Liga Super 2013 | Negeri Sembilan vs Perak (preview)

Astro Liga Super 2013

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 19 Januari 2013
8.45 malam
Stadium Tunku Abd Rahman , Paroi

“If a team is to reach its potential,
each player must be willing to subordinate his personal goals
to the good of the team”
-Bud Wilkinson-

Sejauh mana Perak mampu bangkit selepas tewas dalam dua daripada tiga aksi musim ini? Wajarkah kredibiliti Mohd Azraai Khor diragui? Adakah kita perlu tertanya-tanya sehingga ke penghujung musim?

Harapan penyokong Perak amat tinggi untuk musim ini. Tetapi kita perlu ingat, Perak tiada bintang yang menyinar melainkan Farizal Marlias yang boleh dikatakan berstatus bintang. Selebihnya hanya ‘biasa-biasa’ sahaja. Setakat ini hanya barisan pertahanan dikatakan cukup ampuh biarpun setakat ini melepaskan dua gol daripada tiga perlawanan.

Negeri Sembilan, pasukan yang agak sukar ditewaskan jika bermain dilaman sendiri. Berdasarkan rekod, Perak tewas di Paroi dalam dua edisi yang lalu. Cuma pada 2010 Perak berjaya mengikat Skuad Jang ini dengan 0-0.

Untuk musim ini, Negeri Sembilan agak kecewa kerana masih tercari-cari rentak. Mereka belum pernah menang selepas 3 perlawanan. Terbaru, mereka tewas kepada Pahang 2-1 dan sudah semestinya mereka mahu bangkit Sabtu nanti untuk meraih 3 mata pertama. Ini menjanjikan saingan yang hebat dikala kedua-dua pasukan mempunyai misi yang sama dan percaturan Mohd Azraai Khor akan diuji berdepan rakan sejawatnya Divaldo Alves.

Pertembungan ini akan lebih menarik sekiranya kedua-dua pasukan menerapkan corak permainan pantas. Ini kerana, kedua-dua pasukan memiliki kekuatan yang seimbang. Kelebihan yang dimiliki oleh pemain-pemain muda harus dipergunakan sebaiknya untuk mencipta ruang dan peluang meraih kemenangan. Dalam keadaan sebegini, kaedahnya sudah ada, tinggal lagi untuk disudahkan. Maksud di sini, setiap gerakan harus disudahkan dengan jaringan, paling tidak pun, peluang terhidang wajib disudahkan dengan bola menerjah jaring gawang lawan.

Kedudukan Terkini Liga Dan Jadual Perlawanan lain.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2013 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

20 thoughts on “Liga Super 2013 | Negeri Sembilan vs Perak (preview)

      1. helmirizal

        untuk menjaringkan gol tak semsetinya penyerang, pemain tengah mahupun pertahanan pun mampu untuk menjaringkan gol...tak kisah lah siapa tapi teman harap ada la pemain perak pertama yang akan skor esok..SKOY YOB SKOR

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. YB

          ayat pertanyaan teman tuh derive dari statment mike yang merujuk "diharapkan bahagian serangan Perak" ... tu yang teman tanya sape penyerang.... kalau statment mike "diharapkan pemain Perak" dah tentu teman tanya sape pemain tu?,,, haaa.. tak gitu? takkan semua pemain Perak dikira sebagai penyerang kan? Nak jugak tau sape yang bole pecah TELOR team Perak skang neh...ermmm

          Likes(0)Dislikes(0)
  1. razlan

    Pemain Nogori baru jer skor gol pertama melalui pemain pasukan piala presiden mereka. Mungkin budak piala presiden Perak main utk team Liga Super baru boleh skor kut

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. saidin

    Memandangkan perlawanan kali ini antara yang terpenting untuk mengembalikan kepercayaan penyokong terhadap pasukan,Azrai Khor perlu melakukan sedikit lagi perubahan dari segi taktikal dan taknikal antaranya kembalikan Shahrulnizam mustapa didalam kesebelasan utama untuk digandingkan bersama sama Nazri Kamal,manakala disayap kanan Nor Hazrul mampu beraksi di posisi tersebut manakala sayap kiri kekalkan Kuang Yong..

    Masalah utama dari dulu sehingga ke hari ini maka tiada pilihan kekalkan Hadi Yahya untuk bergandingan dengan Azlan Ismail,dimana Azlan mampu memikul tugas sebagai Backup Striker.
    Untuk barisan pertahanan dan penjaga gol perlu dilakukan sedikit rombakan,beri peluang kepada Khairul Amri atau Jibril menggalas tugas sebagai penjaga gol utama,seperti yang dilakukan oleh Alex Ferguson sering kali membuat ganti gantian di posisi penjaga gol,agar prestasi setiap pemainnya dapat mengekalkan rentak permainan masing masing,manakala pertahanan Thiru dan Nasir diletakkan di posisi kanan dan kiri serta kekalkan Shahrom Kalam dan Rafael Novais.

    Ini cuma cadangan aku yang tiada lesen jurulatih peringkat sekolah mahupun yang tertinggi.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Salam. Setuju. Tapi, Nasir elok diletakkan seperti sebelumnya sebagai Midfielder tak kiralah defensive pun digandingkan bersama Sharulnizam dan Nazri Kamal.

      GK- Farizal Marlias
      RB- Norhazrul
      LB- Syazwan Roslan
      CB- Rafael
      CB- Sharom Kalam
      MF- Nasir
      MF- Sharulnizam
      MF- Nazri Kamal (Attacking)
      LM- Yoong atau Nuridduan
      RM- Nurriduan atau Mana-mana pemain piala presiden
      FW- Hadi Yahaya

      4-5-1

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. YB

      EPL lain..team kat Malaysia lain yopp.... kat sini asalkan nama STAR atau National Player ke, Ex- National walau tak perform tetap ada tempat...haaa.. mike baru tengok bola Malaysia ke? Lagi satu dah jadi satu kelaziman...walau kalah berkali2 dan kena maki hamun berbakul2 tetap pihak pengurusan tak akan mengaku salah dan silap ... jauh sekali nak letak jawatan... budaya gitu takde dalam sukan kat Malaysia neh.. semua mengamalkan budaya SAYA ADALAH PEJUANG !!!!!... waimah team, pasukan, atau sukan tu dah jahanam!!!!

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. YB

    Errr... mana hala penyerang prolifik Kareem 'Rouni' Banzema nun? Takat amik pemain injured apa jadahnya PAFA wehhhh... mana pegi Canturu??? Adehhhh... dah bertahun2 pun masih buat silap yang serupa...terlampau memilih sampai dpt pemain camni... teman rasa game ni pon leboh jugak... ater kalau 3 kali kalah berturut apa respon kome??? Diam je ke?... KENA TIPU LAGI LE FANS PERAK!!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
      1. YB

        Orang MEMANG DAH INJURED yang kita nak marah kenapa????? Yang kita patut marah sape yang BAHLOL sangat ambik pemain injured dalam pasukan??? Dah nak mati sangat ke Bolasepak Malaysia ni takde pemain sampai pemain injured pun kita kutip??? Tak namanya 'MENDUKUNG BIAWAK HIDUP' ????

        Likes(0)Dislikes(0)
      1. YB

        Dikala team macam tak form neh sohih takde sape mengaku amik memana pemain, tunggu team mencanak2 kang, dan-dan masa tuh semua mengaku.. "Saya yang pilih beliau"... eeee... rasa nak mencarut je nih kang... Pada teman mudah je... kalah game kali ketiga patut ada yang letak jawatan le... pikir le sendiri.. kalau rasa ada maruah le.... tapi deme2 neh ada ke MARUAH? haiyaaaaaa

        Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Rasa kalu kasi Hassan Mutalib jadi pengurusan pun takde le ceroi macam gini... ini memang hampeh punya penulis skrip... eeeee. Ringan je rasa nak mencarut neh..

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. yobscout

    kalau perhatikan, tektikal Azraai Khor saling tak tumpah macam Cikgu JAN, lambong jeeeeee , tak caya korang tengok lah sendiri

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. YB

    Sebok benor kome nak LIVE game Perak neh, teman baru kol RTM suh deme buat LIVE game neh... ada kat RTM1 malam karang.. haaa.. tengok le nanti. Jangan tak percaya plak...hihihi

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.