Liga Super 2013 | Perak vs Selangor (preview)

Astro Liga Super 2013

Astro Liga Super 2013

Selasa, 22 Januari 2013
8.45 malam
Stadium TLDM, Lumut

Selepas berjaya menamatkan ‘badi’ kemenangan di Paroi selepas bertahun-tahun, Perak bakal diuji Selangor Selasa nanti di Lumut. Selangor yang dilihat agak konsisten selepas 4 perlawanan lalu bakal memberi saingan sengit dan Perak perlu mencari 3 mata seterusnya untuk menyakinkan penyokong yang kurang senang dengan keputusan setakat ini.

Rekod bertemuan kedua-dua pasukan sebelum ini menunjukkan Selangor tidak pernah meraih 3 mata dalam saingan Liga Super 2010 hingga 2012. Pada Tahun 2010, Mohd Nazri Kamal menjadi wira Perak apabila gol tunggalnya mengesahkan 3 mata untuk Perak. Musim yang berikutnya, Perak berjaya mengikat Selangor tanpa jaringan. Manakala musim lalu, Michal Kubala dan Bodjongo Dika mencatat nama sebagai penjaring untuk mengecewakan Red Giants dengan jaringan 2-0.

Untuk musim Liga Super 2013, keadaan sukar diramal kerana prestasi Perak masih terumbang ambing. Namun, sesuatu yang baru perlu difikirkan oleh Azraai Khor untuk menghadapi lawan yang berjaya menidakkan kemaraan Pahang tempohari.

Jika, Norhakim Isa dan Khairul Asyraf Sahizah diberi keutamaan untuk bermain, mungkin corak serangan Perak bakal berubah. Ini kerana, dalam perlawanan lalu, kemasukan mereka berdua di babak kedua berjaya mempelbagaikan gerakan, terutama Norhakim Isa yang mampu menggerakkan bola secara solo dan membuka permainan dengan baik. Manakala Khairul Asyraf pula dilihat memiliki ciri-ciri penyerang yang baik.

Kedudukan Terkini Liga Dan Jadual Perlawanan lain.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2013 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

12 thoughts on “Liga Super 2013 | Perak vs Selangor (preview)

  1. helmirizal

    semoga berjaya pasukan perak...diharapkan prestasi pemain berada dalam keadaan baik untuk perlawanan esok

    tumbangkan red giant di lumut esok

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. YB

    Ingat!!! menang dengan N.Sembilan aritu bukan sebab Perak hebat!!! tapi lebih pada nasib baik + ilham last minit Azrai Khor. Coach kena ucap terima kasih pada Failee sebab dah menyelamatkan situasi beliau sebagai coach yang ada pencapaian hebat sebelum2 neh. Kalau kalah arituh dah tentu bertambun orang maki dah termasuk teman pun tunggu peluang je nak mencarot.

    Untuk fasa seterusnya boleh lah coach rehatkan si Hadi Yahya yang kematu kakinya takde nak shotting langsung tuh... apa jadahnya striker tak menyepak bola ke arah pintu gol???? Bagi peluang muka2 lain plak. Tenaga muda ni elok masuk second2 half jek, stamina banyak pun kalau idea kurang hancus gak team. Pendek kate team Perak macam main syok sendiri takde FLOW!!!! apa dia FLOW??? pikior la pedianya... teman bukan coach kelas A nak guna term coaching bagai...haishhhh..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Jaji

    Ingatlah wahai para pemain Perak sekalian. Selangor pastinya bermegah dengan kejayaannya meleburkan rekod tanpa kalah Pahang pada 19 Januari yang baru lalu. Namun jangan sesekali anda bermegah pula dengan kejayaan mengalahkan Negeri Sembilan pada tarikh yang sama di tempat lawan. Kerana itu akan memakan diri anda sendiri. Bak kata YB di atas, kemenangan itu hanyalah sekadar nasib kerana ia dijaringkan di minit terakhir dalam masa tambahan separuh masa kedua. Saya mengingatkan para pemain Perak supaya mengambil kesempatan di atas kemegahan pasukan Selangor itu untuk menewaskan mereka di tempat kita sendiri. Mengikut kata para forumers, rekod Perak di tempat sendiri bertemu dengan Selangor sangat memberansangkan. Tiga tahun kebelakangan kita mampu mengalahkan Selangor dua kali dan seri sekali. Jadi kali ini kita pastinya menang. Atau setidak-tidaknya seri dengan mereka. Jangan anggap Stadium TLDM itu tempat lawan. Tapi anggaplah ia sebagai tempat sendiri kerana ia terletak di dalam Negeri Perak juga.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. chuck

    Setuju!!!Sehingga ke harini takde apa yang boleh dikatakan dengan"WOW".bese2jer..Sumernya macam nasib2jer..Kesimpulanya persembahan team pun bese2jer.Menang nasib sebijik.Kalahpun sebijik.Bak kata orang,ade2la..Xde2la..Lebih tepat dan amat sesuai ialah bukan di listkan sebagai pasukan yang mencabar salah satu trofi utama.tetapi lebih kepada pasukan pelengkap jadual perlawanan.Itu sahaja...Sekarangni tak guna lagi nak ngeloh panjang..teman takdehal pasal dari sebelum muka2 baru/coach/import masukpun teman dah suarakan pandangan teman.malahan teman sendiripun tak berkenan dengan manager merangkap bendahari serta presiden sediada sekarangni.3-4juta punya bajet hasil "CELOI"???Xpayah nak compare dengan JDT.Itu"BODOH"namanya..Compare dengan team yang bajet ciput/sederhana tapi progress dia??Kome suke benor compare dengan team yang teruk!!!
    Dari buku catatan"PERA-PERA"teman ngatakan Selangorpun Xtara mana kuatnya.Boleh dikategorikan sebagai seimbang dan mungkin lebih sikit untuk Perak.Seri bermakna kita GAGAL merebut peluang yang terhidang,MENANG adalah "WAJIB".."KALAH"-something wrong

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. chuck

    Berkenaan dengan "FLOW" yang dimaksudkan oleh YB tu teman rasa diperingkat term coaching masih lagi tidak menyeluruh serta variasikan lagi.Oleh itu teman menyarankan agar coach perlu bertapa dengan beberapa tuan guru/leader/king diamond bagai MLM.Mereka lebih arif.Malahan tuturcara pengikut "FLOW"juga lebih bersemangat serta patah tutur-kata juga adelah sama/spesenjer...itu tanda deme patuh/taat/tunduk n ikut kata2...hahha

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Bukak kaki 2,4 kemudian makin berkembang dan berkembang..itu caranya..ikut sistem piramid..mkna kata wing kena pakai banyak.begitu juga dengan striker..hahaha

      Likes(0)Dislikes(0)
  6. Jasbisa

    salam semua, tahun ni pemain tempatan lebih menyengat. Pemain import semua hanco kecuali Marlon je ok sikit. Harap2 si Karim Rouani tu menjadi dan menyengat macam Karim Benzema. Jangan jadi macam Karim Popovic udah le.. Apa2 pun taktikal Azrai Khor memang terbaik. Ditambah pula barisan pemain muda yg rata-ratanya berpotensi.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. saidin

    Bagi aku Failee harus digandingkan dengan Yong kuang yong dibahagian serangan,
    Rehatkan Hadi yahya buat seketika ataupun selama lamanya.Kembalikan Hazrul mustapha disayap kanan dan kekalkan Rafiuddin disayap kiri. Ditengah kekalkan Sivakumar untuk berganding dengan Nasir, manakala dibahagian pertahanan gandingkan Shahrom Kalam bersama Rafael manakala dipertahanan kiri Khairi Kiman dan Thiru disebelah pertahanan kanan,yang paling penting beri ruang kepada penjaga gol baru untuk mengemudi dibahagian gawang antara Jibril atau Khairul Amri,kerana memberi ruang kepada penjaga gol lain untuk beraksi sepenuhnya pula. ini bertujuan mengelakkan rasuah berlaku dibahagian tersebut dan mengekalkan prestasi pemain simpanan kearah lebih baik.

    Perak perlu terapkan satu corak permainan lebih pantas dan kerap melakukan one touch seperti yang dikatakan Admin sebab aku perhatikan perlawanan terakhir pasukan Selangor corak permainan mereka lebih pantas dan dibantu dengan gerakan yang sangat baik dan mampu memperdayakan pihak lawan iaitu Francis Forkey Doe.

    Pemain tengah dan pertahanan Perak perlu lebih peka untuk mengekang segala pergerakan lawan kerana bekas pemain muda Kelantan Ramzul Zahini mampu melakukan tandukan yang sangat baik walaupun dalam keadaan ruang yang terhad untuk menanduk,malah pemain ini agresif dan mempunyai susuk tubuh yang baik untuk merempuh bahagian pertahanan pasukan Perak.
    Skuad selangor bukan sahaja memiliki barisan serangan dan tengah yang mantap malah dibahagian sayap mereka turut memiliki barisan pemain yang pantas dan bijak melakukan hantaran silang dengan tepat seperti K.soley dan Fitri serta pemain pertahanan kanan Selangor turut mampu melakukan larian pantas serta mampu untuk membantu dibahagian serangan.

    Seandainya pasukan Perak mengekalkan corak permainan yang sama ketika bertemu Negeri Sembilan maka ada harapan Seladang mati dipijak Giant.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. syidi Post author

    Salam. Perlawanan ke 4 adalah game Perak pertama yang teman tengok full time dan live depan mata. Apa yang mengecewakan adalah corak permainan adalah sama seperti tahun-tahun lalu. Malah ada satu ketika lebih teruk dari yang diramalkan.

    Cuma, harapan masih ada JIKA pemain-pemain 'enjoy' the game dan bermain secara open minded yang dengan erti kata lain bermain dengan cara sendiri tetapi dalam kawalan strategi dan taktikal coach. Semasa di Paroi, pemain-pemain terlalu nak kan gol dan terlalu ghairah sehingga lupa asas permainan. Ada satu ketika Perak menyerang sebelah kanan lawan tapi dapat dikekang defend lawan, selepas itu Perak berjaya merampas penguasaan bola semula dan masih lagi menyerang di sebelah kanan dengan cara yang sama. Jadi dari situ jelas Perak tiada perancang yang kreatif untuk ubah rentak serangan.

    Itu adalah contoh yang mudah yang teman nampak tempohari. Walaupun nampak simple tetapi rasanya sudah cukup untuk mencerminkan corak terkini permainan Perak. Sama je.

    Kelebihan tetap ada. TAPI, perlu rombak semula strategi dan pemain. Kita sama-sama tengok la nanti apakah percaturan Azraai Khor seterusnya.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.