Jumaat, 15 Februari 2013
4.45 petang
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu
“To succeed…
You need to find something to hold on to,
something to motivate you,
something to inspire you.”
-Tony Dorsett-
Setelah rehat yang panjang, Liga Super 2013 akan disambung semula Jumaat nanti dengan Perak berkunjung ke Kuala Terengganu untuk perlawanan seterusnya yang akan berlangsung jam 4.45 petang.
Para penyokong Perak semestinya menantikan penampilan pertama penyerang import Karim Raouni yang terlepas peluang beraksi sebelum ini akibat kecederaan. Begitu juga dengan beberapa tonggak lain seperti Sharulnizam Mustafa, V Thirumurugan dan S Chanturu yang mungkin akan turun buat kali pertamanya bersama Perak.
Selepas 5 perlawanan, Perak dilihat memiliki kelebihan berbanding Terengganu. Perak yang menang 2, seri sekali dan kalah 2 perlawanan dijangka tidak mempunyai masalah untuk meraih 3 mata. Manakala Terengganu masih tercari kemenangan sulung untuk musim 2013 ini.
Namun begitu, keadaan ini perlu diberi perhatian yang serius kerana Terengganu semestinya mahu bangkit untuk mencipta kemenangan. Perak perlu berwaspada dengan kebangkitan ini.
Jika diperhatikan, kualiti serangan pasukan Terengganu dan Perak adalah sama, cuma dibarisan pertahanan Perak memiliki kelebihan. Seharusnya, Perak perlu mempertajamkan jentera serangan untuk memastikan 3 mata di sana nanti.
Kedudukan Terkini Liga Dan Jadual Perlawanan lain.






Bagi aku kekalkan barisan pemain ketika menentang skuad JDT fc ketika saingan Piala FA,cuma masukkan Chanturu untuk berada di sayap kanan. Tidak perlu dirombak secara besar besaran kerana ianya akan kembali mencacatkan keserasian dalam kesebelasan utama yang menampakkan hampir bersatu seratus peratus.
Cuma dilihat dengan mata kasar ini stamina pemain pemain Perak perlu ditingkatkan,kerana ini bagi memastikan pemain pemain mampu beraksi dibawah cahayaan terik matahari sehingga 90 minit tidak termasuk masa tambahan.
Yang paling wajib,barisan pertahanan yang bakal diturunkan hindari gejala Rasuah,kerana dikubur nanti tidak boleh nak beri rasuah dekat Malaikat.
ada live kt tv tk??
liga super kembali setelah hampir dua minggu berehat….berita baik untuk pasukan adalah hampir semua pemain telah cergas dan pulih dari kecerderan hanya nasir basarudin yang masih belum sembuh
diharapkan pemain lebih bersemangat juang yang tinggi pada perlawanan nanti, bermain pada waktu petang diharapkan tidak menggangu prestasi pemain nanti
diharapkan 3 mata milik pasukan perak nanti