Liga Super 2013 | Darul Takzim FC vs Perak (Preview)

Astro Liga Super 2013

Astro Liga Super 2013

Jumaat, 11 Januari 2013
8.45 malam
Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin

Perlawanan seterusnya, sang Seladang bakal bertandang ke laman Harimau Selatan yang menjadi pasukan pilihan untuk musim ini. Namun, Harimau Selatan hilang taringnya di Stadium Darul Makmur Selasa lalu dikejutkan dengan amukan Tok Gajah.

Bagi Perak pula, perlawanan ini amat penting untuk mengekalkan moral pasukan. Di Lumut tempohari, T-Team telah memberi gambaran kelemahan Perak yang Mungkin dapat di kesan Jurulatih Perak untuk di perbetulkan Di Larkin nanti.

Secara kasarnya, Darul Takzim FC sebuah pasukan yang serba sempurna. Tetapi, jika Perak tenang dan bermain tanpa mengabaikan ASAS PERMAINAN BOLASEPAK , tidak mustahil Perak akan menjadi pasukan kedua memalukan mereka selepas Pahang.

Bolasepak akan menjadi mudah jika dimainkan ‘by part’ dan mudah. Itulah yang pamerkan Pahang dalam perlawanan lalu.

Perak perlu pertajamkan barisan serangan dikala barisan pertahanan kita serba lengkap biarpun bahagian tengah dilihat agak buntu, segalanya mungkin jika ‘teamwork’ menjadi nadi penggerak.

Likes(1)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2013, Umum on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

4 thoughts on “Liga Super 2013 | Darul Takzim FC vs Perak (Preview)

  1. YB

    Belum ada sorang pun komen pada artikel neh? Adakah masing2 cuak atau tak berapa yakin Perak menang game neh? Realistik le weh mengkome kalau ikut kekuatan individu dah tentu Perak leboh game neh tapi mana tau kot2 ada defend deme yang terskor sendiri lagi???? Janji menang ye tak? Hahaha.

    PS: Dengor kabo Karem Banzema hat PAFA amik tu dah dapat offer baru... uli roti nan kat sebuah restoran mamak yang terkenal di Ipoh...hehehe

    Likes(0)Dislikes(0)
      1. YB

        mike ingat ini facebook ke ada like2 bagai? hahahaha , selamat kembali yop..lama tak nampak mike dah, mana menghilang?

        Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.