Liga Super 2013 | Selangor PKNS vs Perak ( Preview )

Astro Liga Super 2013

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 30 Mac 2013
8.45 malam
Stadium Shah Alam, Selangor.

Selepas aksi Liga Super berehat panjang, Perak bakal ke Shah Alam menjadi tetamu kepada PKNS yang baru sahaja ditundukkan Kelantan dalam saingan Piala FA 2013 hujung minggu lalu.

Lawan Kali ini dilihat amat berbeza daripada segala aspek. Dari aspek taktikal permainan, mereka memiliki kelebihan dalam melakukan serangan balas pantas yang cukup berkesan. Selain itu, kepantasan pemain-pemain mereka sememangnya diakui. Ditambah lagi keberkesanan barisan serangan dalam menghasilkan gol.Patrick Ronaldinho sudah semestinya bakal menjadi ancaman utama sekiranya diturunkan.

Perak seharusnya bermain sebaik mungkin menghadapi anak-anak didik Haji Abdullah Rahman Ibrahim ini. Ini kerana mereka tidak peduli siapa lawan mereka Dan akan menghadapinya dengan penuh semangat perjuangan. Dilabelkan sebagai pakar seri beberapa musim lalu adalah sesuatu yang menjadi kerisauan setiap lawan mereka.

Bagi Perak, ketumpulan barisan serangan masih menjadi topik bualan para penyokong. Biarpun dua pemain serangan Perak berjaya memikat pengendali skuad kebangsaan itu belum cukup untuk menyakinkan. Kelibat Karim Rouani juga mula dipertikaikan sejak mulai-mula beliau menyarung jersi Perak. Biarpun berjaya mencipta jaringan dan membuka ruang untuk rakan menghasilkan gol, itu juga dilihat belum cukup.

Mungkin malam ahad nanti kita bakal menyaksikan aksi terakhir beliau bersama Perak. Peluang ini harus dipergunakan sebaiknya Dan membuktikan bahawa Beliau tidak sepatutnya digantikan April nanti.

Kedudukan Terkini Liga Dan Jadual Perlawanan lain.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2013 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

2 thoughts on “Liga Super 2013 | Selangor PKNS vs Perak ( Preview )

Comments are closed.