Liga Super 2013 | Perak vs ATM (result)

Astro Liga Super 2013

Jumaat, 8 Mac 2013
Stadium TLDM, Lumut
8:45 Malam

Perak 2 – 4 ATM

Sukar untuk dipercaya, mendahului diawal babak pertama 2-0 dan sebelum rehat ATM merapatkan Kedudukan 2-1, namun segalanya musnah apabila tewas mudah 2-4 diakhir permainan .

Karim Rouani persis pencapaian Lazar Popovic musim lalu yang berjaya memecah kebuntuan gol peribadinya semalam meletakkan Perak Di depan seawal minit ke 10 sebelum Shahrom Mohd Kalam meletakkan Perak selesa buat sementara waktu dengan 2-0.

Selang tiga minit selepas itu, minit ke 21, Shukor Adan menyuntik Life Line untuk ATM. Seterusnya ATM memastikan Babak pertama milik mereka Dan Perak ketinggalan 2-3.

Babak kedua dikala para penyokong Perak meramalkan akan ada jaringan untuk menyamakan kedudukan tetapi perkara sebaliknya berlaku.Permainan Perak dilihat longlai dan leka mengakibatkan Marlon Alex James Dan Christie Jayaseelan menghukum kealpaan barisan pertahanan Perak.

Perak dikatakan bernasib baik kerana sekurang-kurangnya dua percubaan yang wajib gol untuk ATM dinafikan palang gol termasuk sepakan penalti yang gagal disudahkan oleh Bruno Marteloto.

Kesalahan yang terlalu besar telah dilakukan oleh semua pemain Perak dan jurulatihnya. Kegagalan mengekalkan momentum permainan Dan menyerap corak permainan lawan ditambah kealpaan pemain dilihat sebagai kelemahan utama yang perlu dihukum.

Inilah rekod kekalahan paling memalukan Di laman sendiri dan menyebabkan kepercayaan para penyokong Perak terhadap PAFA Dan pasukan dilihat semakin merosot. Apa kata anda?

Kedudukan Terkini Liga Super dan Jadual Perlawanan Seterusnya

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2013 on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

6 thoughts on “Liga Super 2013 | Perak vs ATM (result)

  1. YB

    Kalau anak jantan letak jawatan laa pada sape2 yang berkenaan, tapi jangan buat drama minggu ini plak...dah umum letak jawatan pastu ada barua yang jadi tukang pujuk supaya jangan letak jawatan. Pastu mention pada umum tak jadi letak sebab ada desakan dari si polan itu ini untuk teruskan perjuangan. Makin lama kome2 pegang makin jahanam team Perak ni wehh.... letak le jawatan gampang!!!! nak tunggu kalah macam mana lagi????

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. saidin

    aduhai malangnya jai penyokong fanatik bolasepak Perak. Sebab la nie pasukan dijaga orang politik yang memang zero pasai bola yang baguih cuma pasai macammana nak perabih duit persatuan.

    Kepada yang tengok game ulangan ari tuer pasti korang perasan si mamat yang tak jadi leatak jawatan tuer macam tak seronok jer bila perak dapat skor melalui Karim cengkung.Aku pun tak pahamla.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. yusteroy

      Betul ker yob? Jap lg teman nak nengok balik. Nasib rekod ritu tak delete lagik. Die cam suke jer Perak kalah. Mesti ade udang sebalik batu nih. Jom ramai2 piket suruh die letak jawatan!!

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi Post author

    Salam. Bukan apa yob. Ini sampaikan orange yg selama ni kita tau dia ni pendiam pun dah mula mencarut gara -gara PAFA yang CEMERLANG. Dua musim dah yob. Itu hari masalah Popovic. Tahun ni ulang lagi masalah yang sama.

    Teman jangkakan akan berlaku lebih teruk kalau PAFA ego macam ni. Come on. Biar Tim cikai pakai player SPM je tapi target ada utk jangka masa panjang. Cukuplah Johor DT Dan ATM jadi mee segera.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Yob... deme2 neh ingat fans perak bangang sangat tak reti tgk bola gamaknya. Ingat baru smlm ke kita neh menyokong team? Kalau org marah kate tak sayang team, tak sayang negeri... wehh bodoh... yg org marah kome yg tak reti nak urus team, takde berbangkit soal sokong ke idak team perak skang neh. Yang pedih telinga dengor org perli dan kutuk team lepas kalah tu kami yg jadi penyokong neh bahlol!!! kome ada kisah ke masalah fans perak yg ada neh??? Yg kome tau bagi alasan demi alasan pastu SABO SABO SABO..... SABO SAMPAI KE KUBOR LER jawabnya...

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.