Liga Super 2013 | Selangor PKNS vs Perak ( result)

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 30 Mac 2013
Stadium Shah Alam, Selangor
8:45 Malam

PKNS 0 – 1 Perak 

Perak bermula agak baik pada awal Babak pertama. Namun selepas itu Perak banyak bergerak mengikut bola berbanding merencana pergerakan. Kelemahan paling ketara adalah Di bahagian tengah yang kurang kreatif untuk mencipta gerakan ke muka gol lawan.

PKNS pula banyak membantu memelihara semangat Perak apabila mereka gagal menyempurnakan peluang untuk merentap semangat Sang Seladang.

Babak kedua Perak meneruskan penguasaan bola Dan ada sinar terpancar untuk Perak menghasilkan gol, biarpun di hujung babak pertama ada peluang yang terhidang.

Akhirnya, Mohd Rafiuddin Roddin membuktikan ketajamannya setelah dibawa masuk Di babak kedua dengan menyudahkan dengan sempurna peluang Di minit ke 75.

Secara keseluruhan terlalu banyak kelemahan Perak terutama masalah individu yang agak kurangnya fokus ketika menghantar,menerima Dan mengawal bola. Keadaan ini memberi kesan kepada semangat sepasukan yang menjejaskan prestasi Di semua posisi.

Ini Bukan aksi terbaik Perak. Perkara ini perlu di pertingkatkan untuk bertemu Lion XII selepas ini Di Jalan Besar.

Kesebelasan Utama :

Farizal Marlias (GK)
Shahrom Kalam
Hisyamuddin Shaari
Rafael De Souza
Khairi Kiman
Syazwan Roslan
Sharulnizam Mustafa (KP)
S Sivakumar
Mohd Nazri Kamal
Yong Kuan Yoong
Abdul Hadi Yahya

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2013 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

4 thoughts on “Liga Super 2013 | Selangor PKNS vs Perak ( result)

  1. syidi Post author

    Salam. Secara keseluruhannya Teman agak terkejut dengan aksi Perak yang agak lemah daripada segenap aspek. Paling Kecewa adalah aksi Sharulnizam yang dengan mudah melepaskan bola Di kaki dikala bola dalam kawalan yang dicuri daripada belakang.

    PKNS main secara robust untuk menekan Perak dan mereka dilihat berjaya Di separuh masa. Bahagian tengah Perak mudah terikut2 rentak lawan, mujur PKNS pun reput jugak. jika tidak, kita mungkin diikat atau kalah.

    Teman bukanlah pandai sangat tapi corak permainan Perak nampak kabur Dan lembab. Lambat bertindak dab babak kedua baru nampak laju sikit. Paling Teman Tak suka bila bola hilang dikaki akibat 1st touch yang ke laut. Ini level berprestij bolasepak Malaysia sepatutnya perkara asas perlu perfect all the time, komited dengan permainan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. YB

    Ishh mike neh syidi, taktau ke game perak tahun neh antara yg terbaik sepanjang zaman, dgn barisan pemain2 muda dan bajet ciput kira OK lah prestasi gini. Kualiti yg ditunjukkan oleh Shahrulnizam tu mmg world class!!! tahap sesuai sgt mewakili barisan utama di Barcalona sebagai Budak Milo.

    Lagipun syidi smlm bkn game sebenar Perak kan? Itu hanyalah perlawanan memanaskan badan je. Barisan Perak akan beraksi padu pada perlawanan yg penting dlm Liga Super Frendly Match 2013. Mungkin mike terlepas pandang pd game2 Liga Super Frendly yg lepas Perak mudah membenam Kedah. Kita tak perlu bermatian2 utk game Liga Super,Piala FA dan Piala Malaysia yg akan dtg neh. Semua tu gam pemanas badan je...yg penting LIGA SUPER FRENDLY!!!!.

    Jadi teman harap penyokong jgn cepat melatah dgn prestasi Perak di liga super malaysia neh, semua tu tak penting...yg mustahak Liga Super Frendly!!!! KEJOR YOB KEJOR, TAPI JANGAN SKOR.. ITU SLOGAN KAMI.. PERAK SUDAH MARI!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. saidin

    Bagi aku prestasi Pasukan Perak musim 2011 - 2013 dibawah bimbingan Cikgu Jan dan Coach terbaik Malaysia Azraai Khor adalah yang terburuk sepanjang zaman.Ambillah Unai Emery(jurulatih valencia) sekalipun untuk menjadi jurulatih pasukan belum tentu pasukan Perak akan menjadi pasukan yang kuat dan berkualiti seandainya pihak pengurusan sahaja yang menentukan 25 pemain untuk menyarung jersi skuad.

    Tidak keterlaluan untuk diperkatakan malangnya hidup Azraai Khor ke Perak diatas kebijaksanaan yang terlampau dimiliki oleh barisan pengurusan serta kepimpinan pasukan Perak,Azraai hanya mampu menggunakan tenaga barisan pemain sedia ada,yang injury,yang sudah tak larat nak lari dan yang sekadar menumpang dalam pasukan.

    Jelas dan terang sekali barisan tengah yang diketuai oleh Shahrulnizam dan di bantu oleh Nazri kamal gagal berfungsi dengan sebaiknya serta tidak mampu merencanakan gerakan yang bagus bagi membuka ruang kepada rakan untuk menjaringkan gol.Malah mereka berdua bijak menutup ruang untuk pasukan menghasilkan gol buat pasukan.

    Kehadiran Hadi Yahya dan Kuang yong langsung tidak mendatangkan kesan positif dibahagian serangan pasukan Perak,malah mereka berdu dibahagian serangan sangat sangat lemah dan tidak memiliki Idea untuk memecah masuk melepasi benteng pertahanan pasukan lawan. itu tidak lagi pemain tumpangan seperti Azlan Ismail dan Karim cengkung,langsung tidak mendatangkan faedah terhadap pasukan.

    Namun ucapan tahniah kepada pemain gantian pasukan Perak Yoga dan Rafiudin korang berdua sebenarnya masih memiliki kualtiti yang diperlukan walaupun tidak berada ditahap kualiti profesional 100 peratus. kalau tidak kerana Yoga melakukan hantaran pendek kepada Hadi yahya yang berada disayap kanan ketika serangan balas dilakukan dan kalau tidak kerana Rafiudin yang berada di sayap kiri dan kalau tidak kerana dengan tidak sengaja Shahrulnizam menanduk bola kebelakang sudah pasti hanya satu mata sahaja diperolehi oleh pasukan Perak.

    Atas pandangan aku untuk next game,Azrai perlu letakkan Norhakim Isa dan Yoga untuk mengemudi bahagian tengah pasukan Perak agar keupayaan jentera tengah kembali mantap. Dibahagian pertahanan tiada komen sebab mereka menjalankan tugasan dengan baik walaupun tidak sempurna.
    Cuma dibahagian serangan agak menyusahkan kepala otak nak memikir sebab pemain pemain penyerang pasukan hanya mampu memiiliki pemain kaki meja dan kerusi.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. yobscout

    Salam wahai pengkritik sepanjang zaman, aku tak tengok pun game tu sebab aku tau memang boleh makan punya, tapi makan macam mana tak tahu la pulak yang penting penting menang. Sebab aku tau nak rasa macam mana suasana ahli-ahli kongkred yang tak pernah tengok game, tak pernah turun stadium, tak pernah tengok pemain berlatih di padang, yang hanya tahu masa kongres nak jawatan! PUIHH! nampaknya akau tak mampu begitu lagi di perlawanan akan datang, ternyata aku perlu sentiasa mengambil tahu pasal pasukan Perak, kerana bagi aku, aku bukanlah seperti petualan yang hanya tunggu elaun persatuan! Kepada pengurus, anda layak, sememangnya layak menjadi pengurus, tapi bukan skuad Perak. Kerana anda bekerja untuk diri anda dan bukan kerana pasukan. berundurlah sebelum anda diundurkan!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.