Liga Super 2013 | Perak vs Selangor PKNS (result)

Astro Liga Super 2013

Jumaat, 12 April 2013
Stadium TLDM, Lumut
8:45 Malam

Perak 2 – 2 PKNS

Malam penuh drama. Perak sepatutnya menang 3 atau 4 gol apabila dua gol Paolo Rangel dikatakan Offside .

PKNS terlebih dahulu Di depan melalui gerakan yang dicipta oleh Nazmi Faiz Mansor untuk Patrick Ronaldinho Wleh memastikan pelawat di depan seawal minit ke 6.

Video dibawah

Selepas itu, Abdul Hadi Yahya menyamakan kedudukan di minit ke 26 hasil umpanan Shahrulnizam. Babak pertama ditamatkan dengan 1-1.

Separuh masa kedua, Perak mengasak kubu lawan dan hasilnya minit ke 54 Paolo Rangel meledakkan gol kedua tetapi offside. Dua minit berselang Paolo sekali lagi membuktikan yang beliau adalah penyerang Perak yang dicari-cari selama ini apabila beliau meletakkan Perak di depan 2-1 melalui satu rembatan daripada luar kotak penalti .Namun, akibat kelalaian , PKNS berjaya mengikat kedudukan 2-2 minit ke 76 melalui Ronaldinho Wleh.

Secara ringkasnya, kehadiran Paolo Rangel memang memberi kesan terhadap prestasi semasa Perak. Beliau tidak menunggu lama untuk buktikan ketajamannya cukup Pada penampilan sulungnya.

Selepas ini, Perak perlu menutup mulut pengkritik yang lantang menghentam prestasi buruk sebelum ini. Perak perlu konsisten dan memastikan tiada lagi keciciran Mata selepas ini.

Kedudukan Terkini Liga Super dan Jadual Perlawanan Seterusnya

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2013 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

13 thoughts on “Liga Super 2013 | Perak vs Selangor PKNS (result)

  1. Yapbadau

    Tak ape seri pun jadi la..asalkan ada mata..perak boleh menang sepatutnya tpi apakan daya refree jadi penhalang kemenangan perak...gol pertama tu mmg tak offside ,entah mcm mna pembantu pengadil tengok tak tahu la....lepas nih perak tak boleh tercicir mata lg...terus kan usaha YOB...kejor yob kejor..

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. helmirizal

    kemenangan seharusnya milik perak, namun gara-gara keputusan pengadil yang agak meragukan menyebabkan perak sekadar mengutip satu mata

    dua gol dari penyerang import baru kita dibatalkan oleh pengadil, jika dilihat dari video nyata gol tersebut adalah sah

    permulaan yang baik untuk pusingan kedua ini, diharapkan momentum ini dikekalkan untuk perak kekal di liga super 2014

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Mike pandai jek kate gol tu dedua tak offside, video tu pun anglenya senget mana nak tau betoi ke idak si Rangel tak offside. Lain ler kalau video tu letak selari dengan garisan terakhir linesman macam kat world cup tu ada moving camera. Hehehe, jangan pertikai benda tak pasti yob... moh kita pertikai camne gol tu bole masuk celah Rafael nun...ada gak buktinya. Okay?

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. YB

    Okay teman nak komen yang BETOI punya...harap COACH AZRAI dan MANAGEMENT PERAK amik perhatian!!! Mengkome bole tengok atas nun ada video dari Astro Arena. Bab gol Rangel yang offside tuh teman takmo nak komen lebih, teman bukan ada kat sana nak cerita betul ke idak masa tu, tak payah nak isukan sangat. Pengadil Malaysia ni kome tau le bukan semua betoi sangat, ada yang jujur, ada yang kaki rasuah jugak. Yang teman nak komen kalau kome semua peratikan kedua2 gol tersebut dijaringkan oleh Ronaldinho masa si Rafael dok IMPIT saje tapi tak bole pintas bola tu langsung. Akhirnya leboh masuk 2 gol tu team Perak naya je draw. Semua sedia maklum Rafael tuh badannya berat, mana nak kejor si Ronaldinho, so ngape takde orang yang laju nak marking Ronaldinho? Coach Azraai apa pendapat hang??

    Selalu teman peratikan dah beberapa kali kita bolos melalui KELEMBAPAN si Rafael nih. Jadi cadangan teman tolong bubuh orang lain kat BACK FOUR tuh coach. Rafael letak kat Defend Midfielder je senang, orang pun tinggi, bole intercept bola tinggi termasuk kutip second ball.

    Jangan sampai penghujung musim baru nak bertindak, benda camni bukan nak guna formula ROKET SAINS pun nak pikiorkan. Ada bukti, ada motif, ada tujuan, tak salah kita berubah untuk perbetulkan masalah dalam pasukan. Tak jadi jahanam pun team dengan letak Rafael tuh kat DM, lagipun team bukan tengah best benor nak stick to the old plan, memang dah nak jahanam pun.

    So please pertimbangkan idea bangang teman neh dalam team Perak, mana tau ada perubahan positif memandangkan idea mengkome dalam PAFA tuh bijak2 belaka sampai team best benor skang neh. Tolong buat ekperimen ye, tapi jangan jadi Rajagobal plak ekspirimen tak habih2... naya kome..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. helmirizal

      ada benar juga pendapat YB..rafael di letakkan di DM macam yang k nanthakumar dulu...pertahanan tengah letak shahrom kalam dengan hisyamudin

      sivakumar dan yoganathan boleh dicuba membantu serangan untuk ganti shahrulnizam

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. Ipohman

    Semoga pasukan Perak terus dan terus serta berterusan memberi harapan dan impian kepada peminatnya ibarat tajuk lagu "mimpi yang tak sudah". Apa harapan dan impian itu? Pikio le sendiri sambil berdiri

    Likes(0)Dislikes(0)
        1. YB

          Idea yg mana satu? Idea bangang teman tu ke pasal rafael? Rentikan ler yob, bior lantak deme, bkn makan saman pon kalau kita tegor, deme ada perancangan deme dlm team perak nun. Sangatlah sohor idea deme2 tu sampai team jadi cam skang neh... yang penting kita dah ulas apa yg patut...teman sape yob nak cite pasal strategi game, kalau nak tau sape suka setting game teman pandai ler....

          Likes(0)Dislikes(0)
  5. ihsan

    ye yb.. ... senang lenang je , ronaldinho tu dpt lepas.......dua gol silly mistake..mcm rafa dan player lain terpempan dan terpegun nengok nazmi hantor bola ........hehe

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. cer7

    player lain terpempan melihat nazmi yg tampan.. next season main liga perdana la pulak weii...baru syiokkkk!!! cer tgk peghelih dgn penang..bahgie je deme disane..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.