Liga Super 2013 | Perak vs Pahang (result)

Astro Liga Super 2013

Selasa, 19 Februari 2013
Stadium TLDM, Lumut
8:45 Malam

Perak 1 – 0 Pahang

3 mata berharga berjaya diperolehi semalam, tahniah. Perak memulakan perlawanan dengan baik diawal babak pertama dengan mengatur serangan ke kubu Tok Gajah yang diketuai Jalaluddin Jaafar. Namun, seperti perlawanan-perlawanan sebelum ini, Perak dilihat agak buntu untuk mencari jaringan sehinggalah di hujung babak pertama apabila Jalaluddin Jaafar tertanduk bola hantaran Karim Rouani untuk gol tunggal perlawanan.

Perlawanan semalam bukanlah aksi terbaik Perak, nyata agak sukar menandingi pemain-pemain lawan terutama di bahagian tengah. Buktinya, serangan Perak banyak berpunca daripada hantaran jauh dari bahagian pertahanan. Perak terpaksa membuat perubahan awal dengan mengeluarkan Norhazrul Mustafa yang gagal bersaing untuk menghidupkan jentera tengah.

Berkenaan prestasi semasa Karim Rouani, beliau dilihat agak longlai dan ‘lembik’ sepanjang permainan. Kelebihan beliau hanya ketika diudara untuk menerima hantaran bola tinggi dan ‘set’ bola ke belakang untuk membuka permainan. Ini amat mengecewakan dikala para penyokong menantikan aksi ‘luar biasa’ sebagai seorang penyerang utama Perak.

Kemenangan semalam dianggap ‘nasib’ kerana ‘ihsan’ pihak lawan hasil tekanan yang diberikan barisan serangan Perak. Walau apa pun, dalam bolasepak, keputusan sahaja diambil kira menang, kalah atau seri. Tetapi, perlu diingat, selepas ini, Perak bakal menghadapi pasukan-pasukan yang lebih mencabar dan Azraai Khor perlu memikirkan untuk membetulkan kelemahan-kelemahan yang jelas ketara. Mungkin, beliau boleh beri peluang kepada pemain-pemain muda seperti Norhakim Isa untuk mengemudi jentera tengah kerana pemain ini memiliki keupayaan untuk berbuat demikian.

Kesebelasan Utama :

Farizal Marlias (GK)
Shahrom Kalam
Thirumurugan
Rafael De Souza
Khairi Kiman
S Sivakumar(Syazwan Roslan)
S Chanturu
Yong Kuan Yoong
Nor Hazrul Mustafa (Md Rafiuddin Roddin)
Abdul Hadi Yahya (Mohd Failee Ghazli)
Karim Rouani

Kedudukan Terkini Liga Super dan Jadual Perlawanan Seterusnya

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2013 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

4 thoughts on “Liga Super 2013 | Perak vs Pahang (result)

  1. Jaji

    Sebelum perlawanan malam tadi bermula, saya dah katakan "By hook or by crook, Perak perlu memenangi perlawanan tersebut untuk mengembalikan sokongan para penyokong pasukan Perak". Alhamdullilah, Perak menang juga akhirnya, walaupun ia hasil daripada gol sendiri oleh pemain Pahang, Jalaludin Jaafar. Sokongan pasukan Perak ini terutamanya ketika Perak berjuang di laman sendiri. Dengan kemenangan tersebut, saya percaya para penyokong akan beramai-ramai datang ke Stadium TLDM selepas ini. Selepas ini pada 1 Mac 2013, Perak akan bertandangan ke Kota Bharu untuk berdepan dengan pasukan Kelantan pulak. Rasa-rasanya Perak mampu melakar kemenangan memandangkan Kelantan sejak kebelakangan ini kurang menyengat (kecuali perlawanann pada 19 Februari yang lalu). Oleh itu para pemain Perak pandai-pandailah memainkan peranan masing-masing terutama penyerang import kita tu, si Karim.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. yazid

    Memang best bila menang,tp saya xberapa gemar dengan line-up dari MAKA,bagi saya yong kuan yong sgt tidak berfungsi.Khairi Kiman juga seakan-akan baru bermain bola.sepakannya entah kemana x seperti seorang defender.penguasaan tengah langsung tiada....kita mmg bernasib baik kerana pasukan pahang juga tidak berfungsi baik seperti game pertama mereka.Abd Hadi Yahya 'finishing' dah xder sengat.Coach MAKA must do something...Chanturu,Thiru,Rafael and player laen sume mantap,cuma 2 3 player yang buat spoil.Disini saya suka melihat kelibat Norhakim Isa semasa game dgn JDT beliau mmg berbakat besar dan ada potensi sbg bintang.jika game malam td beliau ada rasanya rentak akan lebih rancak.Kita lgsung xder try dr jaak jauh....kita kan tau kelemahan nasril nourdin,knapa x di utilize kan sepenuhnya maklumat yg kita ada.
    By the way TAHNIAH..pasukan PERAK DARUL RIDZUAN

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. haemo

    suke tgk perlawanan antara Perak Vs Selangor...Perak Vs Johor DT....walaupun seri dan kalah...tapi penguasaan dan corak permainan seperti profesional.Perak Vs Pahang walaupun menang tetapi permainan tidak bertenaga,tiada penguasaan bola,hantaran tidak ke sasaran,tiada percubaan "on target" yang berbahaya.mujur pemain2 Pahang mengikut rentak permainan Perak.kalau tak saya rasa kemenangan tidak akan memihak kepada pasukan Perak.ubah la corak permainan sekiranya mahu pegang piala 2013..mantapkan lagi bahagian tengah(midfield).
    Apepun TAHNIAH...Perjalanan masih panjang...Perak DiHatiku.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.