Monthly Archives: April 2013

Liga Super 2013 | Perak Darul Ridzuan vs Johor Darul Takzim (result)

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 27 April 2013
Stadium TLDM, Lumut
8:45 Malam

Perak 3 – 0 Johor DT

Superb Paolo Rangel !!! 3 gol di Lumut membuktikan yang beliau kini layak disanjung sebagai wira seladang.

Semalam secara keseluruhannya para pemain mempamerkan aksi bertenaga hasil perubahan taktikal yang agak drastik oleh Mohd Azraai Khor. Paolo Rangel tidak menunggu lama untuk meletakkan Perak di depan pada minit ke 12 apabila bijak memintas Al Hafiz Hamzah untuk menanduk masuk gol pertama Perak.

VIDEO DI BAWAH
Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super 2013 | Perak Darul Ridzuan vs Johor Darul Takzim (preview)

Astro Liga Super 2013

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 27 April 2013
8.45 malam
Stadium TLDM, Lumut

Pelbagai reaksi selepas dua aksi terakhir Perak yang menyaksikan Perak gagal mengutip Mata penuh dikala harapan tinggi diletakkan untuk melihat kebangkitan selepas kehadiran penyerang baharu Perak.

Ini ditambah lagi dengan kecederaan beberapa pemain utama. Selepas tewas di Kuala Terengganu jelas Azraai Khor kecewa dengan persembahan anak didiknya. Lantaran itu, admin meramalkan akan ada rombakan besar-besaran ketika melayan kunjungan Darul TakzimFC sabtu nanti.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super 2013 | T-Team vs Perak (result)

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 20 April 2013
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
4:45 Petang

T-Team 2 – 0 Perak 

Kunjungan sia-sia ke Kuala Terengganu. Memetik kata Azraai Khor, ‘ cuaca panas mungkin cabaran ‘. Itulah lebih kurang kata-kata Jurulatih Perak. Mungkin selama ini mereka berlatih setiap malam untuk semua perlawanan. Mungkin sejak mula bermain BOLASEPAK pemain-pemain Perak bermain malam dari sekolah rendah lagi.

Alasan tetap alasan . Kalah tetap kalah . Prestasi yoyo sebegini amat merisaukan. T-Team bukanlah lawan yang hebat. Mereka mungkin memiliki semangat yang tiada Pada Perak untuk untuk MENANG.

VIDEO DI BAWAH

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super 2013 | T-Team vs Perak (preview)

Astro Liga Super 2013

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 20 April 2013
4.45 Petang
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin

Perak sekali lagi bakal ke Kuala Terengganu untuk membuat perhitungan dengan sebuah lagi pasukan PBSNT iaitu T-Team. Pasukan ini dilihat sedang bergelut dengan masalah Jurulatih nya Peter James Butler yang kini direhatkan.

Biarpun apa yang berlaku Perak wajib pulang dengan 3 mata. Berdasarkan rekod semasa, T-Team hanya menang 2 Kali daripada 12 perlawanan. Mereka berjaya mengejutkan Lions XII 1-0 dan Kelantan juga dengan jaringan yang sama.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)