Liga Super 2013 | Terengganu vs Perak (result)

Astro Liga Super 2013

Jumaat, 15 Februari 2013
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
4:45 Petang

Terengganu 2 – 0 Perak 

Adakah ini keputusan yang anda jangkakan? 2-0 tewas di Kuala Terengganu merupakan sesuatu yang tidak dapat diterima dikala para penyokong menjangkakan sesuatu yang berbeza selepas rehat yang panjang.

Terengganu berjaya keluar dari zon kemarau kemenangan dengan Perak menjadi mangsa kebangkitan mereka.

Kehadiran Karim Rouani sedikit pun tidak memberi kesan terhadap prestasi barisan serangan Perak yang terus menerus buntu mencari gol.

Kini, para penyokong ternanti-nanti apakah reaksi pengendali Perak untuk meningkatkan prestasi pasukannya dalam perlawanan seterusnya.

Kesebelasan Utama :

Farizal Marlias (GK)
Shahrom Kalam
Hisyamuddin Shaari
Rafael De Souza
Khairi Kiman
S Sivakumar
S Chanturu
Yong Kuan Yoong
Rafiuddin Roddin
Abdul Hadi Yahya
Karim Rouani

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2013 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

6 thoughts on “Liga Super 2013 | Terengganu vs Perak (result)

  1. chuck

    MAKA n PAFA 2-2 xbolrh pakai.PAFA bajet bagus.MAKA standard r bg reason utk survive.bdk president+yg MAKA kata xde experience+xde striker import+ramai yg injured vs JDT kena sebijik.sumer sedia maklum JDT mmg Mcity malaysia.tp yg full strength squad vs bootom team tganu kena 2bijik plak.2-2 game men away.so apa reason terbaru??rht yg pnjang??tganu xrehat pnjngke??rouani xbgus??salah spe??fans ke??spt sblm permulaan musim tlh teman suggestkan,player2 yg dh digugurkan diganti dgn player president.xperlu local or foreign import!!!yg local dh weakness bgtu juga yg import.track recordpun dh tahu mmg busuk.lg mau ambik.jnji ade %masuk poket ok r.x ok appointed yg len plak.dpt g %.bgtu dan seterusnya.selagi PAFA dipegang oleh 2 org kuatnya..

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. yazid

    setuju dengan sedara chuck...pendapat nya 'pedas' tp mmg ada kebenarannya.cuma bahagian MAKA tu saya rasa dia dah buat yang terbaik.dia dah pilih player yang terbaik,yang merealisasikannya adalah player.tetapi sy xsalahkan pemain juga..kerana mereka juga telah berjuang.mungkin 'perjuangan' itu belum cukup 100%.yang penuntun tuntut ialah perjuangan 200% dan jika kalahpun biarlah bermaruah seperti mana kita kalah dengan JDT tempohari.
    Cuma pandangan peribadi,sy anggap pasukan perak 2013 adalah skuad baru.mmg memerlukan sedikit masa,cuma jgn terlalu lama,sy amik cntoh pahang,kbnykan player mereka mmg dh lama bersama,sejak dr liga perdana lagi...terumbang ambing bersama,skrg nmpk player mereka cukup serasi dan team spirit mereka cukup tinggi.
    Untuk pengurusan KAFA,buatlah mcmna pun mmg akan ttp cmtu,sy ckup bangga bila Raja Ahmad 'pegang' perak dulu...mmg best,wlpun wktu tu sy msh sekolah lg...tp organisasinya ckup tersusun.Kami kat sekolah pun time tu berkobar2 main untuk prgi ke state level...klu boleh nk sarung jersi perak....tp skrg 'feeling' cmtu maybe dah tak wujud kot...
    By the way, we give 'time' to them to prove it...hahahahahha
    I'ALLAH PERAK MAJU JAYA....

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi Post author

    Salam. Memang susah nak terima result macam ni. Salah siapa ? Teman harap Semua nya 'bersih'. Lepas ni banyak lagi cabaran yang lebih hebat menanti.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. YB

    Takpe...ini baru start liga, ada banyak lagi game, bior habis first round dulu, sabo kome sabo... sabo sampai masuk kubor... ajernya haup ler

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.