Liga Super 2013 | Perak vs ATM (preview)

Astro Liga Super 2013

Astro Liga Super 2013

Jumaat, 8 Mac 2013
8.45 malam
Stadium TLDM, Lumut

Selepas hampir mengejutkan Kelantan di Kota Bahru, Perak bakal menjadikan ATM seteru seterusnya dalam mengisi ruang kebangkitan.

Abd Hadi Yahya yang berjaya mendapatkan sentuhan golnya dalam perlawanan lalu dilihat bakal menjadi duri dalam daging buat ATM.

ATM yang memiliki kekuatan hampir Di Semua posisi masih relevan untuk ditundukkan sekiranya Perak mengekang jentera tengahnya sambil merantai pergerakan Marlon Alex James.

Mohd Azraai Khor semestinya akan mengerah semaksimum mungkin kekuatan yang ada untuk menghadapi The Gladiators ini. Kelibat Karim Rouani pula bakal menjadi perhatian sekali lagi kerana masih gagal menemui sentuhan jaringan, biarpun beliau berjaya membantu untuk menghasilkan jaringan dalam dua perlawanan sebelum ini. Sebagai seorang penggempur utama beliau seharusnya menjaringkan gol untuk memastikan kredibilitinya tidak dipertikaikan.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2013 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

4 thoughts on “Liga Super 2013 | Perak vs ATM (preview)

  1. Jaji

    Kalau dulu, masa lawan ATM dalam Piala FA tahun 2012, Nanthakumar ditugaskan merantai pergerakan Marlon Alex James. Kini dia dah main untuk Kelantan. Jadi sapa le kome ingat orang yang paling sesuai mengikut si Marlon tu macam belangkas ke mana saja dia pergi dan jangan bagi dia menembak ke arah pintuk gol. Kekuatan ATM banyak terletak padea Marlon.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.