Liga Super 2013| Perak vs Pahang (review)

Astro Liga Super 2013

Astro Liga Super 2013

Selasa, 19 Februari 2013
8:45 Malam
Stadium TLDM, Lumut

‘No talking. Talking doesn’t play football,
talking isn’t going to make you practice harder or play harder.’
-Ken Simonton-

Selepas aksi terburuk dalam perlawanan keenam di Kuala Terengganu lalu, Mohd Azraai Khor menyeru anak-anak buahnya agar kembali fokus dan mencari rentak untuk terus bersaing dalam Liga Super 2013. Pengendali Perak itu juga menyifatkan, rehat panjang sebelum ini menyebabkan pasukannya hilang punca dan kekalahan 2-0 kepada Terengganu adalah salah pasukan.

Manakala penampilan sulung Karim Rouani dilihat gagal membantu menyuntik tonik baharu kepada pasukan terutama dibarisan yang semakin tenat dalam memburu jaringan.

Selasa nanti, Skuad Tok Gajah yang tewas mengejut kepada Lions XII 3-0 dijangka cuba bangkit untuk memulihkan kembali semangat mereka. Bagi Perak pula, perlawanan ini cukup penting untuk membuktikan bahawa mereka adalah yang terbaik dan ditambah lagi dengan bermain di hadapan penyokong sendiri di Lumut nanti.

Para pemain harus sedar akan tanggungjawab yang dipikul dan perlu melupakan segala permasalahan semasa terutama kenangan pahit tewas dalam perlawanan lalu dan memikirkan untuk meningkatkan kualiti permainan masing-masing bagi memastikan 3 mata untuk pasukan.

Secara ringkasnya, Pahang merupakan sebuah pasukan yang sempurna disetiap posisi. Corak permainan pantas bakal menyukarkan Perak mengekang pergerakan setiap pemain mereka. Oleh yang demikian, Perak perlu lebih bijak menghadapi pasukan yang memiliki kepantasan dan kemahiran individu yang tinggi ini.

Perlu diingat, bolasepak adalah permainan yang memerlukan kerjasama yang erat dan semangat berpasukan yang tinggi diadun dengan kemahiran individu serta penerapan taktikal dan strategi dengan harapan atau misi untuk mencari kemenangan. Jika semua faktor lengkap, bolasepak akan sempurna dan misi akan menjadi kenyataan.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2013 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

3 thoughts on “Liga Super 2013| Perak vs Pahang (review)

  1. therionizer

    Liga Malaysia perlukan perubahan. 1 perlawanan kompetitif antarabangsa = 3 minggu liga rehat. Liga M baru mula tak sampai sebulan. 2 minggu cukuplah. Mid season & inter season bolehlah rehat lama. Apapun harapan teman x pernah putus dan padam pada skuad Perak. Jatuh bangun tetap bersama. Sentiasa ada sinar dihujung terowong...

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Jaji

    Teman rasa perlawanan pada hari Selasa ni nanti, by hook or by crook, Perak mesti menang untuk menarik kembali sokongan penyokong Perak yang agak suram sejak kebelakangan ini ekoran kemorosotan jaringan di bahagian hadapan skuad Seladang. Saya agak hairan kepada Hadi Yahya yang pada musim 2010 beliau dinobatkan sebagai penjaring terbanyak, tetapi ketika bersama Perak, beliau hanya menjaringkan 1 gol sahaja (itu pun tendangan penalti) dalam 6 perlawanan. Sesuatu yang anih dan pelik dan perlu dilihat semula oleh pemain itu sendiri ataupun Jurulatih mahupun pihak Pengurusan untuk mencari punca sebenar masalah yang sedang dihadapi. Begitu juga dengan pemain import kita, si Karim tu. Kenapa tiada tanda-tanda dia nak menjaringkan gol melihatkan kepda cara permainan seorang striker antarabangsa dan profesional. Ini juga perlu ditangani oleh pihak Pengurusan atau Jurulatih. Panggil dia dan tanyakan apa masalah sebenar yang dihadapinya ekoran ketandusan golnya itu.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. helmirizal

    perlawanan akan disiarkan secara langsung di TV1..moga perak akan bermain sebaik mungkin...diharapkan 3 mata milik perak malam ini

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.