Liga Super 2013 | Perak vs Selangor PKNS

Astro Liga Super 2013

Astro Liga Super 2013

Jumaat, 12 April 2013
8.45 malam
Stadium TLDM, Lumut

Secara ringkasnya, bolehlah disimpulkan,pusingan pertama Liga Super 2013 agak mengecewakan bagi Perak. Untuk Pusingan Kedua, PKNS bakal menjadi tetamu di bumi TLDM, Perak menyahut laungan kebangkitan Sang Seladang yang tekad bangkit dengan Penyerang Baharu Paolo Rangel.

Tidak banyak yang boleh dikatakan tentang perlawanan ini melainkan kebangkitan yang mantap terutama jentera tengah yang MATI Di Jalan Besar tempohari.

Mungkin Penyerang Baharu ini masih belum serasi dengan pasukan. Tetapi itu bukan alasan jika mahu buktikan sesuatu kepada Kami.

Setiap pemain bertanggungjawab ke atas apa jua keputusan perlawanan mutu permainan. Dijangkakan, Perak akan Cuba sebaik mungkin untuk menyakinkan para penyokong Perak yang dahagakan kemenangan.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2013 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

16 thoughts on “Liga Super 2013 | Perak vs Selangor PKNS

  1. helmirizal

    barisan pilihan teman

    farizal
    shazwan-shahrom kalam-rafael-khairi kiman/haizal
    nazri kamal-sivakumar-shahrulnizam-rafiuddin
    failee-poulo rangel

    diharapkan import baru akan menambah bisa bahagian serangan..YOB THE BEST

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Spectator

    siapa pun yang bakal diturunkan.mesti beraksi dengan sepenuh hati,mesti berjaya melakukan hantaran hantaran yang tepat kepada penyerang, mesti mengawal setiap pergerakan dengan kemas dan mantap.

    Sepanjang pemerhatian saya kelemahan barisan tengah dan penyerang amat amat mengecewakan dibantu pula dengan hantaran hantaran yang sangat memalukan.bukan itu sahaja malah pemain pemain sudah tidak tahu tugas masing masing dimana kedudukan posisi sepatutnya mereka berada ketika bertahan dan menyerang,contoh apabila pasukan melakukan serangan antara kedudukan mereka sesama sendiri terlalu jauh dan menyukarkan pihak rakan untuk melakukan hantaran dan melebarkan ruang untuk melakukan jaringan dan apabila bertahan pemain dari posisi tengah tidak bijak mengawal pemain lawan dan hanya melihat sahaja.

    barisan pilihan saya

    Khairul Amri -GK
    Shahrom Kalam (k) - CB
    Rafael - CB
    Khairi Kiman -LB
    Hishamudin -RB
    S.chanturu - RW
    Rafiuddin -LW
    Sivakumar - CDM
    Norhakim Isa - CAM
    Paolo Rangel - FWD
    Failee ghazalie -ST

    Dengan kedudukan pemain pemain dalam barisan kesebelasan utama ini,pada pemerhatian saya ianya akan ada perubahan dari segi gerakan kepantasan dan keserasian pemain akan membuahkan hasil yang baik. pemain yang tidak boleh harap

    YONG KUANG YONG
    SHAHRULNIZAM
    NAZRI KAMAL
    HADI YAHYA
    FARIZAL MARLIAS
    THIRU

    Untuk pemain yang lain bolehlah tahan sedikit.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi Post author

    Salam.

    Amboi. Semangat ye? Teman pun nak gak senaraikan Kesebelasan Utama Jangkaan, bukan pilihan teman sangat pun:

    Farizal marlias (GK)
    Hisyamuddin Shaari
    Rafael De Souza
    Syazwan Roslan
    Thirumurugan (Kalau Ada)
    Sharulnizam (Sebab Kapitan, Kalu tak mmg tak pilih)
    M Sivakumar
    Rafiuddin Roddin
    S Chanturu (ex Kelantan Ekspress)
    Paolo Rangers
    Abd Hadi Yahya

    Still guna 4-4-2. Kalau betul Chanturu boleh diturunkan harap-harap banyakkan crossing dan penetrate defend lawan dari sebelah tepi. Ingat, PKNS ada kekuatan dari segi counter attack dan player deme laju2 belaka. Jaga elok2 Patrick Ronaldinho, yang mungkin turun. Dia ni boleh bergerak tanpa bantuan atau back up.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. helmirizal

    kalo chanturu dapat diturunkan esok bahagian sayap perak dilihat lebih bahaya...chanturu di sayap kanan dan rafiuddin di sayap kiri....lebih banyak hantaran lintang dapat dihasilkan dan larian deras untuk memecahkan benteng pkns untuk beri peluang penyerang jaringkan gol

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. eg

    Teman tak kisah sape yg main. Pemain yg bermain nanti hendaklah bg komitmen 150%, fokus sampai wisel penamat dibunyikan. Bukak mata luas2, sentiasa tengok dimana rakan dan lawan supaya senang buat keputusan dalam keadaan terdesak. Buka telinga luas2, supaya boleh dengar rakan menjerit beri ingatan atau minta bola. Tapi kalau suma diam macam org bisu main pun tak guna juga. Satu lagi, main guna akai jangan syok sendiri. No fancy game please.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Mike macam ngajor budak sekolah hehe.. deme ni tau..tapi Tak komited. Main betul2..jangan fikir benda lain..

      Likes(0)Dislikes(0)
  6. Jasbisa

    Salam semua, goalkeeper dan defend so far okay. Yang merisaukan ialah tengah dan striker. Arul dan yong memang tidak berfungsi. Sivakumar bagus, jentera tengah perlukan player yg lebih kreatif spt Norhakim Isa, Rafiuddin etc. Kalau ada sorang import tengah yg kreatif kan ok. Hopefully, rangel boleh bantu hadi dlm serangan. Serapkan pemain piala presiden bagi menggantikan tempat arul, yong, nazri, failee dan beberapa nama lg yang nyata tidak berfungsi. Teman rindukan pemain tengah kreatif spt Azizol Abu Haniffah, Azrul Amri Borhan etc... Ternyata Arul adalah kapten yang paling lemah yg pernah dimiliki Perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. helmirizal

    ada beberapa pemain perak yang tahun lepas agak menyerlah tapi tahun nie menurun prestasi macam failee, shazwan, hisyamudin, nazri kamal, shahrulnizam

    selepas pulih dari kecerderaan prestasi mereka menurun begitu teruk, apakah mereka masih belum cergas sepenuhnya?

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. helmirizal

    pkns yang perak tewaskan pusingan pertama agak tempang, namun untuk pusingan kedua nie mereka dapat menurunkan hampir semua pemain utama disamping kehadiran budak ajaib negara iaitu nazmi faiz yang baru pulang dari portugal..pasti cabaran besar akan dilalui oleh perak malam esok

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. ihsan

    missing on the bus is hisyamuddin shaari and v thirumurugan because they still injury....that's mean, chanturu will play ......maybe, some different from perak tomorrow night

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. ihsan

    probable lineup

    Hadi Yahya - Paolo Rangel

    Rafiuddin - M Sivakumar - Shahrulnizam(c) - S Chanturu

    Khairi Kiman- Rafael Novais - Shahrom Kalam - Syazwan Roslan

    Farizal Marlias

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. YB

    Teman yakin 200% Perak akan mengayam2 kan team kelab ceroi macam PKNS neh, Perak kan setaraf Selangor jugak atau mungkin kita lebih power dari Selangor sebab hanya Perak satu2 nya team yg tak pernah turun Liga Perdana sejak liga semi pro dan pro bermula dulu.

    Mungkin berkat kecemerlangan Pengurusan Perak musim neh mampu memecahkan rekod sebagai management yang pertama menembusi Liga Premier!!! Perhh..nama pun best je dengor...PREMIER kome... dah dekat2 macam PREMIUM jugak. Apalah nak dibangga dengan Liga Super neh?.. teman dengor dah macam beras super yang kandungan hancornya 15% tu... jadi teman harap benor kita mampu cemerlang menuju Liga Premier!!!.. Perghh.. rasa meremang bulu tengkok nama PREMIER neh...hahaha.. apa kate kome?

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. eg

    Syidi, ate main pun dah macam budak sekolah. Nak kata ape lagi.

    Yb, baca perenggan pertama ayat mike tu, macam tak caya mike yg tulis. he..he..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Ater teman semangat neh yob kasi sokongan tak berbelah bahagi!!! PERAK PERAK PERAK PERAK PERAK!! (ehh..jap teman nak BERAK,sakit perut plak) ...

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.