Umum | Latihan Pasukan Perak, Inikah ‘Standard’ Kita?

830508_10151442292920629_295490860_o

Bukan mencari pasal. Tetapi inilah hakikatnya. Penulis terbaca dalam laman sosial seladang fan club dan rasa tersentuh dengan apa yang dilalui.

Memang benar, ada yang mengatakan, keperitan dan kesulitan itulah pengajar terbaik untuk menuju kejayaan, tetapi realitinya adakah wajar pasukan Perak FA berlatih di padang PERNAMA Kem 2 Briged Ipoh?

Selebihnya, penulis inginkan respon anda wahai anak-anak Perak sekalian, terima kasih.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Umum and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

15 thoughts on “Umum | Latihan Pasukan Perak, Inikah ‘Standard’ Kita?

  1. saidin

    Mana tidaknya,ada tanah dijual sehingga rm11 juta, masuk dalam kantong RM 7 juta. sehinggakan tempat untuk pemain pemain menjalani latihan tiada,bagaikan merempat ditempat orang....malu macam inikah pengurusan profesional,

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. yazid

    hmmm inilah jadinya bila masing-masing mengatakan diri mereka cukup pandai menguruskan organisasi.merekalah yang paling hebat di abad ini.Pasukan Profesional tetapi pengurusan di tahap amatur (mcm pernah dengar statement ni) ahahahhaha,Memang kena gelak dgn rafael la,dia di brazil sudah pasti kemudahannya lebih baik di Ipoh.Sebab di bayar gaji je tu yang dia xbising,Kita kena jaga standard kita utk bawa masuk pemain berwibawa,mungkin ini salah satu sebab knapa John Carew xnk join perak....masalah padang katenye.....Kita kena fikir dan renungkan dengan kemudahan seperti ini akan menyebabkan potensi untuk cedera adalah tinggi.maka jadinya bila coach bgtau kita ada mslh injuries semua xboleh terima,tp inilah slh satu puncanya.FIKIR2KAN LAH....

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Jaji

    Teman tak nampak apa masalahnya tempat latihan di padang PERNAMA, Kem 2, Briged Ipoh. Teman tengok padang itu eloknya aja. Tak ada pun tompok-tompok rumput tak tumbuh yang boleh mengakibatkan kecedaran kepada para pemain semasa menjalani latihan. Teman nak bertanya sikit: "Penulis hendakkan padang yang macam mana??" Adakah perlu berlatih dalam stadium. Yang penting keserasian antara pemain perlu diwujudkan. Padang yang begitu tak ada masalahnya. Deme elok aja berlatih. Asalkan padang, udah le. Ce mike bagi tahu padang mana yang sesuai dan nampak profesional. Cuba kita tengok tika Perak bertandang ke Kuala Terengganu pada 15 Februari 2013. Dikaborkan deme pergi sana naik MAS. Tapi apa yang terjadi. Dek terlampau manja sangat (patutnya naik bas aja), Perak kalah di tangan Terengganu 0 - 2.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      salam. ini adalah salah satu daripada banyak tempat yang perak berlatih sekarang atau dalam katanye yang kasor sikit merempat merata untuk training.

      jadi, jelas nampak macam Tak sungguh2 untuk cari padang tetap sebelum stadium siap dibaikpulih. Kalau padang SUK ok lagi la. Tetapkan terus padang SUK contohnya sbg training ground sementara. Padang PERNAMA tu ok. padang sekolah Teman lagi ok daripada itu macam karpet. tapi standard nya Di mana ?

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. YB

    Ini soal standard jaji weh... pasukan perak main dlm liga super, bkn liga fam atau liga ipoh. Paham tak apa itu standard? Kalu takat mike nak kate asalkan padang elok bole berlatih tepi rumah teman ni pon ada padang saiz fifa complete dgn goal post tapi takde le pasukan liga super,liga premier,liga fam ataupun liga selangor neh training kat situ. Yang ada bebudak main petang2 riadah ler. Itu sebab prestasi macam hawo dah training pon padang taraf bebudak tadika. Soal padang le kita nak jaga bukan nak bermewah naik kapal terobang takat kat semenanjung neh. Ingat!!! yang kita menang aritu dengan pahang bukan sebab kita hebat tapi gol sendiri. Jangan kome rasa best benor.

    Likes(1)Dislikes(0)
  5. Jaji

    Sepatutnya soal padang ni tak timbul langsung. Kan kita semua tahu yang stadium Perak sedang dibaikpulih. Jadi sementara menantikan kerja-kerja baikpulih itu selesai, ate deme training le di mana-mana saja. Mengkome tak sebut padang mana yang sesuai. Kome hanya kata di pang PERNAMA Kem 2, Ipoh tu tak sesuai. Mungkin deme tak dapat nak nempah padang Perbandaran Ipoh agaknya. Sebab itu le deme pilih padang askar tu. Bulan April ni selesai le kerja baikpulih stadium Perak tu kot. Masa tu boleh le deme berlatih dalam stadium. Teman risau nanti MBI tak bagi pulak berlatih dalam stadium. Takut rosak rumput. Tak kan leme deme tu nak berlatih di stadium TLDM, Lumut agaknya. Lagi le haru. Udah le jauh, kena cari tempat penginapan pulak.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Bukan apa jaji, macam Teman kaborkan tadi, merata merempat untuk training. Privacy memang Tak de dah. Itu satu, Lepas tu, Tak well organize . Patutnya PAFA find out SATU padang tetap yang sesuai bab privacy tu letak tepi la Tak pe.

      Satu lagi, isu ni sekadar mengisi masa yang ada menanti perlawanan seterusnya. Banyak isu PAFA ni sekarang.

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. YB

      yob jaji,

      Yang dibaik pulih bukan padang tapi lampu limpah, kot deme repair sekali padang tu entah le plak. Tapi maklumat yang teman dapat sampai skang haram jalan keje apa pun kat stadium Perak nun. Soal padang bukan isu beso mana pun tapi memandangkan team pun tengah hawor memang bole mengundang amarah peminat.

      Ini soal tanggungjawab PAFA yang patutnya sediakan tempat untuk berlatih yang lebih baik dan kalau boleh konsisten bukannya macam orang merempat kesana sini traning. Pafa dah patut buat post mortem pasal team skang neh dan bukan nak tunggu kalah berkali2 baru nak bertindak.

      Ingat!! team ni bajet beso, so harapan peminat pun tinggi, kot macam zaman Karuthu ke Raja Azlan dulu yang bajet ciput dan pemain pun muda... sape nak komplen banyak. Tapi sekurang2nya takde le merempat traning ke hulu hilir macam yang ada skang neh..dah masuk musim ke 4 management yang ada neh ambik alih tapi hasilnya HARAMMMMMMMMM....

      Haishhhhh.....

      Likes(0)Dislikes(0)
  6. belanak

    Salam...

    Management kali nih di lihat masih GAGAL untuk kali ke-4 berturut-turut... tiada apa yang boleh dibanggakan... sepatutnya kegagalan lalu dijadikan teladan namun masih tiada apa2 tindakan susulan atau pun perubahan untuk mengubah kegagalan lalu sebagai panduan....

    Paling ketara dalam pemilihan pemain import... masa untuk membuat pilihan telah diberikan dengan kadar masa yang amat panjang namun pihak pengurusan masih lagi menggunakan konsep tangkap muat atau pun 'boleh lah, janji ada!" yang acapkali dilihat memang GAGAL! memang dok ketegar la pengurusan macam nih... sudah lah GAGAL pada tahun lepas, ingat tahun nih ada lah perubahan namun sayang seribu kali sayang tetap GAGAL!

    pihak pengurusan kali ini agak nya hanya mahukan penuhkan poket sendiri serta keuntungan individu tetrtentu sahaja daripada memikirkan perasaan peminat team PERAK sendiri.... tanggungjawab yang ada tidak dilaksanakan dengan sempurna walaupun tugas selesai 'mencari pemain import' tetapi tidak memenuhi sebagai seorang pemain import yang berwibawa....

    adakah pihak pengurusan masih lagi tidak sedar atau masih dibuai mimpi di siang hari? tepuk dada tanya lah selera... tidak ke mana jika makan duit yang haram! kita melakukan sesuatu kerja biarlah dengan hati yang ikhlas dan penuh tanggungjawab untuk semua peminat dan tanda sayang pada team PERAK seluruhnya... isu pemain import tangkap muat sudah lali dan acapkali sama setiap tahun mula musim liga super.... dilihat seperti tiada perubahan dalam diri pihak pengurusan atau pun asal poket aku (pada individu yang berkenaan) penuh sudah lah! - ini memang lah virus kepada pasukan PERAK seluruhnya...

    luahan demi luahan peminat tidak dilihat dengan lebih serius tetapi memandang secara enteng atau sambil lewa... kami peminat amat sayangkan pasukan dan mahu lihat pasukan menjadi satu pasukan yang disegani seperti suatu ketika dahulu.... tampuk pemimpin dan pihak pengurusan harus sedar dan bangun dari tidur di siang hari... usah bermimpi dan terus di buai mimpi.... sedar lah dan bangkit lah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi kini....

    satu lagi... pasal STANDARD! pasukan PERAK (Liga Super) - pemain senior dan bukan nya pasukan kelab atau sekolah yang mana kita semua sedia maklum apa makna itu STANDARD dan 1st CLASS... manjaga STANDARD sesebuah pasukan ELIT adalah penting dan ia sama lah menjaga maruah dan kelas pasukan secara am nya.... kalau STANDARD pun tidak tahu dijaga maka sudah terserlah lah tahap kelas pihak pengurusan yang STANDARD nya sama rendah! cam kita xde standard langsung, nama pasukan gah namun men kat padang yang tahap STANDARD camtu jer....

    memang lah main kat padang mana tidak menjadi masalah kerana latihan tetap sama namun seperti kengkawan yang lain kata kan kita adalah pasukan ELIT dan pasukan LIGA SUPER.. so STANDARD mesti lah setaraf pasukan... kena ada privacy dan tidak terbuka kerana menjaga nama dan kepentingan status ELIT dan pasukan LIGA SUPER itu sendiri....

    kalau itu pun tidak dapat dilihat dengan secara positif dan rasa penuh tanggungjawab, nampak gaya nya memang lah pihak pengurusan pada kali ini, tahun ini GAGAL lagi! jangan nanti bila pasukan jatuh merundum untuk kesekian kali nya masa tuh baru lah menunding jari ke orang lain serta lepas tangan.. masa tu nasi sudah menjadi bubur lambuk... leboh!! di awal musim ni lah dicarinya penawar untuk meningkatkan mutu pasukan dan sepatut nya sudah nampak di mana silap nya.... tepuk dada tanya lah hati!

    semoga, pihak yang berkenaan mendengar luahan dan keluhan kami, peminta2 yang sayang kan pasukan secara am nya, kami sayang kan PERAK! we love PERAK! Kejor Yob Kejor... jangan tumpo! semoga ada sinar baru untuk perlawanan seterusnya...

    Salam buat semua... ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa/perkataan... maaf jika ada yang tersinggung... ini semua demi pasukan PERAK yang ku cintai... luahan ini sudah lama terbuku di hati...

    apa yang penting... KERJASAMA!
    apa yang penting... KERJASAMA!
    apa yang penting... KERJASAMA!

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. sportsmalaysia

    Utk pengetahuan anda semua, mulai 2013, stadium yg digunakan utk perlawanan tidak lagi boleh digunakan utk latihan.

    Kenapa padang latihan kena bermutu tinggi/bersesuaian?
    1) mengelakkan kecederaan
    2) bagaimana mutu latihan begitulah mutu perlawanan sebenar - jika mutu padang latihan teruk akan menyebabkan mutu latihan teruk dan impaknya perlawanan sebenar pun menjadi teruk.
    3) privasi - takkan pemain nak salin baju/mandi tepi padang
    4) mengelakkan taktikal coach dapat diintip oleh pihak lawan

    itu sebabnya liga professional di jepun dan korea, standard padang latihan dan turf stadium permainan adalah sama - rumput jenis sama, rumput dipotong pada ketinggian sama, campuran tanah/pasir pun sama.

    Likes(0)Dislikes(0)
      1. razlan

        syidi, bukan teman yg post tu. mungkin salah seorang admin/staff sportsmalaysia yg buat.

        hakikatnya selagi persatuan sukan di malaysia dipegang oleh ahli politik dan/atau kerabat raja yg mempunyai agenda lain, sukan kita tak akan kemana2 - setakat jaguh kampung di peringkat ASEAN je. Kalau ada pun, setakat segelintir jer yg menyerlah. itupun sukan individu seperti LCW, Nicol David, Azizulhasni, Zulfahmi

        Likes(0)Dislikes(0)
  8. helmirizal

    sehingga ke arini pasukan liga super masih belum ada betul-betul padang latihan yang sebenar...sekejap di padang ipoh, sekejap di padang anderson, sekejap di padang teknik brash dan terbaru nie di padang tentera..dulu rasanya padang yang berdekatan dengan ipoh parade to adalah padang rasmi pemain perak jalani latihan..tp sekarang dah berubah-ubah

    terus terang cakap pihak pengurusan PAFA yang ada sekarang adalah yang terburuk..sangat-sangat menghampakan

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. YB

    Satu lagi perkara yg teman nak utarakan selain masalah padang neh.. Apa KPI Perak, pengurusan PAFA utk musim 2013 neh? Top 4? Ke semi final Piala Malaysia? Piala FA udah lebuh...liga pon huru hara, menang 2 kali ehsan lawan... so Azrai Khor tahun neh jadi kambeng itam pulak ke? KPI KPI KPI KPI KPI!!!!!!!! Apa matlamatnya? Musim ke 4 neh... KENA TIPU LAGI LA PENYOKONG PERAK TAHUN NEH......!!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. Jaji

    Sebut pasal padang latihan ini, teman rasa padang Changkat di Batu Gajah tu ada standard rasanya. Padang tu ada pagar keliling, ada bangunan untuk salin pakaian, ada tandas dan juga ada lampu. Ia merupakan stadium mini yang sangat sesuai untuk mengadakan latihan bagi pasukan Seladang yang mempunyai standard sendiri. Untuk nak gunakan padang itu, teman rasa kena le tanya pihak yang berkenaan. Mungkin ia dimiliki oleh Majlis Daerah Batu Gajah agaknya.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.