Liga Super 2013 | Perak Vs T-Team (Result)

Astro Liga Super 2013

Selasa, 8 Januari 2013
Stadium TLDM, Lumut
8:45 Malam

Perak 1 – 0 T-Team

Perak berjaya mendapatkan kemenangan pertama di laman sendiri semalam setelah berjaya menundukkan T-Team 1-0. Kemenangan ini sememangnya amat diharapkan dan penting sebagai peniup semangat untuk meneruskan cabaran seterusnya di Larkin nanti.

Babak pertama menyaksikan kebuntuan kedua-dua pasukan menjaringkan sebarang gol. Perak yang memiliki beberapa peluang untuk di depan, namun kecekapan penjaga gol T-Team menafikan usaha Abd Hadi Yahya dan Yong Kuong Yong itu.

Pertahanan Perak dilihat cemerlang semalam. Rafael Souza Silva menjadi nadi utama kubu pertahanan Perak. Beliau bukan sahaja menidakkan gerakan-gerakan merbahaya lawan, malah beliau juga banyak membuat hantaran-hantaran yang berkesan kepada barisan depan Perak.

Manakala barisan tengah dilihat masih belum sempurna dan perlu dipertingkatkan keberkesanannya. Namun begitu, masih banyak ruang untuk meneliti kelemahan dan diperbetulkan.

Perak seharusnya berterima kasih kepada T-Team yang menghadiahkan gol sendiri untuk 3 Mata Perak. Pujian juga kepada barisan pemain-pemain yang tidak jemu berusaha menekan pertahanan lawan dan memaksa mereka melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya.

Kesebelasan Utama Perak:

Farizal Marlias (GK)
Rafael Souza Silva
Shahrom Kalam (KP)
Mohd Hisyamuddin
Khairi Kiman
M.Sivakumar
Nasir Basiruddin
Rafiuddin Roddin
Yong Kuong Yong
Abd Hadi Yahya
Mohd Failee Ghazali

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2013 on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

3 thoughts on “Liga Super 2013 | Perak Vs T-Team (Result)

  1. YB

    Ada video dari user yang upload di Youtube di embedded sekali pada post diatas, Sila tonton dan Terima Kasih pada yang sudi upload video tersebut.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. saidin

    Amat memalukan kerana jaringan kemenangan bukan sebab Player Perak yang skor tapi gol sendiri ditambah pula dengan kebijaksanaan penjaga gol T-TEAM sekadar memerhati gerakan bola yang melambung itu.LOW CLASS FOR PERAK FA TEAM

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.