Liga Super 2013 | Lions XII vs Perak (result)

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 6 April 2013
Stadium Jalan Besar
7:45 Malam

Lions XII 2 – 1 Perak 

Perak gagal mengekalkan rentak kemenangan di laman lawan apabila tewas 2-1 di Jalan Besar .

Lions XII menceriakan penyokong nya melalui Shahril Ishak di minit ke 8. Selepas itu, Perak sekali sekala melakukan serangan melalui kombinasi Yong Kuong Yong, Abdul Hadi Yahya dan Rafiuddin Roddin. Namun semuanya buntu.

Dihujung babak pertama Perak Cuba meningkatkan mutu serangan dengan memasukkan Mohd Failee Ghazli menggantikan Yong Kuong Yong .

Babak kedua, masih sama skrip seperti sebelumya. Cuma Di minit ke 59 Tuan Rumah menggandakan jaringan 2-0 untuk mengukuhkan kedudukan mereka.

Gol saguhati Perak akhirnya muncul di hujung permainan Di minit ke 90+ melalui M Sivakumar. Tamat permainan Lions XII 2 Perak 1.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2013 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

5 thoughts on “Liga Super 2013 | Lions XII vs Perak (result)

  1. iqrame

    aku rasa faktor keadaan padang yg menyebabkan perak kalah........ ahak ahak ahak...... main macam budak sekolah........

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Jangan bagi alasan padang yob. Masa lawan PKNS pun macam budak, malah ada ketika tu Mmg lost giler. Kita kenangan terima hakikat yang Perak memang teruk 2013.

      Malas nak komen lebih2.

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. YB

    Ishhh kome2 neh reti ke tidak tengok bola? Itulah permainan terbaek Perak musim neh. Nampaknya coach berjaya menyusun gerak dan strategi berkesan utk mengelak kalah yg lebih besor. Bayangkan main kat Singapore tu... Perak takde luck je nak skor pastu gol lawan pun nasib2 je masuk bukan pasal deme kuat pun.

    Gol awal dr lawan teman dah jangka sebab Perak lambat panas, hero hindustan kan.. memang gitu, bukan kome tak paham stail Perak camne dari dulu gitu. Gol dari Siva tu mantap giler, mmg world class woo.. Walaupun kalah teman tetap bangga sebab bukan senang nak skor kat Stadium Jalan Besar tu. Alangkan Malaysia pun biasa kalah dgn Singapore kat situ apalah sangat Perak neh. Teruskan usaha mu Perak!!!.. Game neh bkn penting sgt, kita target next frendly nanti untuk BANGKIT semula. Perak pasti akan BANGKIT!!!!.. Hidup PERAK FA.. Hidup PAFA!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. helmirizal

    pusingan pertama ditutup dengan aksi kekalahan..diharapkan pusingan kedua nanti perak akan bangkit dengan kejayaan

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.