Liga Super 2013 | Perak vs Selangor (result)

Astro Liga Super 2013

Selasa,22 Januari 2013
Stadium TLDM, Lumut, Perak
8:45 Malam

Perak 1 – 1 Selangor

Selangor gagal meneruskan ‘kecemerlangan’ mereka seperti sebelumnya. Selain itu, mereka juga gagal untuk tahun keempat untuk menang di laman Perak. Pelbagai reaksi daripada perlawanan semalam yang disiarkan langsung di Astro Arena.

Namun, itu lah bolasepak, terkadang agak zalim dan terkadang mengundang celaka kepada salah satu pasukan. Semalam menjadi saksi betapa peritnya anak-anak buah mengharungi cabaran untuk mencari 3 mata dikala pihak lawan tempang dengan 10 pemain.

Kita lupakan masalah pengadil. Pengadil sentiasa ‘betul’ dalam apa jua situasi. Apa juga yang kita katakan hanya membuang masa.

Pada pemerhatian semalam, jika dibandingkan dengan aksi sebelum ini, Perak mempamerkan sedikit kebangkitan dalam semua posisi. Cukup puas hati apabila melihat Selangor gagal masuk ke kubu pertahanan Perak. Tertekan dengan keadaan itu, ditambah pula dengan pengadil menghukum Amri Yahyah dengan kad merah seolah-olah memberi gambaran awal bahawa Perak bakal menang semalam, tetapi tidak seperti yang diinginkan.

Barisan serangan dilihat agak efektif dan Abd Hadi Yahya berjaya keluar dari zon kemaraunya dengan meledakkan gol pada separuh masa namun tidak dikira gara-gara Offside yang kontroversi. Tidak cukup dengan itu, sebelumnya Shahrom Kalam turut cemerlang dengan percubaan yang hadir daripada sepakan percuma namun melewati palang gol.

Babak kedua, malang menimpa biarpun lawannya bermain 10 pemain, kelebihan pemain import Liberia itu dipergunakan sebaiknya apabila merembat dari jauh menewaskan Khairul Amri. Selepas itu, Perak dilihat agak buntu untuk mencari gol. Permainan berubah dan mujur, Perak berjaya mendapatkan sepakan penalti hasil gerakan Failee Ghazali yang ditarik dalam kotak penalti seterusnya Abd Hadi Yahya menyudahkannya dengan baik untuk gol penyamaan.

Selepas itu, Perak menguasai permainan dan kadangkala ditekan serang balas Selangor yang hampir-hampir memerangkap pertahanan Perak. Gol kedua Perak turut dibatalkan selepas itu gara-gara penjaga garisan mengatakan offside sekali lagi.

Tidak banyak yang mampu Admin ulaskan kerana anda juga ada pandangan masing-masing dan kita kongsikan di sini. Terima Kasih – ADMIN -

Kesebelasan Utama Perak:

Khairul Amri Salehuddin (GK)
Rafael Souza Silva
Shahrom Kalam (KP)
Khairi Kiman
Mohd Syazwan Roslan
M.Sivakumar
Nasir Basiruddin
Rafiuddin Roddin
Yong Kuong Yong
Hadi Yahya
Mohd Failee Ghazali

Kedudukan Terkini Liga Super dan Jadual Perlawanan Seterusnya

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2013 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

8 thoughts on “Liga Super 2013 | Perak vs Selangor (result)

    1. syidi Post author

      Betul Tu Bro Razlan. Pada teman itu pun sudah memadai, tapi nafsu orang ni sukar dibendung. Nak menang je, seri ke kalah tak nak.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. razlan

        teman tak mengharap sangat pabila persatuan sukan dipegang oleh ahli politik/kerabat raja yg tak tau apa2. persatuan sukan nak maju hanya satu cara - pegawai yg 1000% bekerja utk persatuan itu shj tanpa ada side bisnes lah, kepentingan lain lah, jawatan lain lah.

        Likes(0)Dislikes(0)
  1. YB

    Ermmmm... mintak coach terima kasih banyak2 pada Failee sebab dapatkan gol penalti game tuh. Kalau dia tak main pakat lebuh la jawabnya. Overall game elok skit je dari lawan Negeri Sembilan, tapi sangat mendukacitakan sebab lawan dengan 10 orang sepanjang half time cuma boleh seri je? mujor tak kalah plak...aiyaaaaaa...

    Gol dari Frankie Doe tu memang takde jawapan le dari keeper muda kita tuh, memang superb la gol tu... so takde apa nak pertikai pun bab tuh. Cuma memandangkan skang neh import penyerang hebat kita si Karim Rouni tuh dah buat full time uli roti nan kat Wanggey, apa kate coach Azrai cari idea baru plak.

    Apa yang teman nampak dalam team Perak ni FLOW game memang masuk kategori hancussss... FLOW yang teman maksudkan tu bila pemain Perak pass sesama mereka paling tinggi pun 5,6 kali je pastu samada bola keluar ke atau dapat ke pihak lawan. Tapi secara purata teman peratikan dalam 2 atau 3 kali je pass sesama rakan pastu pakat leboh le bola tu kemana tah.

    Kita bukan harap Azrai datang Perak nak transform pemain jadi hebat macam Barcelona yang bole bawak bola dari bawah pass pusing keliling padang dan at the end hasilkan jaringan. Takkkkk... memang mustahil la bole jadi camtuh.... alangkan team Malaysia pun takde suku % penguasaan bola macam Barca inikan Perak... tapi kita mahu Azrai sentiasa pikirkan idea2 baru yang bole majukan team.

    Secara jujurnya team Perak takde pemain yang betul2 boleh jadi Play Maker kat tengah kalau setakat pemain midfield kita nun. Sorang je teman nampak ada karakter camtuh.. Rafael !!!!. Tapi masalahnya dia main di defend dan bukan di tengah. Apa kate naikkan dia sebagai AM yang tak payah nak turun bawah sangat. Barisan bebudak Perak yang main defend pun ramai yang mantap kalau setakat Rafael takde rasanya tak jadi hal sangat pun.

    Dengan body shielding yang baik, passing pun ada kualiti termasuk penendang pun cukup power, memang sesuai jadi Attacking Midfield. Failee atau Hadi jadi striker kat depan dan dia support diaorang neh. Agak kalau takde ruang untuk diaorang dia try je sendiri. Memang bole jadi ball winner sangat untuk strike force kita. Jangan kita pandang sepi pada badan dia yang berat semacam tu... dulu zaman team Sarawak pakai John Hunter pun orang dok gelak tengok. Tapi lastnya mat saleh tu yang skor bertalu2 ke pintu gol lawan sampai seriau kita dibuatnya.

    So coach Azrai bole le pikir camne nak pelbagaikan variasi taktikal game Perak neh. Kita penyokong cuma nak tengok hasil yang baik bukan nak dengar alasan demi alasan macam Rajagobal buat tuh... apa deme kate??? EXPERIMEN??? ..... haaaishhhhhhh...

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. belanak

    YB.... teman sokong bebenor ngan cadangan mike tuh.. cuma masalah nyer Azrai Khor mahu ke idok nak pelbagaikan variasi taktikal game Perak...

    ermmm... itu lah persoalan besor nyer... kita penyokong memang sudah berikan idea... Idea demi idea untuk melihat Perak bermain lebih teratur, maju dan bersefahaman... idok ler main passing bola tak tentu hala... buat penat jer tendang tanpa hala tuju....

    kome-kome semua pemain Perak ada latihan bagai... mengapa tidak dipraktikkan ngan pelbagai variasi taktikal... InsyaAllah kita akan berjaya.... All da best... Kami mahukan satu perubahan taktikal, lain dari kebiasaan pasukan Perak pernah lakukan! Yes, you can do it!

    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi Post author

    Salam. Teman nak komen banyak bukan sikit. Teman dapat rasa satu perasaaan yang tak ada di tahun-tahun lepas. Iaitulah Azraai Khor WAJIB gunakan kelebihan yang ada pada pemain-pemain muda.

    Tengok masa lawan Selangor, pemain muda menyerlah sangat, CUMA coach kena grooom sikit bagi deme ni bergemerlapan. Attitude dah ada, skill dan tanjak untuk ke depan tu sudah nampak. Jangan terlalu kecewa dengan kecederaan 'orang lama'. Macam Azraai Khor cakap masa dia mula-mula ambil alih Perak, 'gembira dengan prestasi skuad presiden/muda dan menjadikan kerjanya mudah untuk menyerapkan mana-mana pemain ke dalam skuad senior apabila diperlukan.

    Setakat ni, Khairul Ashraf, Norhakim Isa dan defend tu apa nama ntah, GAYA dan kualiti dilihat setanding 'orang lama'. Tahniah anak muda dan bukan Azraai Khor. Belum masanya untuk puji Azraai. Prove something then we got something and you will got everything on what you have done.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.