Liga Super 2013 | Perak Darul Ridzuan vs Johor Darul Takzim (preview)

Astro Liga Super 2013

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 27 April 2013
8.45 malam
Stadium TLDM, Lumut

Pelbagai reaksi selepas dua aksi terakhir Perak yang menyaksikan Perak gagal mengutip Mata penuh dikala harapan tinggi diletakkan untuk melihat kebangkitan selepas kehadiran penyerang baharu Perak.

Ini ditambah lagi dengan kecederaan beberapa pemain utama. Selepas tewas di Kuala Terengganu jelas Azraai Khor kecewa dengan persembahan anak didiknya. Lantaran itu, admin meramalkan akan ada rombakan besar-besaran ketika melayan kunjungan Darul TakzimFC sabtu nanti.

Skuad kendalian Fandi Ahmad yang dirundung pelbagai masalah sebelum ini dilihat berjaya bangkit dan kembali ke laluan yang sepatutnya mencipta kejuaraan musim ini.

Kehadiran penyerang baharu mereka Nunez mampu mengucar ngacirkan pertahanan Perak dengan keupayaan melakukan rembatan dari jarak jauh. Biarpun dilihat kurang cergas untuk diturunkan namun kemahiran individunya menjadi senjata utama untuk mengecewakan Perak.

Perak perlu membuat perubahan drastik Di bahagian tengah dengan mencuba muka baharu yang lebih pantas dan muda. Norhakim Isa dilihat calon yang sesuai untuk menggantikan Ketua Pasukan Sharulnizam Mustafa yang memerlukan rehat untuk mengembalikan semangat dan sentuhan berbisanya. Terpulang kepada Azraai Khor untuk membuat perubahan asalkan di bahagian tengah dirombak bagi memastikan jentera utama pasukan hidup dan divariasikan dengan pelbagai corak.

Jika bahagian tengah gagal, bermakna barisan juga turut buntu dan hilang keyakinan untuk menjaringkan gol biarpun peluang terhidang Di depan mata . Rekod bertemu dengan Darul TakzimFC sebelum ini menyaksikan kita mampu bersaing dan memiliki keupayaan yang setanding dengan mereka. Biarpun tewas di Larkin ketika itu, namun reaksi penyokong cukup positif dan berpuashati dengan persembahan bertenaga Perak.

Darul TakzimFC mampu ditewaskan. Kuasai bahagian tengah Dan kita mampu menang dalam perlawanan nanti. Fokus 120% lupakan aksi terburuk lalu, bermain tanpa tekanan tumpukan strategi asas permainan yang diterapkan oleh Jurulatih. Percayalah, Perak mampu atasi Darul TakzimFC.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2013 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

19 thoughts on “Liga Super 2013 | Perak Darul Ridzuan vs Johor Darul Takzim (preview)

  1. helmirizal

    perubahan di bahagian tengah dan pertahanan harus dilakukan pada perlawanan menentang JDT nanti

    perak harus menang perlawanan tersebut untuk menghidupkan peluang kekal di liga super 2014

    perlawanan terakhir perak di lumut kerana perak akan kembali ke stadium keramat di ipoh selepas ini

    ramalan teman perak 2-0 JDT

    barisan kemungkinan

    khairul amri
    nor hazrul
    sivakumar
    hishamudin
    rafael
    yoganathan
    chanturu
    r surendran
    rafiudin
    failee
    poulo rangel

    oh perak ku bangun dan berjuanglah!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi Post author

    Salam ion positif kepada sahabat ion negative . hehe. (gelak). Teringin nak ke Lumut tapi baru je balik dari pantai remis (kg Teman, Moh le rumah) . Harapan masih ada. Harapan untuk menang. Kembali kan rhythm lenggok permainan mantap seperti Di awal musim. Ada gerakan menarik bukan setakat crossing je, tapi penetration dari segenap sudut kubu lawan.

    Paling penting, finishing . Wajib on target . Mana tau itu adalah satu2nya peluang yang ada, manfaatkan dengan GOLLL!!!!!. Fokus fokus Dan Fokus, jgn sibuk dgn gaya, sibuk awek usha , abaikan, bygkn Tak de org nengok. Kalau Kalah mungkin akan sunyi stadium Lepas ni. Kalau menang, next game penuh stadium ipoh. sekarang pun dah penuh, penuh dengan tanda tanya sebelum ini, mujur lagi ni last game ever kat Lumut.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syahir

    Harap bebeno la coach azrai dpt rombak keseblasan utama team perak..bak kate pepatah,buang yang keruh,ambik yg jernih@yg senang paham la,kita TUKOR player yg takde kualiti..bebudak piala presiden lg main bagus..ptg td teman tgk ulangan sime darby vs johor..ade 4-5 org x-player yg main dgn perak thn lepas..depe main lg bagus dr 4-5 org player yg perak ambk tahun ni..rugi benor rasenye..mungkin pengurusan nk kejor bintang2,drpd nk kejor kemenangan..tp xpe coach azrai blh corak game tuk pusingan kedua ni..harap2 ade sinar dan hala tu perak lps ni.blh mendaki smpai ke puncak liga,amin..klu x blh daki,thn dpn dpt la teman g stadium batu kawan penang dkt je ngan rumah teman,nengok penang vs perak dlm liga premier..haha...dulu kini dan slamenye teman nyokong perak..tak kira jatuh dan bangkit..

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. YB

    menurut kata nujum al bookie perkiraan dia gini... Kalau satu2 team tu bole menang,draw atau kalah tipis ditempat lawan, kemungkinan untuk dia kalah ditempat sendiri adalah sangat tinggi. Kebarangkalian lebih dari 2 gol adalah sesuatu yang tidak mustahil.

    So balik pada team Perak, lawan JDT di Larkin aritu tewas tipis sebijik so harapan para pembida judi akan menjadi Perak mampu menang tipis atau paling tidak draw di home ground. Kalau semua game pattern dia gini dan tiada campur tangan bookie pada para pemain jawabnya JAHANAM ler bookie nak PAYOUT betting. Keputusan mustilah sesuatu yg tidak atau sukar dijangka oleh pembida. Cuba kome tengok result2 game kat liga m neh camne, byk keputusan pelik2. Contoh team A menang besar sampai 4 bijik tempat lawan tapi main kat tempat sendiri bole draw... nampak tak settingnya camne? Sebab secara majoriti pembida akan betting jumlah gol yg lebih besar di home setepah menang besar di away. Tapi bila keputusan jadi terbalik yg rugi pembida dan yg tersenyum adalah bookie.

    So senarai prediction teman ialah:

    Perak vs Johor DT
    0-1, 0-2, 0-3, 1-2, 1-3,

    Perak kalu menang pon lebih dari 3 gol maybe sampai 4,5 gol atau paling lekeh draw 0-0.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. syidi Post author

    Tu la Kalau dah start berjudi. Kalau Tak pernah terlibat Tak pa once dah pernah ambik bookie akan rantai tengkuk kau . Bila dah dirantai tengkuk nak keluar dari kepompong bookie cukup susah.

    Lagi pulak kita mampu bercakap, tindakan atau report seolah2 useless . Bukti Tak dak. Report pun tk guna . So, ?

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. helmirizal

    dah ketua bookienya org dlm FAM to jugak...mana layannya report....huhuhuhu

    pusat perjudian bola sepak adalah di MALAYSIA....malu wei malu

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. YB

    pandai pon kome..kalu idak takkan berani pegawai fifa kate malaysia adalah HUB Judi bolasepak asia tenggara. Dan yg peliknya singapore yg judi halal tu bole plak asik buat tangkapan pada penerima rasuah bolasepak termasuk salah seorang referee malaysia yg terkantoi. Tapi kita bukan takde tangkapan... ada kes N9 nun yg kena bebudak Presiden walhal ramai fan sana cakap senior lagi teruk tak perform...main macam takmo skor je... dah jadi barah rasuah bolasepak ni, teman doakan deme player yang ngambik duit haram tu elok mampuih dilanggor lori ke taw terojon gaung. Menyusahkan penyokong dtg tengok kome main tapi mengkome jual game... gampang!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. syahir

    HAHA..dengar cite player ngan coach perak nk g mandi bunga malam ni..malam jumaat lg afdal..nk perasap smua,bg hilang smua bale..smua equipment nk main sbtu ni kasut,glove,bola,tiang gol,tiang lmpu pn deme bwk g berasap..nk bg menang sbtu ni..deme g kt gua tempurung..harap2 player yg tepis bola x kene,tendang bola ikut lubang pusat,lari mcm dugong,passing bola merapu smua ni dpt di bedong...haha..perlawanan yg dinantikan sabtu ni.harap ade live,teman x ot sabtu ni..nk tengok kemenangan perak sbtu ni.

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. helmirizal

    diharapkan skuad senior akan mencontohi skuad presiden membelasah ATM 6-0.....tiada yang mustahil asalkan kita bermain dengan semangat untuk menang dan suci hati

    ayuhh anak perak......bunuh mangsamu pahlawanku!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. Jasbisa

    setuju dgn syidi. Rehatkan Arul, bagi Norhakim Isa dan Sivakumar kemudi bahagian tengah. Wing ada Chanturu dan Rafiuddin. Depan ada Rangel dan Hadi. Defend diketuai Rafael.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Berjiran betui le..kampung Teman kg permatang raja, tanah tumpah darahku. SK Sungai Tinggi sekolah pertamaku.

      Balik kampung nanti bleh pekena roti canai sambil borak kat sg kerang bro.

      Likes(0)Dislikes(0)
  11. eg

    Dengor khabor malam ni ada live di tv1. Apa kata kita pakat ramai-ramai duduk depan tv sambil pegang pen dan kertas. Sebab apa?. Sebab kita nak analisa game malam ni. Dari segi permainan, sampai lah ke performance setiap player yg diturunkan. Contoh: dr segi hantaran, fitness, kawalan bola dan lain-lain. Apa kata admin. Kalau kalah malam ni, aku rasa mau berasap komputer ngan bontot player. Hikk... hikk...hikk..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      cantik idea mike tu yop, pekata kita sesama monitor game play deme malam neh, teman akan monitor fully pada semua player khusus untuk menilai tahap kejujuran deme. Dalam kate lain BIO MAIN TAK PANDAI ASEY JUJUR dari yang rasa superstar sangat tapi JUAL GAME!!!

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.