Monthly Archives: February 2013

Liga Super 2013 | Kelantan vs Perak (preview)

Astro Liga Super 2013

Astro Liga Super 2013

Jumaat, 1 Mac 2013
8.45 malam
Stadium Sultan Muhammad ke iv

Selepas aksi terakhir lalu, pelbagai reaksi dapat dilihat. Pelbagai pendapat dilontarkan lantaran aksi yang dipamerkan.

Kelantan, pasukan yang cukup berpengaruh dalam Liga Malaysia. Namun mereka dilihat bertungkus lumus mencari resepi mencipta kemenangan. Terbaru, awang import mereka Keita Mandjou berjaya mendapatkan sentuhan gol yang telah lama hilang. Berbeza dengan Perak yang buntu Sehingga kini ibarat dihukum oleh apa yang dirancang terutama oleh Pihak atasan.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Perak FA | Apa Sebenarnya Key Performance Indicator (KPI) Untuk Musim 2013?

9780470545157_500X500

Jika musim lalu, Perak FA meletakkan sasaran yang relevan berdasarkan bajet yang dikeluarkan dan berpandukan jangkaan keupayaan pasukan. Tetapi, untuk musim ini selepas 7 perlawanan, kita terlupa bahawa PAFA belum pernah menghebahkan apa sasaran untuk musim ini?

Apa sasaran untuk Liga Super 2013 dan Piala Malaysia 2013? Seperti kita sedia maklum, Piala FA 2013 hanya tinggal kenangan selepas terkandas di pusingan awal.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super 2013 | Perak vs Pahang (result)

Astro Liga Super 2013

Selasa, 19 Februari 2013
Stadium TLDM, Lumut
8:45 Malam

Perak 1 – 0 Pahang

3 mata berharga berjaya diperolehi semalam, tahniah. Perak memulakan perlawanan dengan baik diawal babak pertama dengan mengatur serangan ke kubu Tok Gajah yang diketuai Jalaluddin Jaafar. Namun, seperti perlawanan-perlawanan sebelum ini, Perak dilihat agak buntu untuk mencari jaringan sehinggalah di hujung babak pertama apabila Jalaluddin Jaafar tertanduk bola hantaran Karim Rouani untuk gol tunggal perlawanan.

Perlawanan semalam bukanlah aksi terbaik Perak, nyata agak sukar menandingi pemain-pemain lawan terutama di bahagian tengah. Buktinya, serangan Perak banyak berpunca daripada hantaran jauh dari bahagian pertahanan. Perak terpaksa membuat perubahan awal dengan mengeluarkan Norhazrul Mustafa yang gagal bersaing untuk menghidupkan jentera tengah.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)