Selasa, 8 Januari 2013
8.45 malam
Stadium TLDM, Lumut
Ujian pertama buat Perak menentang skuad dari pantai timur berstatus kelab iaitu T-Team, yang menjanjikan saingan sengit untuk pertarungan sulung mereka.
Musim 2013 dikatakan musim kebangkitan Perak dengan rombakan besar besaran sambil diiringi rekod kejayaan skuad muda Perak sepanjang tahun lalu.
Kehadiran Jurulatih yang sinonim dengan kepakarannya dalam membentuk pemain-pemain muda Mohd Azraai Khor Abdullah, dilihat tepat pada masanya. Jadi, untuk perlawanan pertama ini, kemenangan adalah amat penting untuk menyakinkan penyokong yang sebelum ini mengharapkan sesuatu yang baru untuk musim ini.
Sesiapa sahaja yang terpilih untuk membarisi kesebelasan utama Semestinya yang terbaik dimata jurulatih dan bakal dinilai selepas aksi pertama mereka.






Sudahlah.. sokong pun buat apa, apa yang dijanjikan semua cakap mulut je, aku dah cakap dari dulu pengurusan PAFA ni kalau diurus orang politik inilah jadinya.. duit leboh barang takde.. pui
semoga kemenangan milik perak esok
barisan pilihan teman
farizal
shazwan-shahrom-rafael-nasir
yong-nazri-hazrul-rafiudin
hadi-failee
t-team idak le kuat mane p0n..
Teman nampak perak yg kuat belah defend je..tang tengah dgn attacking biasa2 je..silap gaya leboh kita yop
Salam..
Semoga perak berjaya..Apa yang teman kesalkan ialah,kehadiran MAKA ke Perak tiada kaitan,kena mengena dengan kejayaan yang telah dikecapi oleh skuad muda Perak.Juga kejayaan belia-remaja Perak tiada hubungkait dengan kekuatan skuad utama Perak.Segalanya berbeza…jika ada player yang digunakan/diserap dari skuad belia/remaja sekalipun,ianya adalah saingan yg berbeza..sekian
memang la berbeza sape kata sama. MAKA tiada dalam skrip kejayaan skuad muda Perak dalam edisi lepas .
Jadi, apa masalahnye? Cuma sekarang kita harap ramai la pemain muda yang bakal menyerlah sekurang-kurangnya untuk 5 tahun akan datang .
As Salam semua. teman pun dah lama tak email coz password hilang. baru je dapat balik password. Sebenarnya teman teringin sangat nak komen dari dulu tapi tak kesampaian coz tak leh masuk. Bagi teman kita semua kena berfikiran positif berkaitan permainan dan pembangunan bolasepak Perak. Kita jangan selalu mendown gradekan didalam web2 seperti ini kerana akan menyinggung perasaaan pemain yang membacanya. Kalau boleh kita bakar semangat pemain2 dengan kata2 pujian dan sebagainya. ingatlah kita doakan yang terbaik akan dapatlah yang terbaik tapi kalau kita duk doakan yang tak baik tak baiklah jadinya. Sekian
Yob..selamat kembali ke laman SDN, seperti yang kita semua faham..setiap orang ada pendapat masing2. Tak kiralah dalam stadium sebenar ke, kat laman web ke, memang gitu adanya. Orang nak bercakap apa pun biarlah deme2 tu bersuara, mungkin tengah geram gamaknya, kita tak perlu halang pun. Dan pada player yang kena maki kutuk downgrade ke upgrade ke itu dah lumrah jadi ATLIT. Apa sukan pun orang bole puji, boleh cemuh, maki dan macam2 lagi. Pesanan teman pada semua lah termasuk Ahli Sukan di luar sana… kalau kita main sungguh2 dan kalah dalam situasi terpuji, takde orang bangang nak marah kita, tapi kalau aksi kita macam MENJUAL GAME…budak kecik pun pandai maki…jadi kita perbaiki diri kita sebaiknya dan buat yang terbaik..yang paling penting dalam hidup ni jangan banyak sangat nak melenting dan fikir orang lain semua tak betul. Dunia ni bukan untuk kita sorang je….. :-)
Teman rasa tak sedap bebenor bila main di Stadium TLDM. Suasananya sangat jauh berbeza jika bermain di Stadium Perak. Kalau Pergi ke TLDM tu macam kita ni orang luor aja atau orang asing. Macam nengok Perak bermain di tempat lawan. Tapi apa nak dikatakan, keadaan dah memaksa. Sebut pasal mengupgrade lampu limpah stadium ni, teman nak bercakap le sikit. Teman rasa le ada individu atau syarikat yang setuju nak tanggung segala perbelanjaan menaik taraf stadium perak, termasuk menambahkan kecahayaan lampu limpah kepada 1200 lux. Individu atau syarikat berkenaan rasa terpanggil untuk membuat sumbangan nengokken Perak terpaksa bermain di TLDM di sebelah petang. Jadi deme kesian nengok kita merungut dan mengeluh bila terpaksa ke Lumut. Kalau tidak, sudah pasti le PAFA atau MBI awai-awai lagi deme dah ugradekan lampu limpah tu sebaik sahaja Perak terkeluar dari saingan Piala Malaysia yang baru lalu. Itu pandangan peribadi teman. Entah betui entah kan tidak. Wallah hualam.
Semoga berjaya malam ini walau di stadium mana sekalipun kita beraksi.
t team ni kire lebih kurang perak je..x ramai star. boateng,marzuki, mahathevan(macha nogori yg tinggi lampei ala2 nanta) dgn caleb folan (walop0n ex-hull city, tp idak le power pun mamat ni) advantage pada fizikal je berbanding player depan perak azlan, hadi, yong or failee. tapi instinct awok ghase perak menang mlm ni..insyaAllah std lumut byk memori..aura jijon sentiasa ada.. eerrr yob syidi, brp game perak kene main di std lumut ni??
tiada apa yg nak dibimbangkan..usaha gigih tangga kejayaan!!!!!