Liga Super 2013 | Lions XII Vs Perak (preview)

Astro Liga Super 2013

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 6 April 2013
8.45 malam
Stadium Jalan Besar, Singapura

Selepas 3 mata di Shah Alam minggu lalu, misi seterusnya adalah di sebarang Tambak Johor iaitu Singapura Lion XII.

Lions XII merupakan pasukan yang seimbang disemua posisi dan setakat ini mereka berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 5 perlawanan terakhir mereka. Daripada 10 perlawanan mereka hanya tewas 2 kali iaitu tewas kepada T-Team dan PKNS. Selebihnya seri 2 kali dan menang dalam 6 perlawanan dan kini menghuni tangga teratas liga dengan 20 mata.

Lions XII seolah-olah memberi amaran awal kepada pasukan-pasukan lain sejak awal lagi apabila mereka menewaskan ATM dalam perlawanan pertama dan Selangor diperlawanan kedua.Mereka juga berjaya mengikat Darul Takzim FC selain berjaya menundukkan The Red Warriors 9 Mac 2013 lalu.

Selepas 10 perlawanan, mereka berjaya menjaringkan 11 gol dan hanya 5 bolos. Ini memberi gambaran bahawa mereka amat berbisa di dalam setiap perlawanan dibantu barisan pertahanan yang cukup ampuh mengekang asakan lawan.

17 muka baharu dalam pasukan Lions XII seolah-olah tonik berkesan untuk mereka terus mengekalkan momentum kemenangan dengan keserasian yang dipamerkan bakal menyukarkan barisan Azraai Khor untuk mencuri sekurang-kurangnya 1 mata di Jalan Besar Sabtu nanti.

Bagi Perak, kekebalan pertahanan bukan lagi kelebihan kerana setakat ini, Perak sudah melepaskan 10 gol selepas 10 perlawanan menggambarkan betapa peri sukarnya untuk mengekang asakan lawan ditambah pula beraksi di atas permukaan rumput tiruan yang agak menyukarkan.

Jika musim lalu, Michal Kubala berjaya menjaringkan satu gol di Jalan Besar ketika Perak tewas 1-2, musim ini ianya mungkin bakal mencatatkan sejarah untuk pemain import baharu Perak merintis legasi menjadi lagenda Perak seterusnya. Kehadiran Paolo Rangel semestinya dinantikan dengan penuh harapan. Harapan yang menggunung untuk menamatkan kemarau jaringan yang menimpa Perak sejak awal musim lagi.

Kesilapan lampau jadikan pengajaran. Aksi bertemu PKNS tempohari boleh dikatakan bukan yang terbaik oleh Azraai Khor. Beliau dan pemain-pemain harus membuktikan kata-katanya itu bukan sekadar omongan. Buktikan di Jalan Besar bahawa Perak sudah bangkit!

Kedudukan Terkini Liga Dan Jadual Perlawanan lain.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2013 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

5 thoughts on “Liga Super 2013 | Lions XII Vs Perak (preview)

  1. Yapbadau

    Insyaallah boleh menang,dengan kesungguhhan semua pemain dan pemain tidak banyak melakukan kesilapan mungkin kemenangan milik Perak FA...kejor yob kejor...

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi Post author

    Jika dilihat, Perak hanya perlu tingkatkan keyakinan diri Dan kesungguhan. Macam aksi dgn Selangor Dan Johor. Org selalu pertikai, perak Kalau main dengan team kuat mesti main ok, kenapa? Sebab nya satu. Terlalu Ikut rentak lawan. Lawan lembab, kita lembab, lawan main laju tersusun baru nk susun ...so, apa maknanya tu? Maknanya belum ada identiti ..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. helmirizal

    bermain di atas padang tiruan..satu lagi ujian untuk pemain perak...kawalan bola dan hantaran yang baik diperlukan pada perlawanan ini..permainan pasti berlaku dalam keadaan pantas disebabkan faktor padang...diharapkan perak akan bermain berhabis-habisan untuk mengutip mata pada perlawanan itu nanti

    gud luck perak!!!!

    perlawanan kalo tak silap teman 7.45mlm bkn 8.45mlm

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. YB

    Kate nujom pak belangkas Perak menang beso game neh, ada taktikal baru dari coach untuk team. Rasanya tak terbuat Lion XI nak fight Perak kali neh, sebab perak kalau lwn team power deme akan 2x lebih power dari power rangers... itu belum masuk separuh masa kedua mesti coach keluarkan taktikal kesatria bajang hitam. Player2 plak memang tengah form skang neh...perghhh..jadi lauk la team Lion esok neh.. Peh peh peh... terbaeklah Perak!!!

    Prediction teman: Lion 1 - 3 Perak ( lion skor dulu awal first half pastu Perak balon 3 bijik second half) ;-)

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.