Piala F.A 2013 | Darul Takzim FC vs Perak (result)

 

SDN KV JATA

Jumaat,25 Januari 2013
Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus
8.45 Malam

Darul TakzimFC 1 – 0 Perak

Secara keseluruhannya, bolehlah disimpulkan bahawa Perak yang kurangnya bernasib baik. Jika diukur usia pemain kedua-dua pasukan memang jauh berbeza. Tetapi, pemain-pemain muda Perak membuatkan ramai yang terpegun Dan teruja dengan aksi dipamerkan. Di usia begini mereka mempamerkan aksi yang lebih matang Biarpun Pada satu ketika mereka melakukan kesilapan, namun ianya belum cukup untuk memadam keterujaan penonton yang pertama Kali menyaksikan aksi mereka.

Benar, kalah atau menang adat pertandingan. Perak hampir-hampir mengaibkan ‘hero-hero malaya’. Secara positifnya, Perak mempamerkan peningkatan Dan sudah pasti barisan pertahanan mendapat pujian melebihi bahagian lain. Sekali Gus memaksa barisan serangan lawan bergelut untuk mencari gol. Selepas ini mungkin khidmat Shahrulnizam Mustafa bolehlah dilupakan terus. Ini kerana SDN percaya jika Sivakumar diberikan peluang bermain secara berterusan prestasinya akan meningkat. Begitu juga dengan Norhakim Isa yang tidak gentar atau gugup Biarpun berdepan dengan lawan yang kononnya hebat.

Jika anda mempunyai ulasan dipersilakan untuk berkongsi diruangan ini. Nyatakan apa sahaja berdasarkan pemerhatian anda secara profesional.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Piala FA 2013 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

4 thoughts on “Piala F.A 2013 | Darul Takzim FC vs Perak (result)

  1. zizou85

    pemain berpengaruh seperti Shahrul Nizam masih diperlukan. Namun aksi Norhakim akan memberikan perbezaan kepada barisan tengah perak berbanding pemain lain. Nazri Kamal, aksinya menghampakan, Syazwan Roslan beraksi baik ketika bertahan, tapi banyak menghantar bola tanpa arah dan merugikan pasukan. Rafael pemain import pertahanan terbaik Perak dalam sejarah jika kekal beraksi sebegini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. helmirizal

    tersingkir awal lagi dalam cabaran Piala FA kali ini..tewas dengan jaringan tunggal aidil pada separuh kedua perlawanan...penyudah yang tumpul sekali lagi menghukum pasukan, beberapa gerakan yang boleh menghasilkan gol pada separuh pertama perlawanan gagal dipergunakan

    keberanian azrai khor menggunakan beberapa pemain dari skuad presiden menampakan hasil yang baik, pemain tidak segan silu untuk bermain sehinggakan mendapat pujian dari pelbagai piihak...kekalahan di tangan darul takzim fc tidak dijadikan tajuk besar surat khabar, sebaliknya pujian-pujian diarahkan kepada pemain-pemain muda perak yang berjaya mengekang skuad bintang darul takzim untuk menjaringkan gol dengan banyak

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. saidin

    Bangga aku....melihat anak watan beraksi dengan penuh bergaya walaupun tewas.....bagi aku biar tewas bermaruah jangan tewas kerana rasuah.

    Kekalahan sebegini rupa harus mempersalahkan sepenuhnya keatas pemain di bahagian serangan iaitu Hadi Yahya dan Azlan Ismail kemasukan mereka kedalam pasukan Perak ibarat menumpang tenaga keatas pemain pemain yng lain.Bagi aku seelok eloknya rehatkan kedua dua pemain ini gantikan dengan penyerang dari skuad belia ataupun pemain Presiden Cup untuk digandingkan dengan Failee.

    Yang menarik bagi au kali ini hairul amri kembali menunjukkan kebangkitan prestasi walaupun kerap kali beliau menjadi patung apabila bola menuju kearah gol,tapi mungkin pengalaman menjadikan beliau begitu.sebaik baiknya Khairul Amri perlu dikekalkan lagi dalam barisan kesebelasan utama untuk tiga atau empat perlawanan lagi tidak mustahil,beliau akan lebih hebat berbanding Farizal Marlias

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. Raul hashim

    Harap azrai guna taktikal 4-4-3. gunakan khairul asraf-hadi-failee di bahagian serangan. kat tengah letak yong-hakim-siva...insyaallah ada perubahan nanti.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.