Liga Super 2013 | Rangkuman Prestasi Perak FA (Pusingan Pertama)

Perlawanan menentang Lions XII 6 April 2013 lalu melengkapkan jadual Pusingan Pertama untuk musim 2013. Perak kini menghuni tangga ke 9 daripada 11 pasukan dengan 14 Mata.

Jika dibandingkan dengan prestasi Pusingan Pertama musim 2012 dan 2011, musim ini adalah yang terburuk.

Musim 2012 lalu, Perak berjaya merekodkan Menang 6, Seri 1 dan Kalah 6 daripada 13 perlawanan atau 46% Menang daripada 13 perlawanan itu.

Musim 2011 pula, dilihat agak cemerlang Di Pusingan Pertama dengan berjaya Menang 6 , Seri 5 dan hanya Kalah 2 perlawanan.

Untuk Liga Super 2013 ini, selepas Pusingan Pertama , Perak hanya Menang 4, Seri 2 dan Kalah 5 daripada 11 perlawanan.

Berdasarkan perbandingan ini, kita dapat menilai sejauh mana kita telah melangkah dan penilaiannya terpulang kepada anda. Adakah Perak sedang maju ke hadapan daripada musim ke musim? Atau, rekod ini tidak perlu diambil kira untuk tujuan penambahbaikan?

Apa kata anda?

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2013, Umum and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

8 thoughts on “Liga Super 2013 | Rangkuman Prestasi Perak FA (Pusingan Pertama)

  1. eg

    Itu yg peliknya. Deme ni macam baru je main bola. Hantaran tah apa-apa, usahkan padang tiruan, padang rumput pun tak boleh nak anta betul. Pandangan peribadi, aku tengok pemain perak gopoh bila tertekan samada bila dikelilingi pemain lawan atau bila ketinggalan. Selain tu berfikir dalam membuat keputusan dlm permainan pun lemah. Aku harap coach AKA tingkatkan intensiti permainan dalam latihan, bior deme termuntah terbelahak. Aku rasa baru deme boleh main dengan baik. Utk players tingkatkan skill (dribbling, hantaran, ball control etc.). Especially striker kita si Hadi tu, susah nak tengok dia dribble lepas pertahanan lawan. (Siapa pilih dia aku pun tak tahu la.) Engkorang tengoklah Rafa main dan belajorlah dari dia. Strategi permainan kena ubah. Wing kiri, kanan tak idup.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Bole tak mike senaraikan Striker Local kat Malaysia neh yg bole dribble pemain pertahanan lawan? Setau teman ada sorang je iaitu Mat Yo, itu pon kadang ada ikut mood.. ada masa okay sgt..ada masa kang mcm hadi yahya jek..

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. Pengkritik

    Assalamualaikum . Hello2 . Bonjour . Teman ni peminat setia Yob . So , teman ni ade pengalaman sikit dlm bola sepak . Cadangan Teman biar je AKA menjadi Head Coach dan penolongnye cube kite cari yg luar negare . yang terbaik adalah dari eropah . Takyah amek yg terkenal pun takpe . sebab nye Pada musim ni pemain perak tersangatlah mengecewakan . Jadi , kita kena bertindak lebih sikit supaye perak tak jatuh liga kedua . Melabur lah lebih sikit . Bukan coach malaysia tak bagus tapi penerapan bermain seperti eropah adalah penting . sebagai contoh kelantan . walaupun takde harapan musim ni tapi permainan meraka tetap baik . Kawalan bola dan Hantaran mengecewakan . tu yg sepatutnye kita ubah sebab nadi kepade permainan . bukan sebab takde finishing sebab takde hantaran tepat dan berkualiti . saya suke tengok M.Sivakumar main . kawalannye sangat baik cuma hantaran nye kadang2 baik kadang2 tak . Ape2 pun saya harap perak bangkit daripada lamunan kekalahan . #Yob4Ever

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. YB

    Dalam bolasepak profesional neh takde elemen nak praktis buat hantaran ke, cara menyepak ke apa ke.. itu semua BASIC FOOTBALL atau ckp melayunya ASAS BOLASEPAK!!!.. Setiap pemain atau atlit yg berkecimpung dlm sesuatu sukan mesti telah memahirkan diri dgn asas tersebut. Yang membezakan antara satu atlit dgn atlit yg lain tu adalah berapa byk kemahiran tambahan atau kemampuan luar biasa berbanding atlit lain. Sebagai contoh semua manusia boleh sepak bola tapi berapa % pulak yg bole sepak dgn teknik yg baik serta ada ketepatan mengikut haluan? Dan tambahan pada itu lagi berapa % tahap konsistensi seseorg atlit utk kekal cemerlang dgn hantarannya?.

    Ada pemain cukup baik,tepat dan mantap penendangnya tp bah stamina dlm 30 minit je pastu mainnya pon dah merapu. Tp ada pemain bole tahan sampai 120 minit game dgn kualiti gitu gitu ajerlah. Jadi kejayaan pd sesuatu pasukan adalah terletak pd barisan pemain yg berkualiti serta jurulatih yg menyusun strategi. Dibantu oleh pengurusan yg cemerlang barulah team bole berjaya. Kalau pengurusan pun kaco bilau, coach plak takde hala tuju dgn barisan pemain yg prestasi gitu gitu jek mmg padan ler dgn prestasi hambornya. Nak harap apa lagi? REDHO AJERLAH KOMEEE!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. eg

    Aku setuju sangat ngan ko YB. Nak kata tak reti sepak dgn betul, hari-hari main bola. Takkanlah coach dan asst. coach tak nampak benda benda ni. Di sini aku setuju dgn cadangan helmi, bawak masuk pembantu dari luar. Cuba tengok team harimau malaya, yg selalu RG bincang pembantunya yg cina tu. itu pasey le team kita tak maju. Tapi aku rasa yg menjadi puncanya adalah panel pemilih yg memilih pemain. Kalau ada sikap pilih kasih, favouritsm, dengki memang tak kemana le. Kalau tengok balik senarai players tahun lepas yg warga SDN pilih utk kekal, dibuangnya. Dan yg sedihnya deme yg kena buang ni semuanya main 1st eleven dgn team masing2. Dan ada diantara mereka yg outstanding. kalau tak silap aku, utk tahun 2013 ni, players dah dipilih sblm AKA masuk lagi. Jadi AKA gunalah apa yg ada.
    Dan utk players yg terpilih bermain di pusingan kedua nanti, mainlah dengan GUNA AKAL dan JANGAN HENTAM KEROMO je. Kami nak tengok permainan yg di set up dari bawah dan ada percubaan ke pintu gol lawan, bukan setakat ke bahagian tengah dan lepeh tu patah balik ke FM.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. syidi Post author

    Salam. Teman tengok , perak ni seolah2 kurang latihan. Latihan daripada segi fitness. Kena ingatkn, fitness adalah segalanya. Fitness out, persembahan pun ke laut le jawabnye. Segala perancangan taktikal Dan strategi Tak dapat dilaksanakan dengan baik.

    Atau, terlalu nak yang baik sampaikan jadi entah apa2. Teman ambik contoh kelate , dihanyak nya keita mandjou sampai ramping. Baru berapa bulan je. Di situ dh nampak kualiti jurulatih fitness mereka yang diimport khas daripada Croatia.

    Entah la kome . Kadang2 sampai ngigau malam mikir. hehe.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.