Liga Super 2013 | Perak Darul Ridzuan vs Johor Darul Takzim (result)

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 27 April 2013
Stadium TLDM, Lumut
8:45 Malam

Perak 3 – 0 Johor DT

Superb Paolo Rangel !!! 3 gol di Lumut membuktikan yang beliau kini layak disanjung sebagai wira seladang.

Semalam secara keseluruhannya para pemain mempamerkan aksi bertenaga hasil perubahan taktikal yang agak drastik oleh Mohd Azraai Khor. Paolo Rangel tidak menunggu lama untuk meletakkan Perak di depan pada minit ke 12 apabila bijak memintas Al Hafiz Hamzah untuk menanduk masuk gol pertama Perak.

VIDEO DI BAWAH

Babak pertama cukup menghiburkan dengan Perak dihidangkan beberapa peluang antaranya hantaran lintang S Chanturu yang masuk menggantikan R Surendren yang terpaksa dikeluarkan.

Babak kedua, Darul Takzim FC cuba untuk mencari gol penyamaan namun mereka dilihat sukar kerana Perak berjaya mendominasi bahagian tengah hasil gandingan 3 serangkai Sharulnizam Mustafa, Nasir Basiruddin dan M Sivakumar.

Diminit ke 66, Abdul Hadi Yahya menebus kegagalan beliau sebelum itu meledakkan gol ketika hanya berdepan dengan Al Hafiz dengan bijak melorongkan bola melepasi pertahanan lawan untuk Paolo Rangel mengukuhkan penguasaan Perak 2-0.

Selepas itu, ketika Darul Takzim FC dilihat terdesak memburu jaringan, Perak mula memperlahankan rentak permainan dan minit ke 88 Rangel melengkapkan kemenangan bergaya Perak serta hattrik pertamanya dalam penampilan ketiga beliau setelah menyambut baik hantaran jauh dan bijak melepasi pertahanan lawan sekali gus memaksa Pihak lawan pulang hampa ke Johor.

Sememangnya peningkatan sebegini yang diinginkan. Sharulnizam Mustafa yang sebelum ini dikritik hebat dilihat mula mempamerkan peningkatan positif yang diharap berterusan. Posisi pemain-pemain yang divariasikan terutama bahagian tengah berjaya mengekang Pihak lawan mengatur gerak sekali gus menggagalkan Safiq Rahim dan rakan-rakannya mencatur pergerakan berkesan mencari jaringan.

Selepas ini, Perak bakal bertandang ke Petaling Jaya untuk pertarungan seterusnya menentang Felda United yang dilihat pasukan yang sesuai untuk membina keyakinan untUK memastikan konsistensi dalam setiap perlawanan selepas ini.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2013 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

22 thoughts on “Liga Super 2013 | Perak Darul Ridzuan vs Johor Darul Takzim (result)

  1. YB

    Kah kah kah..gitulah terbahak2 para bookie ketawa bila game abis manakala pembida semua tepuk dahi..deme jangka ke Perak bole menang sampai 3 bijik? Hahaha, tengok post teman pada tajuk artikel preview sebelum neh. Jangan happy beno mengkome, PERMAINAN baru aje bermula..hohoho. Apapun tahniah ler menang bergaya walaupun teman dah jangka apa kesudahannya.

    PS: Admin Syidi... Itu Paolo Rangel daa bukan Poalo Rengal.. hihihi

    Likes(0)Dislikes(0)
      1. YB

        samseng tab punya auto text sesuai untuk english tapi kalau malay mula la huru hara, teman off je senang auto text tu takde pening pala. Hikhikhik

        Likes(0)Dislikes(0)
  2. manz

    Johor Darul Takzim ---> Jatuh Ditimpa Tangga / Johaor Dapat Tiga..
    puashati betol dapat troll balik fan2 JDT yg sblom ni memperkecilkan kemampuan pasukan Perak siap ada yang target JDT bakal menang besor tapi last2 deme yang kalah besor hehe..
    kabornya lepas habis game penyokong JDT kena kepung dengan penyokong Perak,pastu bising cakap kat FB penyokong2 Perak tak bertamadun,teman rasa penyokong deme sendiri yang ada problem sebab bukan dengan perak je penyokong deme kena kepung time dekat kelantan dulu pon penyokong2 deme kena kepung jugak

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Yapbadau

    R Surendren msuk ke x smlm?tngok line up perak smlm dia ada???apa apa pun tahniah perak..kejor yob kejor..

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi Post author

    Tak kiralah apa juga komen Perak main cukup baik semalam . Arul mungkin ditarbi teruk oleh coach dan bermain dengan baik menghidupkan jentera tengah dan memang ada kelainan apabila dia bermain banyak Di bahagian kanan.

    Nasir dan Sivakumar pula banyak mencuri bola serta bertindak sebagai penyekat gerakan jentera tengah JDT.

    Sebenarnya, Perak perlu lebih bijak membaca corak permainan lawan untuk memudahkan pemain2 menyerap segala perancangan lawan. Perlu diingat, setiap lawan mempunyai corak permainan yang berbeza. Ini bermakna Perak perlu memiliki pelbagai corak untuk menghadapi setiap lawan.

    Jika Perak rehearsing perkara yg sama dalam Semua perlawanan memang Tak ke mana la, sekali ini je la kita menang .

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. Ipohman

    Teman gembira diketika ini dgn kptusan yg terukir. Namun, ni keputusan sblm PRU. Kptsn selepas PRU nnt yg teman riso dgn team bola kte ni. Renung2kn. Apepn tahniah kpd pmain yg btungkus lumus di pdg serta semua yg menyumbang kpd kemenangan ini. Teman sbg peminat yg membeso mengenali slogan kejor yop kejor berharap kptsn yg menggembirakan ini diteruskn. Jgn biarkan kita hanyut dibuai "mimpi yang tak sudah".

    Sinar harapan menyala impian,
    Terjaga dari tidur yang lena,
    Rentak kemenangan harap diteruskan,
    Terus berjuang hingga juara... (bole ke agaknye?)

    Kejor yop kejor...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Ater apa kena mengena pulak sebelum dan selepas PRU neh? Adakah sebelum PRU jadi cemerlang dan lepas PRU jadi malap? Memang skang team tengah nazak pun!!!, menang sekali dgn Johor DT bukan bermakna kita akan menjuarai Liga Super 2013 neh. Saje nak peringat kome semua tak payah nak respek bebenor team mee segera macam Johor DT ni, sejarah keunggulan deme udah lama leboh dulu.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. Ipohman

        Tu yg teman ajak kte renung2kn nnt. Teman senyum je skrg ni dgn kptsn yg ade tp bharap dlm hati bio le terus senyum memanjang sbb wlupn team nazak skalipn bkn bmakna takde harapan lgsg. Teman sygkn pasukan kte dan teman taknk tgk pasukan kte ni musnah dlm kancah bayangan unsur2 yang tak sepatutnye. To the management team squad, i'll be watching u with all the fans out there. Do ur work well for the sake of the team

        Likes(0)Dislikes(0)
  6. helmirizal

    tahniah perak..aksi terakhir di stadium tldm ditutup dengan kemenangan yang amat bermakna...persembahan baik dari pemain dan diharapkan kebangkitan ini akan diteruskan untuk baki perlawanan nanti

    poulo rangel anda adalah penyerang yang kami nantikan....teruskan menjaringkan gol.....

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Tapi Paula Abdul..ehh.. Paolo Rangel yg mike suka beno tu tak tahan main petang time panas bedentang... tapi yg lebih pelik local player pon ikut lembik sama...hahaha

      Likes(0)Dislikes(0)
  7. malayneum

    kite same2 doakan moge2 perak cemerlang lps ni...jgn sekali menang lps tu malap..jgn lupa,roda sentiasa berpusing..kejap kat ateh,kejap kat bawah...harapan pada coach n pemain..jgn dibuai mimpi indah ngn kemenangan tempoh hari...byk lagi ranjau nk lalu ni..

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. helmirizal

    pemain yang jarang diturunkan seperti mohd nor hazrul dan nasir basharuddin telah mempamerkan aksi yang baik disamping pertahanan tengah dari skuad presiden iaitu syamil yang dapat mengawal pertahanan dengan baik

    coach azrai mempunyai banyak pilihan selepas ini..pertukaran pemain perlu dibuat pada setiap game untuk mengekalkan momentum prestasi pemain tersebut..teruskan usaha!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. saidin

    aku gembira sebab Perak berjaya menumbangkan pasukan bertaraf skuad kebangsaan...malah kemenangan ini yang bermakna untuk kenangan dstadium Lumut dimana pembukaan dengan kemenangan jaringan sendiri oleh pasukan T-team 1-0 dan penutup dengan JDT palsu 3-0.

    Namun agak mengecewakan corak permainan tetap hambar..tiada idea,tiada kata sepakat antara satu sama lain,masih gagal melakukan hantaran yang kurang kemas serta pergerakan di jentera tengah masih kekal seperti keanak anakkan.

    Untuk bahagian pertahanan tiada apa apa komentar,kerana dari awal saingan sehingga ke kali ini pasukan memiliki ramai pemain pertahanan yang agak berkaliber.
    Next game Azraai Khor perlu melakukan percaturan untuk pemain dibahagian tengah,gandingkan Sivakumar dan Norhakim Isa,pemain muda Norhakim bermain ala ala Nazmi dan memiliki idea yang menarik untuk melakukan gerakan gerakan.Shahrulnizam perlu direhatkan kerana mungkin faktor usia atau faktor tidak memiliki sikap agresif untuk mengawal bahagian tengah.

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. syahir

    Syabas.syabas.syabas..tggu next gamd plak cmne.kelangit ke,kelaut...defent kene training lebih lg,.blh sakit jantung teman dibuatnye lwn jdt aritu..jgn simpan player yg ade potensi.mcm rafiudin,norhazrul,failee,nnti jd mendap..

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. syahir

    Mujur la ada live kt tb1 aritu,dpt mengubat luka nk tgk perak main..tp yg peliknye apekehenye tunjuk halftime.???mungkin rtm silap stadium,g stadium ipoh.haha..pe2 tq rtm tunjuk live..nnti rajin2 ler turun stadium ipoh wt live...lampu dh cerah,mcm stadiu piala dunia brazil.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      ape susah, mike tunggu je dia Abih training , rasanye dah training kt stadium, Ajak dia ngeteh. jgn lupe tapau milo ais kat Teman Haha .

      Likes(0)Dislikes(0)
  12. helmirizal

    harap lepas tewaskan pasukan tiruan johor to semangat pasukan meningkat tinggi.....pasti perak akan lebih dihormati lepas nie selepas berjaya menumbangkan harimau tiruan di lumut tempoh ari...teruskan kemenangan perak

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      mike neh baru menang sekali dgn johor dt udah mike ngate nama deme macam tu, mana tak tuhan bagi bala kat team perak memanjang byk masalah udah penyokong pon koje nak mengutuk saje asey menang. Kita belum menang liga super lagi yob...usah ingker benor.. karang kalah terjelepok dgn team corot berbakul2 mana nak letak muke??? Ini semua baru PERMULAAN, ada lagi episod yg kome belum tgk akan dtg neh.... (nak ngutuk skit2 dlm shoutbox ler jgn sini, ishh mike pon)

      Likes(0)Dislikes(0)
  13. ihsan

    betoi yb..lagi pun bukan ke kita tahu, perak kan bukan team gergasi.... lain ler team-team yang di atas kita tu..deme semua team gergasi....

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.