih Perak. Mungkin selama ini mereka berlatih setiap malam untuk semua perlawanan. Mungkin sejak mula bermain BOLASEPAK pemain-pemain Perak bermain malam dari sekolah rendah lagi.

Alasan tetap alasan . Kalah tetap kalah . Prestasi yoyo sebegini amat merisaukan. T-Team bukanlah lawan yang hebat. Mereka mungkin memiliki semangat yang tiada Pada Perak untuk untuk MENANG.

VIDEO DI BAWAH

T-Team Di depan 10 minit sebelum separuh masa melalui Mohd Takhiyuddin. Babak kedua, Pada minit ke 72 Perak bermain 10 orang apabila Muhd Shahmil No.26, dilayangkan kad merah. Tuan rumah selepas itu selesa Di depan Dan mengesahkan 3 Mata dengan jaringan diminit ke 75 menjadikan kedudukan 2-0.

Tamat perlawanan. Perak kecundang, 0-2 Di Kuala Terengganu.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2013 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

21 thoughts on “Liga Super 2013 | T-Team vs Perak (result)

  1. YB

    Terbaekkkklah team Perak!!!, akhirnya kita berjaya mengekalkan rekod tanpa menang di gelanggang lawan dan rekod menang gol sendiri terbanyak di liga M. Itu belum masuk antara team yang paling banyak mengutip kad merah sepanjang musim 2013. Perghhhh...bangga gila dapat team cam Perak neh... hidup PAFA... SELAMAT DATANG LIGA PREMIER.. .Perghhh...nama pun best..LIGA PREMIER!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. belanak

      Memang terbaek la kome... INI KALI LAH team yang terbaek teman lihat sejak di ambil alih!! INI KALI LAH team kita semakin hari semakin hampir ke PREMIER LEAGUE.. gempak tuh nama nyer... FAM LEAGUE... lagi gempak siot!!

      korang memang TERBAEK! INI KALI LAH!

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. saidin

    tahniah tahniah tahniah.....Kappa dan pengurusan Perak Fa membawa satu bala petaka kepada pasukan dan membuatkan berkecainya harapan seluruh rakyat Perak yang berada diseluruh dunia

    Maka seperti komen YB ayuh ramai ramai kita ucapkan selamat datang Liga perdana untuk skuad kejob yob skor tak terskor.

    jangan disebabkan cuaca alasan yang diberikan katakanlah pada kami semua rasuah menghimpit pemain pemain yang kemaruk nak jadi kaya cepat. T-Team bukanlah pasukan hebat dalam saingan liga malaysia tapi disebabkan kejujuran dan semangat mereka membuatkan pemain pemain T-Team meranapkan impian 3 mata dibawa pulang ke Ipoh bandar kegelapan.

    Kepada pengurusan korang semua wajib sewajib wajibnya letak jawatan bagi dekat orang yang tahu menguruskan pasukan bukan yang tahu meranapkan duit pasukan....ada import ker takder import ker ada pemain kebangsaan ker tak der pemain kebangsaan ke prestasi pasukan Perak tetap sama saja.

    oh Dato Zainol,tak malu ker dekat Dato Seri Nizar,walaupun time tuer pengurusan duit ciput,pemain sekadar bertaraf amatur tapi pencapaian lebih bagus dari pencapaian sekarang.fikir fikirkanlah sebelum kiamat tiba sebelum kita semua mengadap dacing dialam akhirat nanti.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. manz

    Badi Perak di Kuala Terengganu masih belum hilang..rasanya dah lama perak tak menang kat sana paling tinggi perak capai pon seri,selalunya kalah je lagi2 degan pasukan terengganu.
    serius cakap betapa kecewanya hati ini bila tengok pasukan perak musim ni yang tak konsisten dan longlai.
    baru menang sekali pastu kalah dan seri 2-3kali.tolong la jangan jatuh liga premier paling koman pon top-8 pon dh bersyukur sangat2..

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi Post author

    Suara kita seolah-olah habis Di sini saja. Apa yang dikomenkan dipandang sepi, Bukan deme Tak baca.

    Teman Bukan lah pakar dalam bolasepak setakat main sini2 je, tapi jika begini masalah Perak selamanya memang tidak ke mana . Bukan masalah jurulatih lagi, Azraai Khor seorang yang cukup berpengalaman, seperti ada yang Tak kena dengan pentadbiran PAFA sekarang ni. Corak permainan diawal musim nampak ok bolehlah dikatakan baik dan ada peluang sekurang kurangnya bersaing dengan Tim2 power.

    Tapi apa yang berlaku selepas tu sampai sekarang skrip permainan sama. Seladang . net akan Cuba kaji secara terperinci kenapa sejak 2-3 tahun ni Corak permainan sama Dan tidak berkembang macam Tim lain.

    Ada yang kata pemain tengah yg merupakan dynamo pasukan kurang berkesan. Siapa lagi Kalu Bukan Sharulnizam kapten Perak . ketajamannya dari segi hantaran dan kreativitinya nampak kurang menyerlah berbanding pemain tengah Tim lain, contohnya, PKNS yg semakin menyengat dgn Kehadiran Nazmi Faiz yang menyumbang tenaga untuk menang dgn kita tempohari. JDT , SafiQ Rahim off form dan kurang diberikan peluang bermain 1st eleven. Tapi pemain muda yang kurang ternama mula menyerlah dgn gaya tersendiri.

    Lions XII tak yah cakapla, nampak kematangan Di situ , Siapa saja diturunkan pasti perform yg terbaik. Ramai lagi, termasuk rebranding oleh muka lama seperti Irwan Fdli Idrus, Hairuddin Omar, Penyerang lama Perak Indraputra yang dilihat makin seronok bermain. Persoalannya kenapa Dan kenapa? Kenapa Nazri Kamal yang sudah lama main masih begitu Corak permainan nya? Failee yang dulunya speedster Dan mampu meledakkan on the run shooting sudah hilang taring tu? Kenapa? Kenapa ? Kenapa?

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. Ipohman

    Keputusan yang mengecewakan diulang berkali kali. Aksi yang tidak konsisten. Jika cuaca yang jadi penghalang next season Perak boleh mohon utk bermain di liga eropah yang cuacanya sejuk. Takpun g main liga cameron highland ateh bukit tu. Kalo player dh kemarok jual game boleh main liga gambling nun kat genting highland yang sejuk cuacanye. Utk pasukan, kome takyah g traing bola lg dh, mainpn tahap low level utk bg peminat sakit hati je. Jimatkan duit training kome utk season dpn kot2 jtuh liga premier nnt sponsor pn dh tak sior nk taja team kte. Teman tak nmpk lgsg pningkatan pasukan. Kpd pngurusan pasukan, u all were not upgrading this team instead of downgrading it to the max. Should have step down long time ago. Shame of u. All of u have no sincerity to this team, just a beggar fool belly of money

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. helmirizal

    tewas lagi di kuala terengganu, badi kekalahan di kuala terengganu masih lagi menghantui pasukan perak

    walaupun t-team yang dianggap pasukan belasahan musim ini, namun perak gagal mengambil peluang untuk meraih 3 mata

    rombakan besar-besaran dalam pasukan perlu dilakukan oleh azrai khor, rehatkan pemain yang gagal memberi sumbangan yang berkesan

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. anip

    Selamanya...selamanya...selamanya sokong tak ke mana...
    Mampoihhh la mcm ni. Kalah entah apa-apa.
    Rasanya semua orang Malaysia dalam pasukan Perak yang lahir dari kecil lagi dah sedia panas. Panas bukan ALASAN!

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. cer7

    next season blh jumpe uitm fc, kl spa, pdrm, betaria, dan pej.pos... sila kekalkan momentum kekalahan anda sbb ade prospek untuk kearah itu.. errr..jika ade rezki lebih mungkin terjerumus ke liga fam plak barulah org respek. dah la jersi cantik gile, main pun cantik, pengurusan professional dan hishhh..mcm2 lagi la.. x kembang idung kome nanti?? cube pikior.. tolong le.. bile lagi nak meghase..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Errr... teman nak betoikan ungkapan mike tu yob..bukan Liga FAM tapi FAM LEAGUE!!!.. perghhh.. sekali dengor dah macam CHAMPIONS LEAGUE jer...kekeke.. Perak terus majuuuuuuuuuu..... LIGA PREMIER menunggu!!!

      Likes(0)Dislikes(0)
  9. helmirizal

    azrai khor dikatakan akan merehatkan beberapa pemain yang tidak menunjukkan aksi yang baik..khidmat mereka akan digantikan dengan pemain simpanan atau pemain presiden

    sama-sama kita nantikan masa perlawanan menentang JDT nanti

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Patutnya azrai cakap camni " SAYA AKAN MEREHATKAN BEBERAPA PEMAIN YANG TIDAK JUJUR DAN MENGGANTIKAN DENGAN PEMAIN YANG IKHLAS BERJUANG" Bole gitu???

      Likes(0)Dislikes(0)
  10. sdarerepasi

    bior ramei yg hentam...teman tetap sokong team nie..bukan xnak hentam ke ape...teman xpandei main bola..nengok bola je teman pandei...harapnye ade penambahbaikan dalam pasukan ni...InsyaAllah...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      mike mohong jek kate pandai tengok bola...ater pegi stadium asik bersorak dengan bebudak ultras mana bila tengoknya pon..hihihi, kalau main bola ajer ye pandai juge...kekeke

      Likes(0)Dislikes(0)
  11. cairomaster

    aku rase mcm teruja gile2 punye bila dpt tau perak nak main liga "PREMIER" taun depan.. korang tgk la.. setakat ni perak je team dr utara yg ade dlm liga super.. kedah penang dgn perlis da xde.. penang dgn perlis mmg confirm x bole naik liga super taun depan.. kedah pun aku tgk mcm susah je.. jd ape la salahnye kalo perak pun join skali turun liga "PREMIER".. mmg tu pun yg pengurusan nak kan?? kalo perak berjaya.. xde la negeri dr utara dlm liga super taun depan.. team lain pun senang la.. xpayah la susah2 nak travel ke utara lg dah.. deme main belah barat timur dgn selatan aje laa.. xde la letih sgt.. kan?? kan?? kan?????

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.