Perak FA | Apa Sebenarnya Key Performance Indicator (KPI) Untuk Musim 2013?

9780470545157_500X500

Jika musim lalu, Perak FA meletakkan sasaran yang relevan berdasarkan bajet yang dikeluarkan dan berpandukan jangkaan keupayaan pasukan. Tetapi, untuk musim ini selepas 7 perlawanan, kita terlupa bahawa PAFA belum pernah menghebahkan apa sasaran untuk musim ini?

Apa sasaran untuk Liga Super 2013 dan Piala Malaysia 2013? Seperti kita sedia maklum, Piala FA 2013 hanya tinggal kenangan selepas terkandas di pusingan awal.

Jadi, apa pandangan anda wahai anak-anak Perak? Jika anda memiliki sebuah organisasi walaupun sebuah ‘kelab seni lukis’ contohnya, semestinya anda akan menetapkan apa sasaran ‘kelab’ anda. Jika tidak, orang lain akan berpandangan bahawa organisasi anda bakal lingkup atau tidak mempunyai masa depan dan mencerminkan tentang apa yang anda lakukan sebenarnya.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Umum and tagged on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

11 thoughts on “Perak FA | Apa Sebenarnya Key Performance Indicator (KPI) Untuk Musim 2013?

  1. helmirizal

    kalau diikutkan prestasi semasa, dalam liga super mungkin top 7 kot...saingan piala malaysia mungkin setakat suku akhir...

    jika penyerang import ditukar kepada yang lebih baik mungkin perak akan mampu mencapai yang lebih baik

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Adakah ini bermaksud PAFA telah mengambil pendekatan KPI secara BERKALA??? Iaitu kalau team perform maka KPI naik sikit, kalau tak perform deme target KPI lower plak, gitu? So macam pasaran saham ler KPI Perak FA neh ye tak? Berubah2 mengikut situasi semasa... ermmmmmm. Agaknya kalau nak nipu orang kampung bole ke idak gini?

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. syidi Post author

      Kita Meneka Dalam Kesamaran. Sedangkan itu adalah tanggungjawab yang Di ATAS nun. Patut umum KPI awal-awal lagi. Target. Ke memang main belasah je musim ni?

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. Jaji

    Kalau setakat keadaan sekarang ni, PAFA tak berani menetapkan sebarang sasaran dalam Liga Super mahupun Piala Malaysia. Bahagian pertahanan dah baik dah. Hanya bolos 5 gol sahaja iaitu yang terendah antara semua pasukan hatta sama jumlahnya dengan Lion XII. Tapi bahagian serangan yang terlalu tumpul. Mereka hanya mampu menjaringkan sebanyak 4 gol sahaja iaitu yang paling sedikit bersama dengan kelompok bawahan liga, Felda United dan Negeri Sembilan. Daripada data tersebut, jelas le Perak memerlukan seorang peledak yang berbisa untuk menambahkan jumlah jaringan untuk membolehkan Perak melonjakkan diri di kelompok 4 terbaik liga. Jadinya sekarang ini (mungkin juga telah dimulakan) PAFA perlu menggiatkan usaha dan melipatkan ganda pencarian seorang penyerang import yang amat berbisa dan digeruni lawan. Mesej teman di sini, ada ke sesapa antara warga SDN yang mempunyai sedikit maklumat tentang mana-mana penyerang import yang boleh dipancing oleh PAFA untuk dikat mewakili Perak apabila tingkap pengambilan pemain import dibuka semula dalam bulan April nanti. Berkaitan dengan pengambilan pemain import ini, sepatutnya pihak PAFA mestilah belajar daripada tahun-tahun sebelum ini di mana mereka sering ditiup oleh ejen, menangkap muat mana-mana pemain, tertipu dengan lakonan pemain import itu sendiri yang peringkat awal disangkakan seorang pemain yang bagus sedangkan mereka tidak dan berbagai perkara negatif lagi tentang kegagalan mendapatkan pemain import yang berkualiti. Semoga kali ini, semua itu tidak akan berlaku lagi.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. YB

    Haaa... tajuk yang ditunggu2 neh... KPI PAFA? teman berpandangan gini ajerlah.. memandangkan deme tak maklum pada penyokong apa KPI deme, so teman nampak KPI yang jelas buat PAFA ialah ASALKAN JANGAN JATUH LIGA PREMIER UDAH LERRRRR!!!! Kalau untuk cabaran Piala Malaysia teman rumuskan ASAL JANGAN DOK LAST DALAM KUMPULAN CUKUP!!!! Gitu yang teman nampak skang neh...

    Tak payah citer banyak ler, dari masalah Stadium sampai le ke padang latihan termasuk penajaan baju rasmi pemain semuanya bermasalah. Itu belum kita mengambik pemain yang siap sedia injured sebelum liga super bermula lagi. Pastu dok canang dalam media kate pemain kita cedera la apa laa.. Abih sape yang bijak benor sain pemain yang dah injured?

    Pengurusan yang ada skang neh dah masuk tahun ke 4 dah.. bajet memang main juta punya tapi KPI? Apa KPI kome wehhhh??? Sembang degor2 buat PAFA Fans Club ler, PAFA Holding ler.. amende semua neh? Mana baju jersi untuk penyokong Perak skang neh? sampai la neh taktau apa ceritanya. Ditanya ke pengedar UMBRO deme pun tak mampu nak bagi jawapan. Tanya PAFA? Ermmm.. baik cakap dengan DINDING lagi baik kot ada melantun suara balik.

    Kalau le teman jadi TOP MAN dalam PAFA dan handle team masuk 4 tahun tapi takde KPI yang baik dah lama teman berenti. Malu wehhh dengan Penyokong yang pengurusan skang neh terbukti takde kredibiliti langsung!!!. Masih segor dalam ingatan teman kata2 deme yang ada dalam PAFA nun waktu pengurusan terdahulu pegang dalam 2 tahun... perghhh.. macam2 dikatanya. Semuanya tak betul, tak efisen, tak bagus, takde KPI, takde tu takde neh.. tapi skang kome dah pegang masuk 4 tahun APA YANG ADA? HARAMMMMMMMMMMM!!!!

    Berbalik kisah skuad yang tunggang langgang neh.. sape nak kita salahkan? Azrai Khor? Kalau kita nak salahkan dia 100% memang teman tak setuju sebab utamanya player yang ada pun bukan dia yang pilih. Dalam kate lain ada lagi yang bijak pandai dalam PAFA yang boleh pilih pemain bagus dan murah untuk pasukan Perak. Punyalah terlampau bijak sampai pemain injured pun di ambik jugak. Asalkan ada nama orang kate dan bayor ciput pakat sambor je lah.

    Bab pemain import neh yang teman faham PAFA amalkan POLISI yang telah dipegang sejak berkurun lamanya iaitu MURAH TAPI POWER!!!!. POWER tang mana entah ler, POWER NYEMBANG ker, POWER KELENTONG ker, POWER ROOT ker, kome pikior ler sendiri. Mana ada dalam dunia nak cari benda bagus tapi murah? Kalau POWER TAPI HAMPEH teman tau ler... sape lagi kalau bukan PAFA. Sembang belum start musim jangan cerita ler. John Carew ler, Ryan Giggs ler, Lionel Messi ler, bla bla bla, sudahnya Karim Rouni yang standard ULI ROTI NAN dkt Wanggey tuh di ambik.

    Tapi teman tak la marah si Karim tuh sebab kira tau setakat mana kemampuan dia. Yang teman nak marah siapa yang bijak laksana benor amik pemain HAMPEH macam tu. Nasihat teman gini ajerlah... Kalau dah bongok benor nak pilih pemain tak payah ler menyibuk nak memilih. Biorlah orang yang betul2 berkelayakan buat pilihan umpamanya Coach atau Technical Director yang ada kelayakan dari FAM, AFC ataupun FIFA. Bukan takat sangkut jawatan tapi haram takde kelayakan.

    Kalau nak membebel lagi sampai kiamat tak abis, jadi biorlah kita tengok apa pendapat kawan2 lain pulak. Kesimpulan yang teman boleh buat ialah, KPI Perak tahun neh ASEY JANGAN JATUH LIGA PERDANA UDAH LER YOBBBB!!!!,

    Haishhhhhhhh.......

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Teman setuju dgn komentar ini..begitu ikhlas dan berwibawa..tiada unsur"ISAP"yg keterlaluan.yang mana kelak membuatkan tak tentu arah.kejap kata begini kejap begini...TAHNIAH!!!!

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. razlan

    Hanya Presiden yg boleh beri jawapan. Teman pernah bagi idea agar SDN interbiu presiden PAFA utk mengetahui hala tuju mereka. Kita prasangka dan sembang dego-dego kat sini pun tak guna. hanya akan menambahkan api kemarahan. Kalo presiden sibuk sangat sampai takde masa nak interbiu, email jer soalan-soalan kpd PAFA. beri tempoh masa, katakan seminggu atau dua minggu utk deme balas. takde balasan, kome postkan soalan-soalan tu kat SDN dan bawahnya tulis 'Tiada Balasan Rasmi dari PAFA'.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Yob razlan,

      Pada hemat teman tak perlu kita peminat nak interview Presiden ke, pengurus ke, SU ke, Coach ke tentang KPI neh. Standard bila bekerja MESTI KENA ADA KPI!!!! Dan kalau benda yg melibatkan kepentingan umum mcm bolasepak neh, pihak pengurusan kena maklumkan kepada umum khususnya rakyat Perak apa KPI deme. Pegi sukan sukma pun ada KPI inikan plak Bolasepak. Sape setuju dgn teman?...

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. razlan

        terpulang. kalau kita rasa kita peminat/penyokong sahaja - setakat itu je lah kita - seorang peminat/penyokong. jika team asyik menang je, pergi stadium, sokong. abih game balik rumah. jika team hawor, tak payah pegi stadium. lebih sikit kita sembang2 kat fanpage. itu je.

        tapi kalau kita rasa kita lebih dari seorang peminat/penyokong, iaitu kita anggap diri kita sebagai 'stake holder' kepada satu pasukan bolasepak, kita akan lakukan lebih dari menyokong sahaja. kita lontarkan idea kepada pengurusan, kita tegur secara rasmi kpd pengurusan. paling drastik, kita, sebagai 'stake holder' melakukan coup d'etat, tanpa campurtangan kerajaan, utk menyelamatkan pasukan bolasepak tersebut. memang bercakap itu mudah, tapi kalau kita bersatu dan bekerjasama, tiada apa yg mustahil. SDN + SSU + Y4E + SFC + dll = KUAT. wallahualam.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. YB

          Kalau teman stake holder dah lama kena buang management yg ada neh...hampehh..sembang deraih abuk pun tarak. Masalahnya PAFA ada ke pikir penyokong/peminat neh mcm stake holder deme? Soal KPI neh isu simple... tak perlu banyak SOP nak laksana. Masuk musim baru lepas amik player dan coach terus umum KPI. Takkan benda simple gitu pun nak berRASMI bagai...adehhhhh. Apa yg teman nampak PAFA berdolak dalik musim neh, maybe tau KPI dulu pun leboh jadi dr nak buat janji KPI baru tak terlaksana baik jgn buat KPI langsung. Pendek kate senang le nipu fans skit...adehhh..sedih aku dgn nasib rakyat Perak yg asik kena tipu jek bab bola neh.

          Likes(0)Dislikes(0)
  5. chuck

    Artikel diatas ini juga mempunyai mutu,daya & Ketunggulan yang tinggi...Cukup2 ikhlas serta telus dalam berkarya.Tiada unsur 'Bias'&Mengampu yang mana akhirnya menjadi LALANG..SETUJU dengan artikel diatas..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.