Liga Super 2013 | T-Team vs Perak (preview)

Astro Liga Super 2013

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 20 April 2013
4.45 Petang
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin

Perak sekali lagi bakal ke Kuala Terengganu untuk membuat perhitungan dengan sebuah lagi pasukan PBSNT iaitu T-Team. Pasukan ini dilihat sedang bergelut dengan masalah Jurulatih nya Peter James Butler yang kini direhatkan.

Biarpun apa yang berlaku Perak wajib pulang dengan 3 mata. Berdasarkan rekod semasa, T-Team hanya menang 2 Kali daripada 12 perlawanan. Mereka berjaya mengejutkan Lions XII 1-0 dan Kelantan juga dengan jaringan yang sama.

Terbaru, mereka gagal mengekang Pahang Di Kuantan apabila kecundang 1-2. Justeru itu, Perak seharusnya menggunakan ruang ini untuk mempamerkan kebangkitan setelah aksi – aksi yang kurang konsisten sebelum ini.

Untuk perlawanan ini, seharusnya Azraai Khor sudah memikirkan sesuatu untuk mengekang kebangkitan lawan. Selepas aksi dengan PKNS tempohari, rata-rata penyokong menginginkan barisan pertahanan yang lebih pantas yang mana Rafael diubah ke posisi Defensive Midfielder Dan menggandingkan Shahrom Kalam bersama Hisyamuddin Shaari.

Paolo Rangel pula berjaya menitipkan bibit kebangkitan Perak disamping berjaya menyakinkan para penyokong bahawa masalah serangan Perak sudah selesai. Sejauh mana ianya selesai? Perlawanan ini seharusnya dipergunakan Paolo Rangel untuk membuktikan ketajaman beliau.

Kedudukan Terkini Liga Dan Jadual Perlawanan lain.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2013 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

12 thoughts on “Liga Super 2013 | T-Team vs Perak (preview)

  1. YB

    Steve Butler nun memanjang ada masalah dgn memana team yg dia bawak pun, agaknya coach yg ada pangkal nama STEVE ni memang badi kot kat liga M neh...kehkehkeh.

    Ramalan Ku (Umbrella)
    T-Team 4 - 1 Perak

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. helmirizal

    perlawanan wajib menang..perak perlu meraih 3 mata untuk keluar dari zon penyingkiran, namun berita kurang gembira diterima apabila shahrom kalam tidak dapat diturunkan kerana mengalami kecerderaan, diharapkan pemain gantian dapat menampung tempat yang ditinggalkan beliau

    kesebelasan pilihan temam

    farizal marlias
    hisyamudin (df)
    sivakumar (df)
    nor hazrul (rb)
    haizal (lb)
    rafael (dmf)
    yoganthan (amf)
    poulo rangel (f)
    hadi yahya (f)

    keputusan perlawanan t-team 0-3 perak

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. anip

    Kemenangan yang amat diperlukan demi kesinambungan or "survival" Perak di dalam liga super dan demi mengekalkan peminat dan penyokong Perak. Tetapi... "Deme-deme" ni ada pikior ke tentang peminat dan penyokong Perak?

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Kadang-kadang je kot mikir penyokong . Masa surf internet Dan bukak fb. Pas tu kat shopping complex tu pun Kalu ada org tegur. masa main fikir gaji je. atau melepaskan batuk di rumput. marah deme baca komen ni. main kena pakai otak sama. kederat + otak = bolasepak .

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. YB

        Perghhh..terharu giler teman dengor DEME nak memikiorkan perasaan penyokong neh... baguslah kalau minda terbuka...jgn jadi bebal lahom yek..kui kui kui.

        Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.