Liga Super 2013 | Negeri Sembilan vs Perak (result)

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 19 Januari 2013
Stadium Tunku Abd Rahman, Paroi
8:45 Malam

Negeri Sembilan 0 – 1 Perak

Perak akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan jaringan gol apabila berjaya menewaskan Negeri Sembilan dengan jaringan tunggal dari pemain gantian Failee Ghazali pada minit ke 94. Beliau masuk sebagai pemain gantian pada minit ke 89 menggantikan Rafiuddin Roddin.

Perak memulakan aksi pada separuh masa pertama dengan garang apabila bola sepakan percuma dari Rafael Souza berjaya ditepis penjaga gol Negeri Sembilan seawal minit pertama lagi. Selepas itu permainan lebih banyak berkisar di tengah padang dengan pasukan tuan rumah turut buntu dalam melancarkan serangan ke kubu Perak.

Kemenangan Perak malam ini turut dibayar dengan harga yang mahal apabila tonggak pertahanan Hisyamudin Shaari dilayangkan kad merah setelah memungut kad kuning kedua pada minit ke 90. Dengan ini secara otomatik beliau akan digantung 1 perlawanan lagi selepas pernah menerima kad merah sewaktu menentang Darul Takzim di Larkin tempohari.

Secara keseluruhannya, prestasi Perak masih ditahap sederhana. Ini kerana dikala pertahanan mempamerkan aksi yang konsisten, barisan tengah dan serangan masih buntu mencipta gerakan berkesan. Dalam perlawanan ini, barisan tengah masih memerlukan kreativiti dan persefahaman yang jitu. Buktinya, banyak gerakan yang gagal seolah-olah tiada penyatuan yang baik.

Nasir Basharuddin dilihat mampu menjadi nadi utama bahagian tengah cuma memerlukan ‘buddy’ untuk membantu beliau menjayakan gerakan-gerakan yang berkesan dan diperhatikan, ada gerakan ‘one two’ sebagai kaedah untuk melepasi pertahanan lawan tetapi masih sukar kerana tidak berkesan.

Abdul Hadi Yahya, agak tenggelam biarpun beliau dilihat kerap berjaya mendapat umpanan, tetapi gerakannya tidak langsung mengundang gusar kepada pertahanan lawan. Beliau perlu mencari semula sentuhan ‘striker’ nya yang dulu yang lebih agresif, kreatif dan berkesan.

Kesebelasan Utama Perak:

Farizal Marlias (GK)
Rafael Souza Silva
Shahrom Kalam (KP)
Hisyamudin Shaari
Khairi Kiman
M.Sivakumar
Nasir Basiruddin
Nazri Kamal – 1
Yong Kuong Yong – 2
Hadi Yahya
Rafiuddin Roddin – 3

Pertukaran:

Norhakim Isa – 1
Khairul Ashraf – 2
Failee Ghazali – 3

 

Likes(0)Dislikes(0)

9 thoughts on “Liga Super 2013 | Negeri Sembilan vs Perak (result)

    1. YB

      Alahai menang pun nasib baik bebenor..last minit sesangat... mujor bawak masuk Failee... elok le si Hadi Yahya tuh lepak kat bench plak.. 4 game pun takde skor lagi..plak tuh depan pintu gol langsung takde nak shot... apakeheynya???? Adakah ????? jeng jeng jengggg....

      Likes(0)Dislikes(0)
  1. helmirizal

    tahniah perak atas kemenangan..tahniah failee kerana berjaya memecah kebuntuan jaringan pasukan perak..skor yob skor

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Ipohman

    Kemenangan yg ditagih sudah menjelma,
    Asahkan taring bersulam bisa,
    Jangan lalai kuatkan usaha,
    Moga pasukan terus berjaya...

    Kejor yop kejor...

    Dngo cite streka awang impot kte dh leboh... Kalo teman nk bg cdgan kte amik Titus James Palani ok tak? Anak Malaysia yg menetap di Perancis tu

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi Post author

    Salam. Dikala kami di stadium paroi dok mengutuk tim, Failee yang baru masuk hujung permainan skor gol. Ingatkan bola tak masuk, Hamsani tengok macam tak de ape, tapi jaring gegor.

    Permainan memang hampeh. Mula-mula Rafael dengan kaki kiri dia amik free kick ingatkan dah masuk. Masa tu dok buka bungkus koci mujur tak berterabur koci. Mula-mula update la dalam shoutbox SDN, lepas tu sibuk marah player sebab main entah apa-apa (player wat dek je), terus lupa nak update.

    Dah hujung-hujung game, dok kemas-kemas sampah koci tadi, masuk la balik dalam shoutboxx untuk kongsi kritikan, boleh pulak gol last minit, dikala itu, bergema pujian kepada Failee melalui nyanyian SSU dan lagu Apo kono Jang yang nyata membuatkan UN9 blah balik terus tanpa bunyi ape pun.

    Itulah pengalaman terindah di Paroi, pulang dengan senyuman yang 'sedikit' selepas bertahun-tahun keluar stadium paroi kena kutuk sebab kalah/seri.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. saidin

    Bagi aku kemenangan kali ini adalah kemenangan yang tulen kerana dijaringkan oleh pemain Perak sendiri,bukan macam kemenangan keatas pasukan T-Team sekadar dijaringkan oleh pemain pertahanan T-Team.Failee berjaya menjadi pemain Perak yang pertama di musim 2013 menjaringkan gol untuk Pasukan Perak.

    Namun begitu pada pandangan aku.Kemenangan ini tidak boleh dibanggakan,dimana corak permainan pemain pemain yang kononnya berpengalaman itu,seakan akan sedang belajar bagaimana nak belajar menendang bola,dan seolah olah tak pernah main bola,mereka perlu berubah dan mereka perlu lebih agresif dan kreatif dari segi menggerakkan pasukan untuk menyerang dan bertahan,

    posisi pemain juga perlu ditukar sedikit saja lagi,kerana jelas barisan kesebelasan utama yang diturunkan pada kali ini tidak mantap mungkin dari segi persefahaman dan mungkin ada yang tidak kene antara mereka atau ada sesuatu yang tersirat disembunyikan.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Corak permainan nampak ada tanjak-tanjak untuk cantik tapi tak menjadi. Bolasepak akan menarik kalau ada persefahaman. Cepat bertindak tanpa banyak mengawal bola. Lepas ni, banyak gunakan tenaga muda. Norhakim, Khairul Asyhraf kena bagi main full time kalau boleh. Failee mungkin boleh diturunkan dalam kesebelasan utama.

      Likes(0)Dislikes(0)
  5. YB

    Dari pandangan teman corak game takde flow...tersekat2 dimerata tempat... bila pass 2, 3 kali pastu buntu sebab pemain yang nak terima bola takde or dikawal...plak tu yang nak buat passing pun macam kurang idea.... lastnya pass belakang balik tak pon hentam je pass janji aku dah pass bola (hati deme berkata ler). Satu contoh macam Nasir cross bola haram dia tengok ada ke tak kawan tunggu kat mana...dia aci main cross je... skill tanpa idea pun susah apatah lagi kalau idea buntu dan skill pun berterabur...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.