Liga Super 2013 | Perak vs Felda United (result)

Astro Liga Super 2013

Jumaat,15 Januari 2013
Stadium TLDM, Lumut, Perak
8:45 Malam

Perak 0 – 1 Felda United

Dikala kebangkitan dan penguasaan berterusan oleh pasukan-pasukan lain, Perak masih tercari-cari rentak untuk meraih 3 mata. Menang 1-0 ke atas T-Team dalam perlawanan pertama, tewas 1-0 kepada Darul Takzim FC dan terbaru di aibkan Felda United di laman sendiri 0-1.

Ternyata, masih banyak yang perlu dilakukan oleh Mohd Azraai Khor untuk membantu Perak mencari kemenangan selepas ini. Jika ditanya mengapa? Pelbagai alasan boleh diberikan dan yang pastinya, Perak masih kelemahan. Barisan serangan, bahagian yang dilihat ‘rosak’ dan memerlukan ‘rawatan’ segera. Manakala, ‘supplier’ atau bahagian tengah perlu diperkemaskan untuk memastikan barisan serangan dapat menjaringkan gol. Jika 2 atau 3 peluang gagal dimanfaatkan untuk menjaringkan gol, nyatalah, barisan serangan yang tumpul dan perlu ‘dirawat’. Bagaimana? Mohd Azraai Khor ada jawapannya.

Gol Felda United dijaringkan oleh Azmizi Azmi untuk mengesahkan Perak tetap hilang 3 mata. Secara ringkasnya, 3 perlawanan awal Perak dihiasi drama yang cukup memedihkan. Cuma perlawanan pertama kita bernasib baik kerana kesilapan lawan. Di Larkin, malapetaka menimpa apabila bermain 9 orang.

Sebagai penyokong, kita perlu realistik dan menerima ini sebagai cabaran biasa dalam bolasepak. Untuk perlawanan seterusnya, Paroi akan menjadi medan seterusnya. Adakah episod duka ini bakal ditamatkan?

Kesebelasan Utama Perak:

Farizal Marlias (GK)
Rafael Souza Silva
Shahrom Kalam (KP)
Mohd Haizal Faquan
Mohd Syazwan Roslan
M.Sivakumar
Nasir Basiruddin
Nazri Kamal
Yong Kuong Yong
Hadi Yahya
Mohd Azlan Ismail

Kedudukan Terkini Liga Super dan Jadual Perlawanan Seterusnya

 

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2013 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

16 thoughts on “Liga Super 2013 | Perak vs Felda United (result)

      1. YB

        tangan ke kaki ke haper ke janji gol...kekekeke, ater kira bayo kifarah ler neh sebab arituh T-Team hadiah gol tanduk masuk sendiri...hahahah

        Likes(0)Dislikes(0)
  1. Ipohman

    Player kte tak ckup "ghairah" dlm aksi dgn pasukan kte ni. Cube try kte amik fisioterapi sorg amoi yg cantik mcm LionXII tu tgk mcm mane plk mainnye

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      apa mike merepek neh yoppp...pemanis ler, awek ler..neh bukan game tinju nak ada awek pakai separa bogel bawak papan tanda berapa round bagai tu....adehhhh..

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. Ipohman

    Nasib kte sebaris mcm Liverpool di EPL. "History Channel" bkn main hebat. Tp masakini amat mendukacitakan. Penyokong tak henti2 berharap utk kejayaan pasukan. Saban taun hampa je. Jd, rasionalnya para pemain dlm pasukan kne btanggungjwb ke atas pasukan yg bg mkn minum pd diaorg utk majukan pasukan. Jatuh bgn pasukan tletak pd deme. So, pendek kata, kpd pemain tlg berusaha kuat jgn mkn gaji buta. Bt keje kome tu dgn sebaiknye utk majukan bola sepak Perak yg kami syg dan sanjung ni

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi Post author

    Teman yang tiap-tiap musim dok menaip mengarang ayat untuk setiap perlawanan terasa sangat-sangat buntu dan terkadang rasa tak de ayat baharu untuk ditaip. Skrip yang sama je. 'Perak terpaksa akur'. 'Kita kena terima hakikat'. 'Perak harus bangkit'.

    Wahai Coach Azraai, Please make a different. Mujur orang perak ni penyabar. Teman ingat kalau yang jenis kurang sabar, ada yang di'perjatuhkan'.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.